Sunday, March 9, 2014

"Ayah, bukaklah channel 104, adik nak tengok projek memikat hati suami," kata adik gua pada bapak gua.

"Kau ni dik, kecik2 dah gatal. Kalau kak long yang tengok takpela jugak." Balas ayah gua yang tengah focus tengok game menyu.

Saturday, March 1, 2014

Budak-budak

Gua tenang duduk di masjid tadi nak solat Jumaat. Selesai sahaja azan pertama maka berdiri la orang-orang yang nak menunaikan solat sunat. Dalam ramai-ramai yang berdiri tu budak-budak sekolah rendah berhampiran dengan gua pun turut berdiri. Daripada pemerhatian gua, budak-budak ni pelajar tahap 1 (antara Darjah 1,2 dan 3).

Lalu tegurlah rakan mereka yang berada di Tahap 2 (sebab budak yang tegur ni dah pakai baju sekolah agama)

"Weh, apahal korang berdiri ni? Korang tak tau ke orang ni semua nak solat sunat? Korang tau tak, solat sunat ni untuk mereka-mereka yang dah sunat? Korang tak sunat lagi tak boleh buat, aku boleh la." tegas budak Tahap 2 tadi.

Maka gua dan pakcik sebelah gua dah geleng kepala dengar budak tu punya ajaran.

Lepastu ada lagi sorang budak pulak cakap, "Mat, kau tau tak doa solat sunat ni?"
Maka, member yang tak sunat dan tak tahu doa solat sunat terus duduk menyembang dengan kawan-kawan lain.

Gua pulak barai gelak sorang-sorang dalam hati. Lepas lama sikit baru la member budak Tahap 2 yang arif sikit bab-bab solat sunat ni datang membetulkan teori yang kawan dia silap tadi.

"Korang nanti dah darjah 5 korang belajar la pasal solat sunat ni," terang budak Tahap 2.