"Kunchak, hang jangan tinggal solat ye. Buat semua perintah Tuhan dan tinggalkan segala laranganNya. Hang ingat ni, mak dengan ayah ada sorang je anak, mak harap hang doakan mak dan abah berjaya di akhirat nanti. Mak minta mmaf tak mampu nak bagi hang rasa beli baju baru, makan KFC, dan duduk rumah besar-besar. Maafkan mak ye sayang? Semoga kita semua dipertemukan di akhirat kelak,". Begitulah rupanya kata-kata terakhir mak Kunchakmeru. Setelah 2 hari demam panas, ibunya pergi menyahut seruan Illahi. Kunchakmeru reda dengan takdir. Setelah selesai upacara pengebumian Kunchakmeru duduk dengan tenang di beranda rumahnya, mengenangkan nasib hidupnya. Encik mamat, cikgu kaunseling sekolah
Kunchakmeru datang menziarahinya.
Sebak dia bila tengok rumah Kunchakmeru. "Kau berhijrah la Kunchak. Keje dekat Kolumpo sana. Saya dengar dekat sana banyak peluang pekerjaan. Rumah dan tanah ni biar cikgu je yang jaga," kata Cikgu Mamat sambil menghirup air suam yang diberikan Kunchakmeru. Kunchakmeru termenung panjang. "Betul jugak cakap cikgu ni," desis hatinya. Sebelum pulang, cikgu Mamat memberikan Kunchakmeru satu kata-kata semangat bermagnet. "Ini untuk kamu, makna dia ada dalam bahasa melayu ada dalam kertas ni," kata Cikgu Mamat. Lepas bersalaman Cikgu Mamat menghidupkan motor buruknya dan pulang ke rumah sambil menyanyi lagu Kopratasa. "Ah, minat betul dia dengan Kopratasa," kata Kunchakmeru sambil menggelengkan kepala.
Pergh, memang syok la kan ada no IC macam tu. Haha.
Dengar-dengar cerita, ramai yang ambil tarikh semalam 11/11/11 untuk nikah la, lahirkan anak la. Yela, tarikh cantik kn. Haha
Apape pon, semoga siapa yang kahwin pada hari itu perkahwinan mereka dicucuri dan dirahmati Allah. Semoga anak yang lahir semalam dah besar nanti jadi anak yang soleh dan solehah. =)
Dewasa ini, apa yang aku nampak la, ralyat malaya suka main basikal ni. Lagi-lagi fixie ni. Aura fixie ni lebih kurang macam BMX gak. Biasanya, fixie ni budak-budak remaja je pakai.
Sebabnya?
Style beb!
Macam-macam aksesori ada! ( macam kereta pulak)
Harga pun tengah murah ni. ( Memandangkan fixie sangat panas di mata remaja sekarang )
"Melihat seseorang menunggang fixie ibarat melihat dia sedang memandu Mercedes Benz CLK Class!" -Abang H.-
"Budaya ni style giler . Aku rasa dah macam kat Jepun pulak bila tengok ramai orang tunggang basikal ni." -F-
Aku sokong+suka 100% kehadiran fixie ni. Budaya ni SANGAT SIHAT. Aku nampak, budak-budak tempat aku ramai dah tak merempit dah. Fixie lagi style beb! Alam sekitar tak tercemar, bunyi pun tak tercemar. Ok la tu. Boleh la jogging sambil-sambil bergaya dengan basikal kan?
Tapi, aku harap, budaya ni bukan sekadar trend yang lapuk mengikut peredaran zaman. Mana la tau lepas ni datang pulak benda lain, semua orang nak kearah tu pulak. Kalau ok, itu bukan masalah. Tapi kalau budaya tu kurang sihat. Itu masalah besar tu.
Setahu aku yang tak berapa berilmu ni, Evergreen ni benda yang tak luput dek panas tak lekang dek hujan.(betul ke ni? kih3)
Apakata mereka?
"47 years later and we are still listening and still receiving the same joy!" -mr. anon
Evergreen ni boleh dikatakan semua orang layan, baik tua ataupun muda. -dato' g
Terdapat pelbagai benda yang boleh dikategorikan sebagai Evergreen kat Malaya ni.
Antaranya….
Lagu Raya.
Zaman P.Ramlee dengan Saloma punyer lagu raya sampai Black Dog Bone, Sudirman, M. Nasir, semua2 tu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri semua penduduk Malaya. Tak kira la insan tersebut lahir pada zaman 60 an ke, 90 an ke, semua dengar lagu yang sama. Tak kan bosan punyer la. Namun begitu, pada pemerhatian aku la, zaman sekarang punyer lagu raya serius hampeh. Tak sesuai lansung dengan suasana hari raya. Konklusinya, aku tak berape suke dengar lagu raya yang baru2 ni. hahaha
Lagu Rabbani pun layan ape? haha.
Movie.
Siapa tak pernah tonton citer ni? Bukan cerita yang ketinggalan zaman, kau yang ketinggalan. Nampak je cerita2 ni hitam putih, tapi tengok banyak kali pon confirm boleh gelak punyer. Ayat yang diorg cakap, body language, semua orang boleh hafal dah. Susah nak cari filem2 macam ni dah zaman macam ni. Tengok sekali je. Lepas tu lupa dah.
Yang ni serius gua minat beb. hahaha
Yang ni bukan dalam Malaya, tapi Evergreen jugak kot.
Sampai sekarang, ada je orang nyanyi lagu ni, letak lagu ni dalam mp3 diorg, buat rambut macam diorg. Haha. Btw, jangan gelakkan apa yang orang minat, kalau tak nak orang gelakkan apa yang kita minat.
Akhir kata, pada pendapat anda, apakah evergreen itu? Contohnya?
p/s: Gua tau lagu The Beatle ni je. Ada lagi tak lagu diorang yang boleh layan? =)