Friday, June 28, 2013

Father

Untuk ayah-ayah sedunia.




There are no perfect fathers,
But a father will always love perfectly.


Insuran tu penting woi!

Friday, June 21, 2013

Cikgu Garang

Gua pernah bersembang dengan kawan gua pasal hal-hal kena marah ni. Masa kawan gua sekolah dulu, dia pernah kena sound kaw kaw punya dengan cikgu dia sebab selalu fail matematik moden. Disebabkan kawan gua ni sekolah SBP yang terer-terer, gagal subjek matematik moden merupakan benda yang paling pelik berlaku. Maka kawan gua yang sedang marah dan dendam ni terus menjalankan operasi belajar gila babi serta merta. Apa barang nak menangis lepas kena marah. Segala effort dia curahkan gila-gila atas study. Masa bermain futsal petang-petang dan tidur dipotong bagi mengisi masa membuat latihan matematik moden.


Hasilnya,


Seperti yang diduga, kawan gua berjaya mendapat A+ dalam subjek matematik moden. Oleh kerana terlalu gembira maka kawan gua mencari-cari cikgu yang selalu memarahi dia dulu.

"Cikgu! Saya dapat A+ math mode. Terima kasih atas segalanya," kata kawan gua dengan penuh rasa syukur. Masa tu kawan gua kata, segala dendam kesumat hilang dah serta merta. Dapat pulak cikgu tersebut , mengukir satu senyuman yang penuh makna untuk anak didiknya itu.

"Terima kasih je? Jomla belanja saya minum," kata cikgu yang suka marah tadi.

Hubungan kawan gua dengan cikgu dia tak terputus walaupun sudah belajar di universiti dah sekarang. Cikgu tersebut ada cakap, "Awak ingat saya marah-marah awak dulu apa saya dapat? Saya tak dapat apa-apapun melainkan kegembiraan anak didik saya dan keluarganya. Awak? Mungkin lepasni awak terus berjaya, belajar bagus-bagus, kerja bagus-bagus, kahwin, ada anak dan seterunsya. Kepenatan yang awak rasai macam nak gila sebelum ni hilang serta merta setelah melihat keputusan ini. Saya pulak? Saya masih disini, teruskan perjuangan saya mendidik anak bangsa, didik orang macam awak. Ada potensi tapi tak sedar, bla..bla...bla..."

*Senyum =)

Friday, June 14, 2013

Pendidik

Artikel ini hanya pendapat gua yang lemah ni. Kalau ada silap dan salah, harap dimaaf.

Menjadi pendidik ni pada aku bukanlah satu pilihan, Tapi ianya satu anugerah. Bukan mudah untuk seseorang insan itu menjadi pendidik. Kita memerlukan jiwa pendidik untuk menjadi pendidik yang berjaya. Pendidik ini tidaklah merujuk kepada cikgu dan pensyarah sahaja. Guru mengaji, ibubapa, abang, kakak, dan senior juga merupakan pendidik. Tapi masing-masing mengajar mengikut kepakaran bidang masing-masing.

Berbalik kepada pendidik tadi, selama gua hidup, ramai pendidik sudah mendidik gua sehingga mampu berdiri di tahap ini. Cuma dalam ramai-ramai, bukan semua mempunyai jiwa pendidik itu sendiri. Bukan nak membangkang. Tapi, sebagai seorang pendidik, seseorang itu perlu ikhlas dalam ilmu yang disampaikan. Mungkin dengan itu barulah ilmu yang disampaikan itu benar-benar dapat disampaikan kepada pelajar. Mungkin.

Gua pernah terjumpa dengan seorang pendidik yang sering menyalahkan gua atas kelembapan gua menerima apa yang diajar. Marah untuk mengajar ni lain dengan marah untuk menghina. Gua syak gua yang terlebih feeling masa kena sound. Gua pun keliru. Tapi takpela, gua anggap benda-benda tohmahan yang dilemparkan itu satu cabaran.

Ada satu hari tu, gua sedang melepak bilik pensyarah gua, borak hal-hal yang gua tak faham dalam kelas. Pensyarah gua ni masa dalam kelas selalu tekankan, "When you repeat this subject, doesn't mean that you're stupid, itu maknanya itu bukan rezeki awak. Mesti ada hikmah punya atas apa yang berlaku. Percayalah. Saya dulu masa belajar bukan faham sangat subjek ni, dah 10 tahun lepas belajar baru faham," Oleh itu, berdoalah banyak-banyak, semoga rezeki kita dimurahkan. Yang banyak buat dosa tu, bawak-bawaklah bertaubat.

Friday, June 7, 2013

Pengetua

Masa zaman gua belajar dekat asasi dulu, gua dan kawan-kawan sering berborak hal-hal sekolah. Antara yang pernah kami borakkan..

"Mat, aku rasa nanti dah bosan jadi jurutera kita jadi pengetua nak? Jadi pengetua sekolah masing-masing. Nanti tiap-tiap kali masa HKSBP kita jumpa la. Kita tengok sekolah siapa yang terer. Sambil-sambil reunion orang kata." cadang kawan gua.

Kalau fikir-fikir balik, power jugak jadi pengetua ni. 

Saturday, May 11, 2013

Angker

Hari itu merupakan hari pertama gua di sekolah baru gua. Gua masa tu baru mendaftar tingkatan 1 dekat sekolah tu. Untuk pengetahuan semua, sejak tingkatan 1 gua telah dihantar ke asrama bagi mengajar gua apa itu erti hidup berdikari. Selesai urusan pendaftaran, ibu bapa gua terus chow balik rumah.

Gua pun relaks-relaks di kamar gua sementara menunggu waktu petang, waktu bermulanya orientasi. Sedang gua tenang di kamar memikirkan hal-hal makwe jenis apa yang gua nak pikat dekat sekolah ni, datanglah dua senior gua baru pulang dari kelas. Senyum sinis melihat junior yang bakal menjadi mangsanya tahun itu. Gua balas senyum sinis itu dengan senyum lesung pipit gua.

Kemudian bermulalah acara berkenalan atau kata orang-orang kaunseling "ice breaking" bersama senior. Selesai temubual hal-hal UPSR dan sekolah lama, maka senior gua pun mulalah cerita.

"Mat, hari ni aku nak ceritakan pengalaman angker aku dekat sini. Kau kena dengar sebab aku nak kau dengar,"

"Ok," gua balas pendek.

"Ceritanya macam ni, malam tu aku tidur agak lewat. Dah lewat malam ni tapi aku tak jugak lelap. Tiba-tiba perasaan nak kencing tu hadir. Dah nak kencing takkan aku nak steady je melepak atas katil ni, maka aku pun ke tandas la. Masa dekat tandas tu aku dah rasa tak sedap badan dah. Aku dengar bunyi cecair menitik. Aku dengan rasa tak tahan bertambah suspen macam celaka ni terus la cari bunyi tersebut. Tibalah aku dekat satu pintu tandas separa terbukak. Aku pun tolak perlahan-lahan kasi aku lagi suspen. Kau tahu apa yang aku nampak?"

"Entahleerr..." gua balas sambil menggeleng-geleng.

"Aku nampak satu kepala sedang menitik-nitik. Kau tau kepala apa?!!!" jerkah senior aku bajet-bajet suspenkan gua.

"Entahleerr..." gua balas sambil menggeleng-geleng.

"Kepala paip. Kahkahkah!" dan dia gelak bersama rakan dia lagi sorang.


Gua geleng-geleng je kepala rasa nak menyepak senior gua. Buat suspen betul. Hari pertama kot dah nak takut-takutkan gua! Tapi gua buat-buat tenang je.