Tuesday, April 30, 2013

Insane



The Isle of Man TT was for many years the most prestigious motor-cycle race in the world.
Between 1907 and 2009 there have been 237 deaths during official practices or races on the Snaefell Mountain Course.




Bila fikir-fikir balik, ini kerja gila.
Berhati-hatilah ketika memandu.

Saturday, April 13, 2013

If One Day

If one day you got problem,
You can find me,
But I can't promise I can solve your problem,
I just hope I can make you comfortable beside me.

If one day you want to cry,
Don't stop crying if it can make you feel better,
And I can lend you my shoulder,
So you can cry all you want.

If one day you don't want to listen to anyone,
I will be there for you,
And I will remain quiet,

If one day, you call me and there is no answer for it,
Come and see me,
Perhaps I need you.


EG,
Atas kerusi malas,
Tengah malas-malas.

Friday, April 5, 2013

Hensem

Haritu gua ada jumpa kawan sekolah gua. Orangnya hensem dan baik hati. Kami ni bersekolah di negeri orang. Oleh itu, kami agak rapat kerana sering balik ke kampung bersama-sama segerombolan rakan-rakan yang lain.

Gua pun ajaklah member gua ni sarapan di kedai mamak dekat dengan rumah gua. Seperti biasa agenda kami mestilah borak-borak panjang tanya khabar dan perihal hidup masing-masing. Kadang-kadang tu ungkit jugak cerita-cerita lama zaman sekolah dulu.

"Mat, kau belajar mana sekarang? Kos apa?" tanya kawan gua.

"Aku sekarang sambung degree dekat *******. Jurusan Mechanical Engineering," gua pun jawab.

Untuk pengetahuan semua, kawan gua masa ni sedang buat persediaan dekat Taylor College. Jurusan Sains Aktuari kalau tak silap.

"Woi, susah tu mekanikal ni. Apa yang aku dengar-dengar la, confirm penat punya kau ni," kawan gua teruskan perbualan.

"Erm, bolehlah. Penat la. Selalu je lost sekarang ni. Pointer aku pun tak berapa gagah ni. Malu weh, malu," gua balas.

Maka kawan gua pun cerita dekat gua. "Rilek la brader, kau pernah dengar hadis ni tak?


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.


[kredit]


Mat, kau rajin-rajin la zikir macam apa yang nabi ajar tu. Kalau boleh tiap-tiap kali lepas solat. Semoga dipermudahkan segala urusan kau =)"

Gua angguk-angguk tanda setuju. Thanks my friend. Sekarang ni kawan gua ni dah fly dah melanjutkan pelajaran dekat US. Benda ni gua harap gua akan ingat sampai ke mati.

Thanks woi!
Semoga berjaya di perantauan!

p/s: Kawan gua cerita dekat gua bab hadis je. Cerita berkenaan hadis tu gua cari dekat google.