Saturday, July 28, 2012

Kunchakmeru - Cerita Seorang Lagenda Mee Jawa.-Part 1

            Zaman persekolahan Kunchakmeru baru berakhir. Seperti yang diduga, dia gagal dalam semua subjek. Kunchakmeru pulang dengan tenang, sambil merenung slip peperiksaannya. Tiada perasaan. Lantas dilipat empat slip SPM nya dan disimpan didalam kocek. Bukan sengaja Kunchakmeru  gagal, tapi disebabkan kesusahan dan kesulitan hidup yang dihadapinya. Karim Abu, pemain bola sepak sekolah dan rakan-rakannya, sering membuli dan mencaci Kunchakmeru. Mungkin kerana bakatnya dalam sukan dan kekayaan duit hasil titik peluh mak ayah dia sering membuatkan dia bongkak. Sejak darjah 1 lagi Kunchakmeru sekelas dengan Karim  Abu, tiap-tiap hari dicaci maki. "Ah, kurang kasih sayang la tu," seloroh Kunchakmeru bagi menyedapkan hatinya yang duka lara tu. Selepas kematian ayahnya 8 tahun yang lepas, ibunya terpaksa berniaga mee jawa dan mengambil upah membersihkan rumah orang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun begitu, hari-hari mereka dihadapi dengan tenang dan tabah.


            "Mak, Kunchak dapat straight G Mak," katanya tenang. "Takpela, gagal SPM tak bermakna gagal dalam hidup," kata maknya sambil tersenyum pada anak bujangnya. Seperti biasa, Karim Ali bersiap-siap ingin membantu emaknya berniaga mee jawa dihadapan rumahnya. Dah banyak dah nama jolokan diberi kerana mee jawa maknya sangat sedap. Mee Jawa Sedap Giler la, Mee Jawa Balu la, dan tak kurang juga, ada yang dengki dengan kehebatan mee jawa tersebut memberi nama jolokan Mee Jawa Kangkang.



****************

2 comments:

Anonymous said...

Wow, marvelous blog layout! How long have you ever been running a blog for? you make running a blog look easy. The whole look of your website is great, well the content material!

aku nabihahaha:) said...

seperti yg diduga, dia gagal dalam semua subjek! haaha kau takbaik duga dia yg buruk2 ja.