Haritu dalam perjalanan ke Kuala Pilah seperti biasa, jalan memang sesak giler. Gua pon pening dengan masalah jalan raya disitu. Kesian dekat penduduk kampung yang rumah mereka berhadapan dengan jalan utama. Tak tenang dengan bunyi kenderaan.
Masa tu seingat gua hujan baru je reda. Mungkin gerimis kot. Oleh kerana gua jenis yang memerhati dan ingat apa yang gua perhati, gua ingat lagi ada satu motor mengelak kereta2 dengan jayanya. Baju dia, motor dia semua gua ingat. Kereta gua masa tu perlahan je jalan sebab jalan sangat sesak. Macam Kolumpo dah keadaan masa tu. Dua2 arah pulak tu sesak.
Tiba-tiba, adik gua yang sedang tekun memandu bersuara. "Wei, eksiden wei!". Gua pon buat macam biasa la. Yela kan, dah lama hidup, ini bukan first time gua alami benda2 macam ni. Oleh kerana reaksi gua tak menggalakkan, adik gua cakap lagi. "Orang tu atas jalan la.". Gua apa lagi. Terus galak la masa tu. Bila gua tengok je, memang gua betul2 kesian la. Mamat yang tadi tenang mengelak kereta sekarang dah tertiarap dah atas jalan. Helmet pon tak bukak lagi.
Sumpah gua terkejut, masa tu. Bukan terkejut tengok eksiden, tapi terkejut tengok mamat yang baru je potong kereta gua tadi yang eksiden. Hajat di hati ni nak tolong, memandangkan jalan sesak gila, dan waktu tidak mengizinkan, gua terpaksa pendamkan hajat gua. Orang kampung dekat2 situ banyak membantu kawal jalan, tapi mamat tu tetap dekat situ, ditemani seorang orang kampung. Tak boleh gerak kot. Orang dekat situ pon mungkin takut kot nak pegang. Takut papehal terjadi lagi teruk pulak mangsa.
Fokus wei! |
Dalam perjalanan gua doa jela agar mamat tu dipanjangkan umur. Motor dah barai dah. Jalan depan sikit lagi ada satu lagi kemalangan. Teruk gak gayanya. Tapi, kali ni gua tenang sikit sebab ambulans dah tiba. Gua nampak gak ada satu lagi ambulans sedang mengharungi kesesakan lalu lintas, namun ada jugak manusia yang tidak bertimbang rasa. "Ah, kalau dia tengok macam mana mamat tu dah tertiarap, confirm cepat2 dia bagi jalan," desus hati gua.
p/s:
- Kepada kawan2 sekalian, memandu la dengan berhati2. Fokus dan jangan tergesa-gesa dalam pemanduan.
- Kalau ambulans minta laluan tu, cepat2 kasi ruang. Kesian dekat orang yang dah nazak tu. Kalau driver ambulans tu saje2 je on siren sebab tak tahan nak berak, yang tu lain cerita. Pandai2 la dia jawab dengan Tuhan nanti. Kah3.
3 comments:
umo gua dah 23 tp takdek lesen lg
erk.tu sbb moto takleh laju.dia kena langga dia sakit dia langga org pun die sakit.iskiskisk.so xyah la bawak laju2.keta ke moto ke.xde apa yg nak dikejarkan..
Memandu sangat mencuakkan..haha..aku pun da ade lesen tp still cuak2 lagi nak bawak.
Post a Comment