Friday, September 20, 2013

Pam Minyak


Di suatu malam yang hening, gua sedang duduk dengan tenang, bapak gua panggil gua sebab nak suruh isi minyak kereta yang dah nak habis. Maka gua pon capai kunci kereta dan terus memandu ke stesen minyak tak berapa jauh dari rumah.

Oleh kerana masa gua isi minyak ni bayar cash maka gua dengan cergas pergi beratur dekat kaunter pembayaran. Sedang gua dengan tenang beratur, datang seorang pakcik yang lebih kurang umur bapak gua terus potong barisan depan gua nak bayar duit minyak.

Masa tu gua memang bengang la kan. Tapi atas dasar hormat dan malas nak rosakkan mood gua yang tengah tenang masa tu, gua pon bersikap tenang. Brader belakang gua dah tak boleh tahan marah dia, lantas dia terus sound, "Pakcik, orang lain pun nak beli minyak jugak. Kami dari sini beratur elok je, takkan pakcik tak boleh beratur kot," brader tersebut tegur dengan berhemah tapi padu. 

Maka orang tua tadi pon dengan lagak macam power beratur belakang sekali. Gua lepas bayar duit terus la pergi isi minyak. Rupanya brader tadi parking sebelah kereta gua je. Nampak la dari tempat kami isi minyak tu orang tua tadi baru start nak isi minyak. Gua senyum je lihat brader tu. Brader tadi sambung berhujah pulak dekat gua. "Mentang-mentang kereta dia kereta besar dia ingat aku takut. Fair play la woi," tegas brader tadi.

"Tula pasal, " gua yang cool dari tadi balas dua patah je. Lepas tu gua pon start enjin kereta dan berlalu pergi . Dalam hati gua berbicara, power betei brader tadi. He got guts!

1 comment:

aLi said...

mood tenang tu aku suke. aku pon naik tenang je bace post ni.