Sunday, June 26, 2011

Parody Of Kl Gangster.



Hahaha. Style kn?




Sunday, June 12, 2011

Keputusan USM.

Sekitar keputusan USM, aku dapat beberapa respon.. Mereka terbahagi kepda tiga golongan. Klik pada gambar kalau tak nampak.=)

Golongan Pertama.

Golongan ni gua respect+tabik.





Golongan Kedua

Gua respect atas kesabaran mereka.



Golongan Ketiga

Golongan ni gua tak tau nak cakap ape? 


Apa pendapat anda?

  • Kerek gila mamat/ minah ni!

  • Istikharah banyak2 ye adik. 

  • Menyampah!

  • Syukur jela dah dapat tu.

  • Gua tak rse pape pon.




Yang ni no komen. Aku rasa dia paling legend sekali.



Apape pun, yang dapat tahniah, jangan sesekali sombong, bongkak, takbur dan sebagainya. Yang tak dapat jangan sedih. Mungkin rezeki anda di tempat lain.



p/s: Syukur dan reda atas segala ketentuanNYA.

Monday, June 6, 2011

Hey man, you call this a job?

  • Paradise island caretaker.


Hampir 35,000 orang di seluruh dunia yang apply untuk kerja ni, akhirnya, Ben Southall sipilih untuk kerja ini.
Apa yang dia perlu buat? Swim, explore and relax. Sambil2 tu, tulis blog untuk promote pulau tu.

  • Luxury Bed Tester.




Damn, yang ni lagi macam cibai. British undergraduate Roisin Madigin, 24, memperolehi £ 1000 (RM4, 918)sebulan untuk tidur kat katil2 yang direka oleh designer2 dari syarikat Simon Horn Ltd.
Dia dipilih setelah menyertai satu “sleep survey” yang dibuat oleh syarikat itu. 


  • Resort waterslide tester.



Tommy Lynch, 31, kelilingi dunia ni semata2 untuk mencuba waterslide kat resort2 di seluruh dunia.
Banyak gak benda yang dia check. Tinggi,kelajuan, kuantiti air dan landing of the flumes. Semua ni untuk memastikan semua gelongsor2 ni selamat untuk digunakan.

  • Candy Tester.


Budak sekolah lagi beb, Harry Wilsher, 14, dipilih sebagai chief tester untuk top-secret recipes in US.



  • Condom Tester.

  • Games Tester.



Star, 30 April 2011.



p/s: Gua ingat nak yang kedua@ ketiga. masyuk beb!

Wednesday, May 25, 2011

Evergreen.

Apakah Evergreen? 

Setahu aku yang tak berapa berilmu ni, Evergreen ni benda yang tak luput dek panas tak lekang dek hujan.(betul ke ni? kih3)


Apakata mereka?


"47 years later and we are still listening and still receiving the same joy!"  -mr. anon


Evergreen ni boleh dikatakan semua orang layan, baik tua ataupun muda. -dato' g






Terdapat pelbagai benda yang boleh dikategorikan sebagai Evergreen kat Malaya ni.
Antaranya….


Lagu Raya.





Zaman P.Ramlee dengan Saloma punyer lagu raya sampai Black Dog Bone, Sudirman, M. Nasir, semua2 tu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri semua penduduk Malaya. Tak kira la insan tersebut lahir pada zaman 60 an ke, 90 an ke, semua dengar lagu yang sama. Tak kan bosan punyer la. Namun begitu, pada pemerhatian aku la, zaman sekarang punyer lagu raya serius hampeh. Tak sesuai  lansung dengan suasana hari raya. Konklusinya, aku tak berape suke dengar lagu raya yang baru2 ni. hahaha







Lagu Rabbani pun layan ape? haha.


Movie.




Siapa tak pernah tonton citer ni? Bukan cerita yang ketinggalan zaman, kau yang ketinggalan. Nampak je cerita2 ni hitam putih, tapi tengok banyak kali pon confirm boleh gelak punyer. Ayat yang diorg cakap, body language, semua orang boleh hafal dah. Susah nak cari filem2 macam ni dah zaman macam ni. Tengok sekali je. Lepas tu lupa dah.


Yang ni serius gua minat beb. hahaha









Yang ni bukan dalam Malaya, tapi Evergreen jugak kot.







Sampai sekarang, ada je orang nyanyi lagu ni, letak lagu ni dalam mp3 diorg, buat rambut macam diorg. Haha. Btw, jangan gelakkan apa yang orang minat, kalau tak nak orang gelakkan apa yang kita minat.








Akhir kata, pada pendapat anda, apakah evergreen itu? Contohnya?





p/s: Gua tau lagu The Beatle ni je. Ada lagi tak lagu diorang yang boleh layan? =)
       



Wednesday, May 4, 2011

UMMI SELALU...






Ummi selalu cerita,
Kat anak sorang dia ni,
19 tahun lalu dia ingat lagi,
Kat hospital waktu tu,
Berdebar2 menunggu disamping ayah tercinta,
Kedatangan anak keduanya didunia,.


Ummi selalu pesan,
Jangan sesekali kau tinggal kan suruhan-Nya,
Jangan sesekali kau buat larangan-Nya,
Solat 5 waktu tak payah la nak suruh2,
Fikir sendiri la ye anak-anak,
Dah besar panjang dah pon,
Baik buruk boleh bezakan kan?


Ummi selalu pesan,
Anak-anak,
Tenang dan bersabarlah kau selalu,
Dalam menghadapi suka duka kehidupan,
Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan-Nya,
Jangan kau mudah berputus asa tika diuji oleh-Nya.


Ummi selalu pesan,
Jangan kau bergaduh dengan adik beradik kau,
Ummi tak meninggal lagi anak-anak  Ummi dah bergaduh,
Tak taula kalau ummi dah meninggal nanti,
Tak senang nanti ummi kat sana.


Ummi selalu pesan,
Hormatilah Ummi ngan Ayah ni,
Tolong jaga nama baik kami,
Hormati juga rakan2 kami,
Janganlah kau bersikap kurang ajar pada orang lain.


Ummi selalu pesan,
Belajar rajin2,
Bukan Ummi dengan Ayah je gembira,
Anak-anak Ummi juga senang nanti,
Jangan duduk mengorat anak orang je kat sana,
Jangan sakitkan hati orang,
Insya Allah korang akan berjaya.


Ummi selalu nasihat,
Bila kitorang ada masalah,
Pelajaran, peribadi, semuanyalah,
Ummi juga akan doakan anak-anaknya, 
Semoga mereka semua berjaya didunia dan akhirat,
Kerana doa ibu sangat mustajab.


Ummi selalu pesan,
Nanti bila kami dah meninggal,
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada kami,
Sesungguhnya doa anak soleh merupakan modal kami disana,
Alunkanlah ayat-ayatNya buat kami
Ummi suka sangat kalau anak-anak Ummi yang mandikan dan imamkan solat jenazah masa Ummi dan Ayah pergi bertemu dengan-Nya nanti.


Hey anak2,
Ingatlah, Jasa Ibu sangat berharga,
Bukan untuk dikenang sehari je (Hari Ibu),
Tapi untuk dikenang seumur hidup,
Semoga perjuangan ibu2 diseluruh dunia diredhai dan diberkati Allah.



Entry ini dibuat khas untuk ibu2 sedunia dan juga menyertai peraduan yang dibuat oleh Joegrimjow. Ini link nya.
Sila klik disini , dan sini juga.