Saturday, May 11, 2013

Angker

Hari itu merupakan hari pertama gua di sekolah baru gua. Gua masa tu baru mendaftar tingkatan 1 dekat sekolah tu. Untuk pengetahuan semua, sejak tingkatan 1 gua telah dihantar ke asrama bagi mengajar gua apa itu erti hidup berdikari. Selesai urusan pendaftaran, ibu bapa gua terus chow balik rumah.

Gua pun relaks-relaks di kamar gua sementara menunggu waktu petang, waktu bermulanya orientasi. Sedang gua tenang di kamar memikirkan hal-hal makwe jenis apa yang gua nak pikat dekat sekolah ni, datanglah dua senior gua baru pulang dari kelas. Senyum sinis melihat junior yang bakal menjadi mangsanya tahun itu. Gua balas senyum sinis itu dengan senyum lesung pipit gua.

Kemudian bermulalah acara berkenalan atau kata orang-orang kaunseling "ice breaking" bersama senior. Selesai temubual hal-hal UPSR dan sekolah lama, maka senior gua pun mulalah cerita.

"Mat, hari ni aku nak ceritakan pengalaman angker aku dekat sini. Kau kena dengar sebab aku nak kau dengar,"

"Ok," gua balas pendek.

"Ceritanya macam ni, malam tu aku tidur agak lewat. Dah lewat malam ni tapi aku tak jugak lelap. Tiba-tiba perasaan nak kencing tu hadir. Dah nak kencing takkan aku nak steady je melepak atas katil ni, maka aku pun ke tandas la. Masa dekat tandas tu aku dah rasa tak sedap badan dah. Aku dengar bunyi cecair menitik. Aku dengan rasa tak tahan bertambah suspen macam celaka ni terus la cari bunyi tersebut. Tibalah aku dekat satu pintu tandas separa terbukak. Aku pun tolak perlahan-lahan kasi aku lagi suspen. Kau tahu apa yang aku nampak?"

"Entahleerr..." gua balas sambil menggeleng-geleng.

"Aku nampak satu kepala sedang menitik-nitik. Kau tau kepala apa?!!!" jerkah senior aku bajet-bajet suspenkan gua.

"Entahleerr..." gua balas sambil menggeleng-geleng.

"Kepala paip. Kahkahkah!" dan dia gelak bersama rakan dia lagi sorang.


Gua geleng-geleng je kepala rasa nak menyepak senior gua. Buat suspen betul. Hari pertama kot dah nak takut-takutkan gua! Tapi gua buat-buat tenang je.



Tuesday, April 30, 2013

Insane

video


The Isle of Man TT was for many years the most prestigious motor-cycle race in the world.
Between 1907 and 2009 there have been 237 deaths during official practices or races on the Snaefell Mountain Course.




Bila fikir-fikir balik, ini kerja gila.
Berhati-hatilah ketika memandu.

Saturday, April 13, 2013

If One Day

If one day you got problem,
You can find me,
But I can't promise I can solve your problem,
I just hope I can make you comfortable beside me.

If one day you want to cry,
Don't stop crying if it can make you feel better,
And I can lend you my shoulder,
So you can cry all you want.

If one day you don't want to listen to anyone,
I will be there for you,
And I will remain quiet,

If one day, you call me and there is no answer for it,
Come and see me,
Perhaps I need you.


EG,
Atas kerusi malas,
Tengah malas-malas.

Friday, April 5, 2013

Hensem

Haritu gua ada jumpa kawan sekolah gua. Orangnya hensem dan baik hati. Kami ni bersekolah di negeri orang. Oleh itu, kami agak rapat kerana sering balik ke kampung bersama-sama segerombolan rakan-rakan yang lain.

Gua pun ajaklah member gua ni sarapan di kedai mamak dekat dengan rumah gua. Seperti biasa agenda kami mestilah borak-borak panjang tanya khabar dan perihal hidup masing-masing. Kadang-kadang tu ungkit jugak cerita-cerita lama zaman sekolah dulu.

"Mat, kau belajar mana sekarang? Kos apa?" tanya kawan gua.

"Aku sekarang sambung degree dekat *******. Jurusan Mechanical Engineering," gua pun jawab.

Untuk pengetahuan semua, kawan gua masa ni sedang buat persediaan dekat Taylor College. Jurusan Sains Aktuari kalau tak silap.

"Woi, susah tu mekanikal ni. Apa yang aku dengar-dengar la, confirm penat punya kau ni," kawan gua teruskan perbualan.

"Erm, bolehlah. Penat la. Selalu je lost sekarang ni. Pointer aku pun tak berapa gagah ni. Malu weh, malu," gua balas.

Maka kawan gua pun cerita dekat gua. "Rilek la brader, kau pernah dengar hadis ni tak?


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantumu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.


[kredit]


Mat, kau rajin-rajin la zikir macam apa yang nabi ajar tu. Kalau boleh tiap-tiap kali lepas solat. Semoga dipermudahkan segala urusan kau =)"

Gua angguk-angguk tanda setuju. Thanks my friend. Sekarang ni kawan gua ni dah fly dah melanjutkan pelajaran dekat US. Benda ni gua harap gua akan ingat sampai ke mati.

Thanks woi!
Semoga berjaya di perantauan!

p/s: Kawan gua cerita dekat gua bab hadis je. Cerita berkenaan hadis tu gua cari dekat google.

Sunday, March 31, 2013

YNWA!



Malam tu indah macam malam-malam yang lain. Angin sepoi sepoi bahasa, udara tak segar sangat, bau asap motor kuat sangat. Gua yang lapar pun pergi ke kedai nak beli nasi lemak abang Hensem. Sampai je turn gua, lantas gua order.

"Nasi lemak ayam satu, nasi lebih ye," order gua sopan santun.

Maka, dia pun bungkuslah nasi lemak tu sopan santun jugak. Lepas nasi lemak siap dibungkus maka akan dituliskan harga pada bungkusan. Namun apa yang pelik pada malam tersebut Hensem tulis lama sangat. 2 baris pulak tu. Gua pun buat-buat cool capai nasi lemak yang dah siap tulis harga dan beratur dekat cashier nak bayar. Masa beratur tu gua pon baca la apebende yang Hensem tulis dekat nasi lemak gua ni. Mana la tau harga mahal, boleh gua kompelin cepat-cepat. Ada 2 ayat dekat bungkusan nasi lemak gua.

"RM 4.00"
"YNWA"

Alamak, gua baru perasan gua sarung jersi liverpool tadi. Gua pandang Hensem dan senyum-senyum ala-ala brotherhood sesama liverpool. Mana la tau ada rezeki dapat murah beli lain kali. Kahkahkah.


p/s: Brader ni kalau dia tahu gua ni budak menyu, gua tak boleh bayang apa reaksi dia.