Untuk pengetahuan semua, aku ni suka sangat dengar Hot FM. Lagi-lagi waktu pagi: Segmen Panggilan Hangit. Suka sangat!
Ok2, ada la satu hari tu, tak silap aku 4/11/2011 (Jumaat) malam, aku dengar ulangan panggilan hangit. Serius lawak. Tapi tu la, benda yang disentuh sangat sensitif. Menangis mamat tu dibuatnya.
Menangis bukanlah tujuan utama aku nak tegur (dah banyak dah orang menangis kena panggilan hangit nih, haha), tapi perkara yang dikenakan tu agak sensitif, pasal pengajian mamat tu kena extend. Pada aku la, benda ni bukan perkara yang boleh dibuat main. Kenapa?
Takut hilangnya kewarasan mamat tu. Lepastu, suicide. Nauzubillahiminzalik.
Who knows? Dalam-dalam kena hangit + nangis-nangis tu, dia terus suicide. Siapa yang susah? Kena saman lagi. Adoyai.
Oleh itu aku sarankan, check la betul-betul sama ada benda yang nak dihangitkan tu sesuai ke tak. Bukan apa, takut lepas ni pagi aku bosan dah, tak dapat nak gelak-gelak dengar orang kena hangit. Hahaha.
9 comments:
Boleh main, tapi biar kena pada tempatnya....kan
*thumbsup
daa lme ta dgr pggilan hangit..
J0in segmen fiq...thanks...
http://nucleusmohsya90.blogspot.com/2011/11/segmen-rakan-blogku.html
C'ayob: betul2
john: =)
Izara: online je. hahaha
syafiq: ok
Aku benci kat terma bila org ckp "ketawa tu penawar duka" tp hakikatnya hanya bg si 'pengelak' bukan bg yg digelak..please think before u laugh..
Post a Comment