Wednesday, February 29, 2012

29 Febuari

Tanggal 29 Febuari ni bukan senang nak jumpa. Gua bangun pagi, tarik nafas panjang2. Sambil berfikir bak up entry apa hari ni. Gua sarapan sikit buka laptop dan pantas jari gua menaip.

Gua ingat lagi, zaman gua sekolah dulu, rakan-rakan gua yang lahir tanggal 29 Febuari ni dekat perhimpunan tu sambut hari jadi. Gua tak tau nak apa perasaan dioarang. Seronok la tu. Tapi yang paling penting, sampai sekarang gua tak tau, tahun-tahun lain diorang punya tarikh lahir 28/2 ke 1/3 erk?





Sunday, February 19, 2012

Rasuah, adakah ia satu perkara biasa?

AMARAN! : ENTRY INI UNTUK MENGINGATKAN DIRI. SIAPA YANG TERASA PADAN MUKA. KAH3.





Rasuah atau nama manjanya korupsi semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Siapa tak risau kan, kalau yang diseleweng kan tu duit kita ye dak?

Sekarang ni aku pun sokmo pening-pening. Bukan sebab pregnant tapi, asal baca akhbar je selalunya mesti ada kes rasuah. Tak syak lagi, mesti banyak kes-kes rasuah di Malaysia ni. Yang dalam paper tu yang kantoi, yang tak kantoi tu? Adoyai, masyarakat sekarang ni. Ape kes? Untunglah SPRM. Banyak kes tu nak siasat. Kah3.

Nak kata takde ilmu agama rasenya alasan tu tak boleh pakai. Kesian ustaz dan ustazah di sekolah dulu-dulu. Penat ajar JANGAN RASUAH, RIBA' dan sebagainya lah. Tengok2, camtu jugak anak2 murid diorang. Tidur kot mase bab tu. Kah3.

Kesian kepada family orang yang rasuah tu. Dah la makan duit haram, hidup dengan wang haram, belajar pun wang haram. Macam mana nak berjaya di 'sana' kelak? Oleh itu, doa2 lah, kita dijauhkan dari perkara2 camni.

Peringatan kepada aku dan pembaca sekalian,

Mungkin kita pergi surau tiap2 hari, derma, pegi haji ngan umrah 10 kali dah, tapi yakinkah kau kita tak terlibat dengan rasuah? Ingatlah, rasuah ni, boleh je berlaku kat mana-mana.

Mungkin kau seorang cikgu je. Tapi tiap-tiap kali waktu peperiksaan ada la kutu-kutu selitkan kat paper diorang income skit mohon kasi lulus. Mungkin kau seorang jurutera, baru dapat kemeja Polo sehelai + seluar slack mahal-mahal skit terus boleh luluskan bangunan yang tak capai tahap untuk lulus. Baru dua bulan bangunan dirasmikan, kesan retak dah ada dah, takpon bangunan runtuh terus. Kah3. Oh ye, mugkin kau nak kena saman tadi, hulur RM 50 je polis pun chow. Yela kan, baik hulur je duit kopi dekat situ, saman dah la mahal giler. Mungkin kan?

Ambil atau beri duit rasuah tu, bukan kat sini je rugi, tapi yang paling penting sekali kat 'sana' tu. Boleh selamat ke agak-agak?



Hanya untuk aku beringat sje. Kalau ada salah dalam statement diatas harap diperbetulkan. Haha. Sekian, wallahualam.

Wednesday, February 15, 2012

Sembang 2 Alam.

Gua teringat zaman gua tingkatan dua,masa tu gua dah mula reti keluar shopping tanpa pengawasan ibu bapa. Memandangkan gua menetap di asrama, tiap-tiap kali pulang ke kampung untuk bercuti gua mesti lepak-lepak shopping tak tentu pasal. Tempat yang gua dan rakan-rakan sering lawati tak lain tak bukan The Store Sungai Buloh. Masa tu, The Store ni siapa lepak dekat situ kira champion dah. Pusing dua tiga kali, confirm orang yang sama yang gua jumpa, budak sekolah gua juga. McD pulak salah satu kawasan kegemaran gua dan rakan-rakan waktu tu.

Ok, berbalik pada tajuk, satu hari tu gua nak beli jersi menyu. Biasa lah, kipas susah mati. Jersi yang lama sendat dah, apa lagi cari la yang baru. Masa gua tengah survey, banyak kedai gua masuk. Namun masih tak puas hati. Nak dijadikan cerita, gua pon masuk dalam satu kedai. Pergh, jersi menyu dalam tu memang cantik la. Bawah sikit dari Padang Besar punya taraf. Memandangkan taraf hidup gua masa tu seorang budak hingusan pelajar, itu la yang gua mampu. Gua dah suka giler dah masa tu. Tambahan pula, ianya diakui oleh miyol, rakan karib gua. Namun begitu, sebelum masuk kedai, miyol ada pesan dekat gua, "Wei, hati-hati karang kat dalam kedai tu" pendek tapi padat. "Ok2, aku tau la nak handle," gua malas la nak bercara nasihat miyol tu.

Sedang gua berjual beli, sorang awek cun datang menyambut gua. "Kak, jersi menyu ni berapa ringgit?" lantang suara macho gua. Suara awek tu keluar tapi samar2 je, gua tak dengar sangat berapa harga yang dia sebut masa tu. Pergh, dah la cun, suara ayu plak tu. Memang cair la gua! Kah3. Gua pun, dengan gentlemannya gua tanya sekali lagi, Pardon "Berapa?"

"TIGA PULUH RINGGIT!"

***********************************************************************




Lepas bayar gua terus keluar kedai sambil senyuman masih terukir dari bibir manis gua. Ye lesung pipit tak terkecuali, ada gak kelibat dia masa tu.

10 meter dari kedai........




20 meter dari kedai........






"SIAL LA KAU MIYOL!"
BUKAN NAK BAGITAU AWAL2. BAPOK RUPENYE!" Kah3. Miyol dan gua gelakkan diri gua je sepanjang hari. Nasib gua tak mintak nombor. Mana la gua nak letak muka lepas ni. Hermm... mana la jersi gua yang tu. Nostalgia2~

Saturday, February 11, 2012

Quote of the day.


notakaki: Aku lupa bila aku dengar kata-kata hikmat ni. Siapa yang cakap lagi la aku lupa.



Sunday, February 5, 2012

Berita tergempar!

White hart lane-Van der vaart dikatakan jatuh sakit sejak semalam lagi. Beliau yang tidak turun latihan bukan kerana ponteng, tapi cirit birit selepas makan sambal petai yang agak pedas. Difahamkan, selepas makan, beliau berlari-lari anak sambil senyum sinis ke tandas dan tak keluar-keluar sampai latihan habis. Menrut laporan juga, chef yang memasak sambal petai turut dipecat serta merta. Harap maklum.

katahati: mohon dodol terpercaya. Kah3.

Wednesday, February 1, 2012

Karut abang-abang.

Bila online fesbuk je gua dah nampak dah, zaman tu dah kembali. Generasi je lain. Generasi pasca SPM dah mula mengawal bilangan remaja ketagih fesbuk. Kaya la hang Makjukenbeg.

Bak kata dodol, zaman ni, kalau lu jalan-jalan pergi McD, KFC, Mydin, Starpucks dan sebagainya, confirm cashier dan pekerja major budak-budak pasca SPM. Baguslah kerja, cari ilmu, cari pengalaman.Bila lagi nak rasa jadi kuli batak ye dak?

Bab-bab jadi kuli batak ni tak payah cakap la, gua memang dah biasa kena maki dan dicerca dah dulu. Nasib tak kena buang kerja je lagi. Tapi takpe, gua ambil positif semua tu. Kumpul duit banyak-banyak, dah dapat result SPM gathering pulak dekat mana-mana sambil berfoya-foya.( Yang ni jangan ikut ). Duit yang dikumpul tu sebaiknya buat simpan dalam Tabung Haji. Daftar haji cepat-cepat.

Yang terpilih PLKN tu tahniah, duit elaun dah ada dah. Niat je nak datang sebab nak berseronok. Kan fun tu. Kih kih kih.


"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan"- Mentera Beradu


KLIK DISINI