Sunday, December 25, 2011

Yo soy adicto.

           Maaf, gua ketagih. Sekarang gua antara kutu-kutu yang ketagih dengan benda ni. Gua tau gua sengaja cuba-cuba, lantas ketagih terus. Ah, kau nak cakap apapepon kau cakap la. Yang penting prinsip hidup gua masih dijalan yang benar. Menjadi hamba yang taat pada penciptanya.

           Gua tau, awek-awek dah mula pandang serong dekat gua lepas kantoi gua bawak sekotak dekat fakulti haritu. Gua tau hilangnya macho seorang lelaki bila dekat dalam poketnya ada kotak tu. Ahh, stress gua dibuatnya. Blushing terus muka gua masa kena perli. Tapi apa gua kisah. This is my life. Kah3. Gua tau, dulu teruk gua hentam member gua dalam entry ni. Haha. Padan muka lu.

         Sorila, gua ambil benda ni pon bukan sebab apa. Gua nak cergas setiap hari. Bila cergas, otak akan menjadi lebih pintar. (Harap-haraplah). Ni nak dekat final lagilah. Sekotak sehari tu biasa dah tu. Semoga gua akan sentiasa sihat dan cergas.





*
*
*
*
*
*
*














Yang ni lah gua tengah ketagih sekarang. Ape macam, cergas tak kalau tiap-tiap hari minum?


Lu orang pikir apa ha!?
Mohon bertenang.

Saturday, December 24, 2011

Kalaulah VS Nasib Baik

Kadang-kadang, aku selalu terpikir, kenapa la aku loser sangat.

Kerana apa? : Terlalu banyak penggunaan perkataan 'kalau la' dengan 'nasib baik'

Contohnya:

- KALAU LAH dulu aku belajar betul2, mesti sekarang aku dah fly dah (koya giler! =.=)

- NASIB BAIK aku elak motor tu tadi, KALAU tak mampus mamat tu.

Faham maksud aku? Tak faham xpela.

So, kita kena la kurangkan pemggunaan perkataan diatas. Bab kata pepatah melayu
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna dah."

Sekian =)

Saturday, December 17, 2011

Ah, cibai betul.

Minggu ni aku cukup tak tenang, nasib menyu menang minggu ni. dah lama aku tak tengok performance macam tu, performance yang dicemburui haters2 menyu. Haha (gelak-gelak fergie). Tapi yang paling kurang menyenangkan aku, game menyu takde dekat siaran HD pulak minggu nih. Kedekut betul.

Minggu depan ada test dua subjek paling dicintai. Moga-moga aku dapat jawab dengan tenang dan betul. Amin. Assignment dengan tenang aku cuba langsaikan. Mohon puas hati.

Amalia Alias-Takut



TAKUT

mungkin ku tak bisa menyatakan
apa yang terintas di benakku
bukan kerana ku tak mencinta
cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis
apa yang ada di hatiku

kerna dalam hatiku,
selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
kerna aku takut kehilangan dia
kerna aku takut dia kan pergi
meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
apa yang terukir dalam hatinya
jalan mana yang harus ku datangi
agar terlerai kusut ini

tapi bukankah semua rasaku
sedia kau tahu tanpa ku perlu
menggapai pena dan menulis
apa yang ada di hatiku

kerna dalam hatiku,
selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
kerna aku takut kehilangan dia
kerna aku takut dia kan pergi
meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
apa yang terukir dalam hatinya
jalan mana yang harus ku datangi
agar terlerai semua kusut ini

Tuhan tolonglah ku
pinjamkan kembali dia padaku
pegangkanlah takdir ini untukku
kembalikan dia seperti dulu

Tuhan tunjukkanlah
apa yang terukir dalam hatinya
jalan mana yang harus ku datangi
agar terlerai kusut ini



p/s: Lagu ni best.



Thursday, December 15, 2011

Terbongkar Sudah Segalanya.

Setelah aku fikir-fikir, banyak benda yang perlu aku tanamkan dalam diri ni.


Solidwork itu indah.

Calculus is EASY!

Basic Mechanic akan jadi senang kalau buat tiap-tiap hari. 

Kalau nak berjaya, banyakkan amalan baik, tinggalkan segala yang sikap buruk.




Semoga aku dapat 4 flat semester ni. Amin.



Gambar Sekadar Hiasan.


notakaki: Kalau rajin sila isi survey disebelah. Ya, warna ungu tu.

Monday, December 5, 2011

Dimanakah Hebatnya Melayu?






Renung-renung kan. =)

notakaki :

mohon betulkan jika salah.
kepada yang tak isi survey disebelah, diharapkan boleh meluangkan masa isi kejap. Trimas.

Wednesday, November 30, 2011

Apa Yang Kami Survey

Bagi menyenangkan hati pembaca dan pengundi untuk survey disebelah, aku akan terangkan serba sedikit pasal final project aku bersama dodol, faris, pudin dan zahir untuk subjek Intro In Engineering. Fuh.

Ok2, mohon tenang semua... Alif ba ta 3 kali.

Kami diberi tugasan untuk buat satu ciptaan baru (new invention) ataupun mengemaskini ciptaan yang ada. Tiba-tiba kitorang dapat satu idea nak perbaiki sistem parking yang ada pada masa kini.

Antara yang kitorang kesan keburukan sistem parking masakini.


Kecekapan pemandu parking kereta.

Terror kan dia parking? Dua-dua sensor tak dapat kesan kereta dia. Kih3

Lagi satu, informer aku ada cakap kalau kereta rendah-rendah macam RX8, Cayman, Sorong, dan sebagainya, detector tak dapat kesan.


Solusinya? Buang je sensor.

Mohon kawan-kawan tenang, pokoknya, kami ada buat satu penambah baikan bagi mengatasi masalah parking.

Anda suka drive satu jam mencari parking? Confirm tak. Oleh itu, semasa masuk kedalam tempat letak kereta, semasa mengambil tiket, gambar pemandu akan diambil, disertakan dengan kad parking kereta. Pada kad tersebut, tertera tarikh, waktu masuk, dan juga kordinat parking anda. So, you just go straight away to your parking lot, without wasting an hour finding parking lot. You got it right?

Sekarang tak payah pakai sensor2. Membazir je. Oh ye, apa guna tangkap gambar tadi? Damn! lu ingat gua artis ke?

Ok2, gambar tu digunakan masa nak keluar nanti. Masukkan kad then face detector! Kalau pencuri, sorry to say la bro, mohon berundur semula dan pulangkan kereta.

Mesti ada orang pertikaikan, "lu orang ni berangan ke apa ha? benda ni macam tak wujud je," desus hati seorang yang ingin membangkang, tapi takut kena ban.

Erm, face detector dah ada dah, lappy aku pun ada software ni, oleh itu, tak mustahil ada software lagi hebat dari itu. Kan3?

Orait?


Single ladies. (dah banyak dah shopping mall ada parking lot macam ni)





Mengelakkan kes-kes berkaitan wanita di parking lot. Apa kelbihannya? Parking single ladies driver ni kelebihannya, ia terletak dekat dengan pintu. So, in case perempuan tu nak kena rompak @ etc, korang boleh jerit dekat jaga yang tgh lepak dekat2 pintu takpun lari terus masuk balik shopping mall. Hahaha.


Bro! lelaki takde safety ke? Apa lu ingat laki tak kena samun ke? Yang tu no comment. Mohon maaf. Lelaki diharapkan dapat belajar seni pertahankan diri sikit2. Takpun korang bawak je kayu baseball dalam kereta.

Yang ni lagi legend. Payung samurai! Kah 3kali.


Ok2, dah puas aku mengarut, kalau ada apape persoalan, boleh komen dibawah, jurutera-jurutera kami akan bertungkus lumus google jawapannya. Jangan risau. Nak bangkang pun boleh. Maklumbalas dari anda amat kami hargai.


Sekian terima kasih.
Mohon puas hati dan mohon share.

Hakcipta Terpelihara. Sebarang cetak rompak akan didakwa.

Survey!

Tolong isikan survey disebelah kanan sekali.




Yang macam ni.




Sekian terima kasih.
Doakan presentation aku dapat buat yang terbaik.

Apa Yang Kami Survey?


Monday, November 28, 2011

Carling Cup: Quarter Final

Quarter-Final Draw 




Arsenal v Manchester City


Chelsea v Liverpool


Manchester United v Crystal Palace


Cardiff v Blackburn




Tuesday 29th November:

Arsenal v Manchester City

Chelsea v Liverpool 

Cardiff City v Blackburn Rovers 



Wednesday 30th November:

Sunday, November 20, 2011

No IC aku 111111-**-****.

Pergh, memang syok la kan ada no IC macam tu. Haha.


Dengar-dengar cerita, ramai yang ambil tarikh semalam 11/11/11 untuk nikah la, lahirkan anak la. Yela, tarikh cantik kn. Haha



Apape pon, semoga siapa yang kahwin pada hari itu perkahwinan mereka dicucuri dan dirahmati Allah. Semoga anak yang lahir semalam dah besar nanti jadi anak yang soleh dan solehah. =)


notakaki - 20-11-2011 style jugak. Haha.

Thursday, November 17, 2011

Jom Bantu Orang.



Bantulah mereka yang memerlukan. Bantuan anda amat diperlukan. Ganjarannya? Tuhan sahaja yang boleh membalasnya. =)


sumber: iluvislam.com

Wednesday, November 16, 2011

Contest Blog Simple But Awesome


Nak join? Klik DISINI. Eh2, DISINI.


p/s, hadiah menarik tu!, mana tau ada rezeki kn. =)

Tuesday, November 8, 2011

Teguran untuk Hot FM.

Pertamanya, aku nak minta maaf kalau entry ni menyinggung mana-mana pihak. Aku cakap ni pun hanya sekadar teguran daripada seorang pendengar.

Untuk pengetahuan semua, aku ni suka sangat dengar Hot FM. Lagi-lagi waktu pagi: Segmen Panggilan Hangit. Suka sangat!

Ok2, ada la satu hari tu, tak silap aku 4/11/2011 (Jumaat) malam, aku dengar ulangan  panggilan hangit. Serius lawak. Tapi tu la, benda yang disentuh sangat sensitif. Menangis mamat tu dibuatnya. 

Menangis bukanlah tujuan utama aku nak tegur (dah banyak dah orang menangis kena panggilan hangit nih, haha), tapi perkara yang dikenakan tu agak sensitif, pasal pengajian mamat tu kena extend. Pada aku la, benda ni bukan perkara yang boleh dibuat main. Kenapa?

Takut hilangnya kewarasan mamat tu. Lepastu, suicide. Nauzubillahiminzalik.

Who knows? Dalam-dalam kena hangit + nangis-nangis tu, dia terus suicide. Siapa yang susah? Kena saman lagi. Adoyai.

Oleh itu aku sarankan, check la betul-betul sama ada benda yang nak dihangitkan tu sesuai ke tak. Bukan apa, takut lepas ni pagi aku bosan dah, tak dapat nak gelak-gelak dengar orang kena hangit. Hahaha.


p/s: kalau aku ada silap kat mana2, harap tegur ye. Trimas.


Klik SINI dan SINI.


Saturday, November 5, 2011

Segmen Pencarian Blog Follower < 500


Tadi blogwalking jap, terjumpa pulak segmen ni.
So, buat pertama kalinya, saya join segmen macam ni.
Terima kasih genkorner =)

Tuesday, November 1, 2011

Quotes Of The Day: Ingatlah!


Kih3.

p/s: Hari ni aku nak test. Doakan aku lulus dengan cemerlang!

Friday, October 28, 2011

Alhamdulillah. =)

 Nurdiyana Amir Hashim 


Semoga kita semua turut diberi hidayah untuk berubah kearah yang lebih positif. Amin.
 Pergh, cun giler. Speechless.



sumber: beatifulnara.com




p/s : kalau ayat gua silap tolong komen minta perbaiki erk.
      : Sumber:  Kosmo   

Wednesday, October 26, 2011

New phrases.

"It is newb, not noob."-The Big Bang Theory, Dr. Sheldon Cooper.


 Haha. Aku baru je tau.




Sheldon Cooper quotes.







Sheldon: Why are you crying? 
Penny: Because I'm stupid! 
Sheldon: That's no reason to cry. One cries because one is sad. For example, I cry because others are stupid, and that makes me sad.



LOL.



Monday, October 24, 2011

My Happiest Moment

This pitcure was taken after we performed "Solat Hari Raya" Eid al-Adha.  



Friday, November 27, 2009.

Muslims at worldwide celebrate Eid al-Adha during Zulhijjah according to Muslim calendar. And on that day, for the first time in my life, I celebrated it without my family because it was held during SPM weeks.


So, I ended up celebrated it with all of my friends at our lovely school, INTEK. This picture was taken after we performed the "Solat Hari Raya" Eid al-Adha. After the prayer, we had some feast and the food was mouth-watering. We then went to visit our teacher’s house and spent the rest of the day there. 

It was one of my unforgettable and precious memories during my school life. =)



Wednesday, October 19, 2011

Otaku

Otaku ni menurut kamus aku la- Peminat fanatik dalam anime, manga ataupun games.

Menurut Wikipedia plak- Otaku (おたく / オタク) is a Japanese term used to refer to people with obsessive interests, particularly animemanga, or video games.


Dalam hidup aku ni ramai otaku aku dah jumpa dah. Kadang2 tak bley blah gak la diorg punyer minat tu. 


Mr 1- Sanggup menghabiskan duit gajinya dengan membeli figura2 dekat e-bay.




 Mr 2-Hafal serba serbi watak robot Gundam yang macam cibai banyak giler. Apa yang korang perlu buat. Sebut je nombor kat badan Gundam tu, confirm dia boleh cerita punyer. Dengan detail2 sekali. Hahaha




 Mr 3- Menghabiskan wangnya kearah komik2. Yang ni agak legend. Umur dah berusia, tapi komik tetap dihati. Hahaha.






Akihabara-Tempat yang agak terkenal dengan tempat gathering otaku-otaku. Berdekatan dengan Tokyo.




Gua pon ada jugak beli baju One Piece ni. Amacam, kira Otaku tak? Kih3.








Apapepon, duit habis banyak beli figura dan komik, jangan lupa nafkah anak bini, mak ayah, sedekah amal jariah, hutang rumah kereta dan sbgnya. Dah lengkap semua tu, nak beli, beli la. 


Masa kena pandai bahagi, jangan 24/7 je layan anime. Al-Quran pon jangan lupa nak dibaca dan diamalkan.=)








Sumber: wikipedia

Monday, October 10, 2011

Berita Harian Online | 60,000 pelajar kita ketagih FB



Berita Harian Online | 60,000 pelajar kita ketagih FB

Sorila bro Mark Zuckenberg, dah tinggal 59,999 dah. Gua nak disiplinkan diri gua online fb sekali je seminggu. Kih3.



Tuesday, October 4, 2011

Latte art

Dalam banyak-benda dalam dunia ni, benda yang aku rasa nak sangat belajar ialah latte art. Seriously rasa hensem giler kot kalau boleh buat. Hahahaha.



Ye, kalau ada rezeki panjang umur, mungkin aku akan belajar kot. Ambil kos kulinari la pulak lepas ni. Hahahaha.  


notakaki- Hai anak, janganlah kau sakiti hati kedua ibu bapa kamu. Kalau ada tu, cepat2 lah minta maaf erk. Semoga hidup kita semua diberkati =)


Thursday, September 29, 2011

Puff Daddy- I'll be missing you.



Karaoke 5 bintang minggu ini.

Monday, September 26, 2011

Sebuah Tribute ke 19.

Entry ini dituju khas sebagai peringatan untuk aku, aku, aku, dan engkau pembaca sekalian.

Pertamanya, Alhamdulillah, syukur kepada Allah, hari ini, genaplah umur aku 19 tahun. Banyak dah suka duka hidup ni aku dah lalui. Banyak dah nikmat dikurniakan oleh Allah.


Tapi sudah 19 tahun aku hidup, dah ada ke benda yang boleh dibanggakan dalam hidup aku ni?


Pelajaran aku tak lah sebaik anak jiran mak cik Jenny yang dah fly dah kat obersea tu. Tak juga seterror anak sedara uncle Mike yang sekarang ni sambung belajar peringkat tinggi2 dah. Maafkan aku, ayah, maafkan aku mak. Aku sentiasa cuba yang terbaik untuk kebahagiaan mamapapa aku. Semoga impian mamapapa aku tercapai untuk tengok anaknya berjaya.


Sikap, perangai, sahsiah, rupa diri, semua tak boleh nak dicontohi. Nampak je luar bersih, dalam masih kotor.
Hai EG!:

Dah 19 tahun hidup, berapa banyak solat kau tinggal?
Berapa banyak puasa kau ponteng?
Berapa banyak dah dosa kau buat?
Banyak sangat ke amal kebajikan kau ni?


Sebenarnya, aku tak bersedia lagi untuk mati, bila mengenangkan dosa2 yang aku lakukan dan masih tidak bertaubat lagi, dan aku jugak tidak bersedia untuk hidup, bila mengenangkan "Adakah aku takkan buat dosa lagi hari ini? Dosa yang lepas pun tak tertanggung, ini kan pula akan datang." Sigh.

Semoga Tuhan mengampunkan dosa-dosa aku.
Semoga aku sempat bertaubat sebelum meninggal.
Semoga aku dimurahkan rezeki.
Semoga aku berjaya didunia dan akhirat.
Semoga hidup aku diberkati dan dirahmati Allah.



Orait2, tak lupa juga, WISHLIST!
Terima kasih kepada yang wish. =)
kalau suka entry ni klik LIKE erk. 



Sunday, September 25, 2011

Wishlist!

Siapa rasa nak bagi tu boleh la post kat rumah ye. Terima kasih.

1) i Pad.
Bukan yang ni tau! Klik DISINI.

2) Basikal


Senang nak bawak pergi kelas @ kuliah. Hahaha.

3) Beg pun ok jugak.

4) Yang ni pun ok sangat dah. Doakan kesejahteraan aku didunia dah akhirat. Amin. 


Thursday, September 22, 2011

Pemain Malaysia ke Manchester United?

RAMLI

Kalau betul la ada, serius legend.
Gua pon kalau boleh nak gak jadi macam Ramli. Kih3.


Tuesday, September 20, 2011

Racun rambut.

Seriously, aku betul-betul tak faham dengan kerenah remaja masa kini. Mana pergi akal fikiran yang waras? Mana perginya kecerdikan kurniaan Tuhan? Ataupun kau biarkan je nafsu membelenggu diri kau. Aku pon bukan baik sangat, tapi saje je nak ingatkan diri aku dan kau jugak. Takpun kau nak tunggu aku jadi superperfectbaikgiler baru boleh tegur kau? Hahahaha.



"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." 
-Imam Hasan al-Basri.-


Ok2, straight to the point, Aku kesian kat orang yang suka warnakan @ 'racunkan' rambut mereka. Maksud aku, kalau masa lahir rambut hitam kenapa tiba-tiba blonde sekarang? Hahaha.

Lepastu buat status macam ni.


Tak pun yang ni. 




Adoyai, abang-abang dan kakak-kakak sekalian, kalau dah rambut warna hijau ke coklat ke, sah ke solat kita tu? Sah ke mandi wajib kita tu? Jom kita renung-renungkan sama-sama erk. Aku harap tak payah la warna2@ highlight rambut ni, hitam lagi menawan. Kan3? Haha. =)

p/s: kalau ada silap kat mana-mana statement aku harap tegur ye. Terima Kasih.
      Jom layan blog begins at forty. Style tu. Tangkap gambar dan simple captions. Terbaik la.




Monday, September 12, 2011

Tabiat buruk.





Aku ada satu tabiat buruk. Eh2, banyak2.
Semoga aku dapat buang semua itu. Amin.
Semoga Tuhan ampunkan segala salah silap aku. Amin.

Monday, September 5, 2011

Ok2, farewell 'sayang'.

Macam dulu2 gak, ada je orang tak suka, ada je orang kritik. Tapi ada gak orang rasa sweet je bila kita bersama. Awww...

Pengalaman kita harungi bersama sepanjang 6 bulan ni:

Kena kacau dengan anjing waktu ukur jalan.


Tidur sekatil, sebantal.


Buka puasa kat hotel.


Pusing2 Malaya ni.


Kerja yang membebankan kepala. Nasib awak tak gugur kan? Hehe.


Ok2, aku macam dulu gak, stress, down giler lepas kau xde. Boleh baca entri ini. KLIK DISINI.
Tapi kali ni lama sikit kita bersama. Hahaha.

-Sayonara-

Any comment? Hahaha.


p/s: Aku tak nangis ok masa potong rambut!
     Doakan aku berjaya dalam pengajian Ijazah aku. Amin.=)

Saturday, September 3, 2011

I Pad 10?



Er...er..er...
No comment.

Gambar aku jumpa kat fb sape ntah. Kih3.



Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya.



Salam Dunia- M.Nasir

Saturday, August 27, 2011

Perkara Yang Perlu Dielakkan di Hari Raya.

1. Menghilangkan diri sewaktu tetamu hadir ke rumah.


2. Mengabaikan tuan rumah semasa raya dekat rumah dia.



3. Komen kuih raya @ makanan yang dijamu, takpon komen perabot2 dalam rumah yang dilawat.


4. Datang rumah orang nak ambil duit raya je.






p/s: klik untuk besarkan.


Friday, August 19, 2011

Makan vs Kereta



Hahahaha. Inilah balasan ponteng puasa.


p/s: Pejam celik, pejam celik, dah 10 malam terakhir dah.


Wednesday, August 17, 2011

Tips untuk pasukan bola sepak Malaysia.

Hari tu masa Malaysia main lawan Singapura, aku antara penonton yang pergi kat stadium. Ok2, meriah+ramai =semangat membara giler2. Hahaha. Nak masuk stadium memang susah. Tapi suasana tu seronok la. Tapi, balik  dengan kekalahan. Agak sedih la kan.

Berikut ialah pendapat aku. ( Pendapat aku tak semestinya betul erk)

1-Dalam FAM mesti ada @ dipimpin oleh bekas2 pemain negara. Takpun, orang itu mempunyai pengalaman yang sangat tinggi dalam bola sepak ni. Orang2 macam ni penting bagi mengkritik dan memberi cadangan pada FAM.

2-Pemain perlu berlatih dengan lebih gigih lagi. Stamina paling penting sekali. (Teringat pengetua aku selalu surh budak2 sekolah aku buat bleep test. Hahahaha.)

3-Latihan yang gigh tak memadai, disiplin kena ada jugak. Jadi ikon yang berguna kepada masyarakat. Jauhi maksiat, arak dan dadah. Tak elok semua tu. Kalau ada yang teribat, reject je dari pasukan kebangsaan. Tak kisah la ayam tambatan ke tak ke. Disiplin itu penting.

4-Pemakanan pemain pun kena jaga. Baru badan boleh fit.

5-Banyakkan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih kuat. Kalah tak menjadi masalah, pengalaman lagi penting. Kalau buat perlawanan persahabatan dengan pasukan yang sama je taraf baik tak payah. Buat penat je main.

6-Program cari bakat banyak dah. Tapi hasil masih tak nampak lagi.


Kalau anda ada pendapat boleh la utarakan.=)
Aku memang tak reti pun main bola, ini hanya pendapat. Hahaha.
Antara sebab Malaysia kalah dengan Singapura. 

Monday, August 8, 2011

Big investment!

Tertarik dengan kekayaan? Ingin cepat kaya? Kalau itu yang korang nak, aku nak promote something ni.

Benda ni confirm halal, BUKAN skim cepat kaya, BUKAN sistem piramid, BUKAN kena tipu-tipu orang lain.

Cuma, korang hanya perlu ikut step dibawah:

1. Sediakan wang untuk pelaburan, tak kira banyak mana pun(ikut kemampuan masing-masing).

2. Pergi ke surau-surau @ masjid-masjid, cari peti derma.

3. Masukkan duit korang dekat slot duit tu. ( Niat derma kerana Allah Taala)

4. Insya Allah, satu hari nanti, Tuhan akan balas balik segala jasa baik korang tu.


Yang bestnya, pelaburan ini, bukan untuk kepentingan dunia sahaja, malah akhirat juga. Untungkan? 
Lagi satu, kalau derma tu, lagi baik kalau diri sendiri je tahu. Tak perlu kot nak kecoh satu Malaya. Hahahaha. =)



notakaki: Sekarang ni bulan Ramadan, sama-samalah kita bersedekah beramai-ramai. Klik di SINI.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1. Sedekah/amal jariahnya.

2. Doa anak-anaknya yang soleh.

3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.





Sunday, July 31, 2011

Ramadan Al-Mubarak: Perkara yang perlu dikejar dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.

Perkara yang perlu dikejar dalam bulan Ramadan Al-Mubarak bagi mencantikkan lagi puasa kita.

1. Pergi ke majlis-majlis ilmu.

2. Jaga pancaindera.

3. Buat solat sunat terawikh. Kalau malas sangat buat dekat rumah pun boleh. Berjemaah bersama keluarga.

4. Banyakkan bertadarrus @ membaca Al-Quran.

5. Banyakkan sedekah.

6. Kalau ada duit lebih, jamu orang berbuka puasa. Paling sikit pun bagi la segelas air dengan sebiji kurma    (tapi bagitau la awal-awal yang korang nak jamu dengan kurma dan air je, nanti bising pula orang yang dijamu) Hahaha.

7. Segerakan berbuka puasa. Tapi, jangan sampai lupa baca doa pulak! Kerana apa? Antara masa paling mustajab doanya ialah sewaktu berbuka puasa.InsyaAllah dimakbulkan.

8. Laksanakan sahur! Erm, yang ni memang ramai yang malas nak buat.Ingatlah, sahur ini untuk membezakan puasa orang Islam dengan orang bukan Islam.

9. Melambat-lambatkan waktu bersahur.

10. Buat qiyamullail. Carilah malam lailatulqadar. Terutamanya 10 malam terakhir, malam ke  21-29.

Dah selesai semua-semua ni baru boleh dapat ‘hadiah’, apakah hadiahnya?
Hari Raya Aidilfitri.




Sabda Rasulullah S.A.W: 2 golongan yang celaka :-


1- Hidup dalam bulan Ramadan, tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.

2- Tidak berbakti kepada ibubapanya, walaupun ibubapanya masih lagi hidup.



Renung-renungkan =).

Sunday, July 24, 2011

Sepak Takraw Piala Dunia



Pasukan lelaki Malaysia tahun ni layak ke final setelah menewaskan Singapura 3-0. Namun begitu, kehebatan Thailand tak dinafikan. Malaysia tewas di final kepada Thailand 3-0 jugak. Adoyai, aku betul2 sedih. Nasib ada la fight sikit masa set ke 3. Pasukan perempuan pula tewas kepada Vietnam 1-3 di separuh akhir. Apape pun tahniah sebab dapat masuk final. Boleh cuba lagi lepas ni.



Keputusan perlawanan boleh tengok dekat sini.


p/s: Jantung aku betul2 teruji masa tengok final lelaki tadi. Hahahaha.
     : Cerita LIBAS terbaik la.

Saturday, July 23, 2011

World Cup 2014 Qualifying: Malaysia vs Singapore



Maklumat penjualan tiket! 
Second leg: Stadium Bukit Jalil 28/7/2011

Harga tiket:

RM 50.00 (Pentas utama)
RM 30.00 (Terbuka)
RM 5.00 (Kanak-kanak)



26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama
.Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning.

28 Julai 2011 dari jam 9.00 pagi hingga waktu rehat
Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning


notakaki: malam ni pusingan pertama. Selamat berjuang Harimau Malaya.
             : 5-3 pun ok la.Kat Bukit Jalil ada lagi.

Wednesday, July 20, 2011

Diet yang diamalkan Rasulullah S.A.W

1) Tidak makan buah setelah makan nasi, tapi makan buah dulu lepas tu baru makan nasi.

2) Dilarang makan makanan DARAT bercampur dengan makanan LAUT. Kerana ianya memberi kesan dalam jangka masa panjang. Elakkan makan bersama:

  • Susu dan daging
  • Daging dan Ikan
  • Ikan dan Susu
  • Ayam dan Susu
  • Ikan dan Telur
  • Ikan dan Daun Salad
  • Susu dan Cuka
  • Buah dan Susu


3) Tidur satu jam setelah makan tengah hari

4) Jangan abaikan makan malam, kerana dikatakan mereka yang meninggalkan makan malam akan 'dimakan' usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

So, apa lagi? Take note cepat!

notakaki: 
Aku dah baca dua kali dah benda ni, first time masa kat sekolah dulu. Second time dalam majalah sis aku.
Doakan aku berjaya dunia dan akhirat kelak. Amin!




Ingin beli tiket Malaysia Vs Singapore (28/7/2011)? Aku terjumpa link ni.

Tuesday, July 19, 2011

Perangai manusia yang pelik2.


Masa cuti sekolah waktu aku form 5, aku tertengok rancangan ni kat ESPN. 
Lantas otak aku segera berfikir : Apakah ini dikira sukan?
Aku pun tak faham. Kenapa pembaziran perlu ada. Ramai lagi rakyat Afrika yang kelaparan.
Orang kat sini plak bergelak tawa tengok pelahap-pelahap ni dengan gelojohnya tengah makan.  

Pertandingan MELAHAP Hot Dog. Gelojoh gila beb!


Untuk pengetahuan semua KOBAYASHI ni memang legend pun. Sokmo dah dia menang contest ni.
So, dia dipanggil bagi mewakili manusia untuk melawan dengan.....


Man VS Binatang

Tak sakit ke bang makan macam tu?
Entahla. aku pun tak faham. Sigh.

Berita Tergempar: Baru-baru ini, gua dapat tau yang Neil Armstrong bukan sahaja orang pertama jejak kaki ke bulan malah orang pertama jumpa Transformers!!! Gua tak sangka dia sangat Legend.

Rajin-rajin la ajak kengkawan follow blog aku. Trimas!

Blog Archive