Saturday, November 10, 2012

Cerita artis cover.

AMARAN, KISAH INI 89.97% BENAR.

Hai guys! (lagak artis-artis)

Gua hari ni nak menceritakan perjalanan hidup gua dalam menjalani liku-liku dan onak duri dalam usaha menjadi anak seni. Pertamanya, ingin gua ceritakan serba sedikit pasal hidup gua ni. Gua dan top-top friends gua sebenarnya gemar menghabiskan masa kami membaca blog-blog dan bergelak tawa menonton video-video di youtube. Dalam masa yang sama, gua juga sering menonton video-video artis cover tanah air mahupun luar negara. Sebab apa? Kadangkala, lagu cover memmpunyai kualiti yang lebih memberangsangkan. Namun tak lupa juga ada yang merosakkan lagu itu sendiri.

Selepas beberapa lama gua tonton tu, tercetus dalam hati gua yang paling dalam sekali, "Gua pun boleh gak tonjolkan bakat gua yang terpendam ni. Artis cover pon ok ape, kurang-kurang dah femes nanti ada la komposer nak ambik gua nyanyikan lagu karangan diorg. Yang paling penting bila gua tulis status je, mesti ramai awek like. Kah3." getus hati gua sambil gua tersenyum seorang diri didalam toilet.

Ye, gua tau, gua punya spirit nak jadi artis cover masa tu memang tinggi giler. Seringkali gua fikir masa dalam toilet lagu apa gua nak record nanti, dekat mana nak record?

Kereta? Ah, tiru orang. Gua bila fikir2, gua dah jumpa tempat yang strategik; stor rumah gua. Kedap bunyi dan sunyi je. Kahkahkah. Suka hati gua masa tu. Gua sebenarnya minat tengok orang main gitar. Oleh itu, gitar jadi alat muzik pilihan pertama gua.

Member gua ada gitar, tapi dah berpuluh kali gua minta nak pinjam tak kesampaian. Sampailah habis final test, gua tak sempat nak pinjam. Hati gua memang gelisah gila masa tu, ranaplah cita-cita gua nanti. Lagu nak cover dah buat list tapi main gitar tak reti2 lagi. Argh! Maca mana dengan impian gua nak bersaing dengan orang lain.

Oleh itu, impian gua terkubur begitu saja. Namun, kalian semua jangan risau, dalam hati gua impian tersebut masih ada. Gua sekarang tengah kumpul duit nak beli gitar kapak cap ayam. Kah3.




p/s: Mungkin bila dah sikit berani gua boleh busking dekat mana-mana. Jangan lupa like setiap video gua tanda support.
Gua rasa, Najwa patut buat buku la. "How to become Artis Cover for Dummies". Kah3.

2 comments:

Wadi AR said...

ajak gua la sekali

aLi said...

dah femes jgn lupe aku. kah3