Sunday, May 11, 2014

Agon Dalam Koma - Masalah

Petang itu di Kuala Lumpur suasana sibuk seperti biasa yang kita nampak di kaca televisyen. Seorang manusia sedang duduk diam tenang di satu pondok bas. Sedang dia duduk tenang memerhatikan gelagat warga kota yang sibuk ke sana sini seorang tua menyapanya.

OT: Jauh termenung nak, kamu ada masalah ni.

A: Eh, macam mana pakcik tahu saya bermasalah. Saya tak cakap apape lagi rasanya.

OT: Berkerut-kerut dahi kamu dari tadi pakcik tengok, kenapa nak? Masalah duit atau wanita?

A: Entahla pakcik, ada jalan penyelesaian tak?

OT: Jalan penyelesaian, janganlah kamu runsing sangat. Kamu nampak masjid ditepi sana? Pergi sana, adukan masalah kamu kepada Tuhan. Ingatlah nak, adukanlah kepada Allah yang memiliki rasa cinta, yang meniupkan rasa rindu didalam hati manusia. Mungkin kita ni selalu alpa dengan seruan Allah. Maka mungkin masalah yang kamu hadapi ini untuk memberitahu kamu yang kamu ni jauh sangat dari Allah. Pak cik rasa la.

A: (Terkesima). Erm, terima kasih pak cik. Saya sangat memerlukan kata-kata macam ni. Ya, terima kasih. Kalau masalah duit macam mana pak cik?

OT: Erm, yang tu selain doa kamu kena usaha jugak. Ya, usaha sungguh-sungguh.

Saturday, May 10, 2014

Tuhan

Aku manusia yang lemah,
Pendosa,
Sering melakukan kesilapan,
Seringkali aku tertanya,
Di masa aku didalam kubur nanti,
Waktu Munkar dan Nakir menyoal didalam kubur,
Marabbuka...
Adakah amalan aku mampu menjawab dengan baik?
Tatkala hidup ini sering bertuhankan benda lain selain daripada Allah,
Sibuk bertuhankan dunia, wanita, harta benda, dan pangkat,
Tanpa aku sedar aku sudah jauh sesat,
Ya Allah, maafkan aku...

Sunday, March 9, 2014

"Ayah, bukaklah channel 104, adik nak tengok projek memikat hati suami," kata adik gua pada bapak gua.

"Kau ni dik, kecik2 dah gatal. Kalau kak long yang tengok takpela jugak." Balas ayah gua yang tengah focus tengok game menyu.

Saturday, March 1, 2014

Budak-budak

Gua tenang duduk di masjid tadi nak solat Jumaat. Selesai sahaja azan pertama maka berdiri la orang-orang yang nak menunaikan solat sunat. Dalam ramai-ramai yang berdiri tu budak-budak sekolah rendah berhampiran dengan gua pun turut berdiri. Daripada pemerhatian gua, budak-budak ni pelajar tahap 1 (antara Darjah 1,2 dan 3).

Lalu tegurlah rakan mereka yang berada di Tahap 2 (sebab budak yang tegur ni dah pakai baju sekolah agama)

"Weh, apahal korang berdiri ni? Korang tak tau ke orang ni semua nak solat sunat? Korang tau tak, solat sunat ni untuk mereka-mereka yang dah sunat? Korang tak sunat lagi tak boleh buat, aku boleh la." tegas budak Tahap 2 tadi.

Maka gua dan pakcik sebelah gua dah geleng kepala dengar budak tu punya ajaran.

Lepastu ada lagi sorang budak pulak cakap, "Mat, kau tau tak doa solat sunat ni?"
Maka, member yang tak sunat dan tak tahu doa solat sunat terus duduk menyembang dengan kawan-kawan lain.

Gua pulak barai gelak sorang-sorang dalam hati. Lepas lama sikit baru la member budak Tahap 2 yang arif sikit bab-bab solat sunat ni datang membetulkan teori yang kawan dia silap tadi.

"Korang nanti dah darjah 5 korang belajar la pasal solat sunat ni," terang budak Tahap 2.

Wednesday, January 29, 2014

Hipotesis

Tadi adik gua yang nak UPSR tanya gua, "Mat, pembolehubah dimanipulasi ni benda?". 

Gua pon cakap la. "Bende yang berubah-ubah dalam eksperimen,".

Oooo.. WTC. Sambung adik gua. Gua pun tanya la, WTC ni bende? 

WTC tu "what the change". Maka gua pon cerita, masa gua budak dulu gua pening apa maksud inferens. Inferens ni gua panggil WTF. Giliran adik gua pulak tanya. WTF tu apa Mat?

Gua pon kasi tau jela tips genius gua. Bila gua pandang soalan inferens je gua terus cakap, what the f**k!