Sunday, July 15, 2012

Terbang Tinggi-Tinggi

Kau ni siapa weh?
Kita pernah kenal ke?
Aku lupa memori aku dengan kau. Aku buat-buat lupa? Mungkin kot.

Oh ye, untuk pengetahuan kau aku dah hidup dalam satu ilusi yang sangat aku dambakan.
Satu kehidupan dimana apa yang aku nak semua aku dah dapat.
Aku berjaya dalam hidup aku. Pelajaran bagus,  empat rata tu wei. 
Kawan-kawan pun dengan orang yang hebat. Kau tak dapat dekan? 
Kesiannya, mesti kau malas kan? 
Semua yang aku perlukan sedia ada bersama aku.

Kau? Kau hanyalah sekadar memori, memori yang akan aku padamkan dari hidup aku ni.
Sebab tu aku selalu tiada perasaan bila kita berkomunikasi.
Ilusi yang aku duduk sekarang ni telah membutakan hati dan jiwa aku.
Aku nampak reaksi sedih kau. Tapi hati aku tak beri respon sedih.
Pelik kan? Kau macam tak cukup kasih sayang je.

Memori aku dengan kau? Aku cuma ingat yang duka sahaja.
Ada ya memori indah kita? Entahla, aku pon tak ingat.
Kau kata kau ada tolong aku masa aku tak boleh jawab periksa haritu?
Kau kata kau ada tolong aku masa aku dalam kesedihan dan kesepian.
Kau kata sebelum aku jumpa segala ilusi ini, kau lah yang selalu temankan aku.

Serius weh, aku lupa segala-galanya. 
Bila dah tinggi sangat aku terbang, segala didaratan kelihatan kabur sangat. 
Kau tau kan kau dimana? Aku anggap kau masih diatas daratan
Terpaksa mendongak ke langit untuk melihat aku.







Kadang-kadang tu, bila dah terbang tinggi sangat. Semua yang dekat bawah kita lupa.
Yang ajar terbang, yang sama-sama terbang dengan kita, semua kita lupa. Ingatlah wei, nikmat terbang tinggi-tinggi ni senang-senang je Tuhan boleh tarik.
Aku harap ini bukan realiti kehidupan. Sekadar drama di televisyen sahaja.


Erfan Ghiffary

3 comments:

dzafira said...

Yang terbang paling tinggilah yang merasa sangat sakit bila jatuh... ;(

Nadira R said...

wah budak engineering, four flat, i tip my hat to you brotha.;)

sometimes we do deserve a little bit of cockiness for our own achievement, no harm in that...:P

but its good to remind ourself not to fly too high(macam comment diatas cakap)every now and then so that the we won't hurt ourself in the future.:)

aku nabihahaha:) said...

woi ni fevret aku. great writing!