Friday, July 19, 2013

Solat Subuh

"Biasanya pada pada solat subuh pagi Jumaat imam akan baca surah As-Sajdah selepas Al-Fatihah dan dibuat sujud sejadah dalam rakaat pertama. Dan pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah imam akan baca surah Al-Insan."



Ada satu malam tu sedang gua dan keluarga bersantai bapak gua pon cakap. "Dah. Adik pergi masuk tidur sekarang. Esok pagi nak kejut subuh kemain susahnya,"

Lalu adik gua yang umur baru 6 tahun ni pon balas.

"Esok hari Jumaat kan? Alaaaaa, esok subuh 3 rakaaaaaaat. Malasnyaaa nak pergi surau," balas adik gua dengan tenangnya sambil jalan nak masuk tidur. 

Gua geleng-geleng je kepala tengok budak ni.

Friday, July 12, 2013

10 sen

        Gua nak cerita something ni. Bulan puasa ni sangatlah untuk kita berbuat amal kebaikan. Menderma adalah satu darinya. Oleh itu, apa kata kalau kita cuba menderma, sekadar mengikut kemampuan. Yang paling penting bukanlah kuantiti tapi niat dari dalam hati.

        Mungkin untuk tahun ni kita start dengan 10 sen sehari. Next year kalau murah rezeki lagi kita try pulak 20 sen sehari. Dan begitulah seterusnya dan seterusnya. Menderma di bulan Ramadan ni pahala dilipat berkali ganda. Kalau orang main saham, masa-masa macam ni lah nak buat duit.

Ok, sampai situ je cerita gua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, July 10, 2013

Hope

Hopefully, this Ramadan will not be my last Ramadan,
Hopefully, this Ramadan will give thousand of beautiful memories,
Hopefully, Ramadan this year will be better than before.
Hopefully, it will be a great turn point for me to become better person,
Hopefully, I will not repeating my fault.


"Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak."


EG
29 Syaaban 1434 H
Sebuah catitan yang penuh harapan.

Friday, June 28, 2013

Father

Untuk ayah-ayah sedunia.




There are no perfect fathers,
But a father will always love perfectly.


Insuran tu penting woi!

Friday, June 21, 2013

Cikgu Garang

Gua pernah bersembang dengan kawan gua pasal hal-hal kena marah ni. Masa kawan gua sekolah dulu, dia pernah kena sound kaw kaw punya dengan cikgu dia sebab selalu fail matematik moden. Disebabkan kawan gua ni sekolah SBP yang terer-terer, gagal subjek matematik moden merupakan benda yang paling pelik berlaku. Maka kawan gua yang sedang marah dan dendam ni terus menjalankan operasi belajar gila babi serta merta. Apa barang nak menangis lepas kena marah. Segala effort dia curahkan gila-gila atas study. Masa bermain futsal petang-petang dan tidur dipotong bagi mengisi masa membuat latihan matematik moden.


Hasilnya,


Seperti yang diduga, kawan gua berjaya mendapat A+ dalam subjek matematik moden. Oleh kerana terlalu gembira maka kawan gua mencari-cari cikgu yang selalu memarahi dia dulu.

"Cikgu! Saya dapat A+ math mode. Terima kasih atas segalanya," kata kawan gua dengan penuh rasa syukur. Masa tu kawan gua kata, segala dendam kesumat hilang dah serta merta. Dapat pulak cikgu tersebut , mengukir satu senyuman yang penuh makna untuk anak didiknya itu.

"Terima kasih je? Jomla belanja saya minum," kata cikgu yang suka marah tadi.

Hubungan kawan gua dengan cikgu dia tak terputus walaupun sudah belajar di universiti dah sekarang. Cikgu tersebut ada cakap, "Awak ingat saya marah-marah awak dulu apa saya dapat? Saya tak dapat apa-apapun melainkan kegembiraan anak didik saya dan keluarganya. Awak? Mungkin lepasni awak terus berjaya, belajar bagus-bagus, kerja bagus-bagus, kahwin, ada anak dan seterunsya. Kepenatan yang awak rasai macam nak gila sebelum ni hilang serta merta setelah melihat keputusan ini. Saya pulak? Saya masih disini, teruskan perjuangan saya mendidik anak bangsa, didik orang macam awak. Ada potensi tapi tak sedar, bla..bla...bla..."

*Senyum =)