Wednesday, October 3, 2012
Cerita Mak Datin.
Haritu gua pergi open house di rumah salah seorang kenalan gua di Kolumpo. Setelah berbual sebentar dengan kenalan gua dan keluarganya lantas gua terus capai pinggan dan ambil juadah yang daripada tadi gua sibuk usha. Kemudiannya, gua terus duduk di meja yang tak ramai orang.
Sedang gua sedang khusyuk menikmati juadah yang sedap giler tu, gua terdengar percakapan makcik-makcik satu meja dengan gua.
"Eh you, seronok pulak kan jumpa dekat majlis macam ni, nasib baik ada open house ni, I pun busy sangat sekarang, you buat apa sekarang?"
"I dengan my sister sekarang sibuk dengan spa dan saloon kami tu, you datang la, ramai tau datin-datin datang dekat our saloon,"
Sedang mereka borak2, gua terdengar lagi,
"Azlina(nama ni gua main petik je) yang mana ye? Ala, suami dia Dato' tak? I ni tak berapa nak kenal la dengan orang-orang biasa ni," hampir tersedak gua terdengar mak cik tu cakap macam tu. Mahu saja gua berdiri dan menegur tindakan makcik tu. Sangat-sangat mementingkan darjat dalam berkawan. Puih! yang ni gua betul-betul nak rebel.
Gua terus berdiri dan tambah sepinggan hidangan lagi kambing golek beserta sos BBQ. Mantap betul.
Tuesday, September 25, 2012
Thursday, August 23, 2012
Tuesday, August 14, 2012
Kunchakmeru - Cerita Seorang Lagenda Mee Jawa.- ending
Sudah 2 bulan Kuncahkmeru di kota raya Kuala Lumpur. Basikal buruk beserta gerai kecik menjadi peneman hidupnya. Kunchakmeru meneruskan hidupnya dengan berniaga di petak tempat letak kereta kedai Pak Cik Apih. Hari ke hari, perniagaannya semakin maju. Kata azimat yang diberikan cikgu ditampal di dalam bekas duit simpanannya, bersebelahan gambar arwah ayah dan ibunya. Zulkenbegh salah seorang pelanggan tetapnya siap buat satu page "Mee Jawa Kunchakmeru" di facebook.
Nama Mee Jawa Kunchak gah dipersada pemasak-pemasak mee jawa seantero dunia. Pelanggannya seperti dipukau dengan kesedapan masakannya. Ada yang sanggup menunggu lebih dari 45 minit demi semangkuk mee jawa. Oleh kerana terlalu letih dan takut urusan akhiratnya terabai, Kunchakmeru merekrut Zarif Ali dan Ramli, budak kulinari yang menganggur, kerja dengan dia. Seorang tukang masak, seorang lagi tukang buat air. 2 tahun berlalu, tempat letak kereta pon dah tak muat nak berniaga. Hasil rezeki yang ada Kunchak menyewa di sebuah lot kedai.
**************
Angin sepoi-sepoi bahasa, lagu Sheila Majid dimainkan dalam nada perlahan.
Wartawan: Datuk Kunchak, boleh beritahu kami apa rahsia turun temurun mee jawa encik ni?
Kunchakmeru: Tak perlu berdatuk-datuk dengan saya. Encik Kunchak pon dah ok dah. Kah3. Sebenarnya, dalam sesebuah masakan ni, tiada resepi istimewa didalamnya, resepi istimewa itu akan terhasil bila seseorang itu percaya masakan itu istimewa untuknya. Oleh itu, percaya pada diri sendiri.
Wartawan: Setelah berjaya membuka lebih 20 cawangan apa lagi cadangan encik?
Kunchakmeru: Pulang ke kampung kot. Saya baru je bina rumah di tanah pemberian ibu bapa saya. Saje je, bawa keluarga melihat asal usul hidup saya. Lagipon bagi mengelakkan saya lupa diri. 10 tahun bukanlah waktu yang pendek untuk saya. Saya sangat rindu suasana kampung. Saya juga ada buat ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan universiti untuk anak muda.
Wartawan: Ada pesanan untuk anak muda?
Kunchakmeru: Cikgu Mamat a.k.a pengurus cawangan kedai saya di Ipoh pernah memberikan saya satu kata-kata motivasi, yang masih saya simpan sampai sekarang di peti sejuk rumah saya, supaya isteri dan anak-anak saya pon boleh baca.
Ibu saya juga pernah cakap dekat saya, gagal dalam SPM tak beerti saya gagal dalam hidup. Adoyai, nak nangis rasanya bila teringat arwah ibu bapa saya.
Dan banyak lagi soalan yang diajukan. Sejak itu, Starbuck, KFC, dan McD melalui zaman merudum mereka. Karim Abu rakan sekolahnya masih di kampung, namun Kunchakmeru masih senyum dan menyapa kawan lamanya itu. "Kalau dah terbang tinggi tu, jangan lupa orang di darat pulak, takut nanti bila dah jatuh ke darat, orang semua tak nak terima dah."
-ah, gua tak tau nak tulis apa dah-

no one can predict,
to what heights you can soar,
even you will not know,
until you SPREAD YOUR WINGS.
Ibu saya juga pernah cakap dekat saya, gagal dalam SPM tak beerti saya gagal dalam hidup. Adoyai, nak nangis rasanya bila teringat arwah ibu bapa saya.
Dan banyak lagi soalan yang diajukan. Sejak itu, Starbuck, KFC, dan McD melalui zaman merudum mereka. Karim Abu rakan sekolahnya masih di kampung, namun Kunchakmeru masih senyum dan menyapa kawan lamanya itu. "Kalau dah terbang tinggi tu, jangan lupa orang di darat pulak, takut nanti bila dah jatuh ke darat, orang semua tak nak terima dah."
-ah, gua tak tau nak tulis apa dah-
Friday, August 10, 2012
Kunchakmeru - Cerita Seorang Lagenda Mee Jawa.-Part 3
2 hari 2 malam baru lah Kunchak berjaya menterjemahkan kata-kata semangat yang diberi cikgu kepadanya."Gua mesti kena gerak pergi KL la ni jugak, cari rezeki untuk masa depan gua. Gua kena tujuk dekat orang kampung yang mee jawa mak gua bukanlah mee kangkang!" desis hati Kunchakmeru. Keesokan harinya, berbekalkan wang RM 2000 ihsan daripada orang kampung, Kunchakmeru membawa diri ke KL.
"Ni jela yang mampu mak waris dekat kau nak, resipi rahsia turun temurun mee jawa dari nenek moyang kita, harap-harap kau gunakan sebaiknya,", terngiang-ngiang suara ibu di telinganya. Dalam bas, Kunchakmeru yang tak tahan nak kencing sukar melelapkan mata. Sampai je hentian R&R dia terus melompat turun bas dan cari tandas. Tanpa menghiraukan orang sekitarnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)