Wednesday, May 25, 2011

Evergreen.

Apakah Evergreen? 

Setahu aku yang tak berapa berilmu ni, Evergreen ni benda yang tak luput dek panas tak lekang dek hujan.(betul ke ni? kih3)


Apakata mereka?


"47 years later and we are still listening and still receiving the same joy!"  -mr. anon


Evergreen ni boleh dikatakan semua orang layan, baik tua ataupun muda. -dato' g






Terdapat pelbagai benda yang boleh dikategorikan sebagai Evergreen kat Malaya ni.
Antaranya….


Lagu Raya.





Zaman P.Ramlee dengan Saloma punyer lagu raya sampai Black Dog Bone, Sudirman, M. Nasir, semua2 tu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri semua penduduk Malaya. Tak kira la insan tersebut lahir pada zaman 60 an ke, 90 an ke, semua dengar lagu yang sama. Tak kan bosan punyer la. Namun begitu, pada pemerhatian aku la, zaman sekarang punyer lagu raya serius hampeh. Tak sesuai  lansung dengan suasana hari raya. Konklusinya, aku tak berape suke dengar lagu raya yang baru2 ni. hahaha







Lagu Rabbani pun layan ape? haha.


Movie.




Siapa tak pernah tonton citer ni? Bukan cerita yang ketinggalan zaman, kau yang ketinggalan. Nampak je cerita2 ni hitam putih, tapi tengok banyak kali pon confirm boleh gelak punyer. Ayat yang diorg cakap, body language, semua orang boleh hafal dah. Susah nak cari filem2 macam ni dah zaman macam ni. Tengok sekali je. Lepas tu lupa dah.


Yang ni serius gua minat beb. hahaha









Yang ni bukan dalam Malaya, tapi Evergreen jugak kot.







Sampai sekarang, ada je orang nyanyi lagu ni, letak lagu ni dalam mp3 diorg, buat rambut macam diorg. Haha. Btw, jangan gelakkan apa yang orang minat, kalau tak nak orang gelakkan apa yang kita minat.








Akhir kata, pada pendapat anda, apakah evergreen itu? Contohnya?





p/s: Gua tau lagu The Beatle ni je. Ada lagi tak lagu diorang yang boleh layan? =)
       



Wednesday, May 4, 2011

UMMI SELALU...






Ummi selalu cerita,
Kat anak sorang dia ni,
19 tahun lalu dia ingat lagi,
Kat hospital waktu tu,
Berdebar2 menunggu disamping ayah tercinta,
Kedatangan anak keduanya didunia,.


Ummi selalu pesan,
Jangan sesekali kau tinggal kan suruhan-Nya,
Jangan sesekali kau buat larangan-Nya,
Solat 5 waktu tak payah la nak suruh2,
Fikir sendiri la ye anak-anak,
Dah besar panjang dah pon,
Baik buruk boleh bezakan kan?


Ummi selalu pesan,
Anak-anak,
Tenang dan bersabarlah kau selalu,
Dalam menghadapi suka duka kehidupan,
Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan-Nya,
Jangan kau mudah berputus asa tika diuji oleh-Nya.


Ummi selalu pesan,
Jangan kau bergaduh dengan adik beradik kau,
Ummi tak meninggal lagi anak-anak  Ummi dah bergaduh,
Tak taula kalau ummi dah meninggal nanti,
Tak senang nanti ummi kat sana.


Ummi selalu pesan,
Hormatilah Ummi ngan Ayah ni,
Tolong jaga nama baik kami,
Hormati juga rakan2 kami,
Janganlah kau bersikap kurang ajar pada orang lain.


Ummi selalu pesan,
Belajar rajin2,
Bukan Ummi dengan Ayah je gembira,
Anak-anak Ummi juga senang nanti,
Jangan duduk mengorat anak orang je kat sana,
Jangan sakitkan hati orang,
Insya Allah korang akan berjaya.


Ummi selalu nasihat,
Bila kitorang ada masalah,
Pelajaran, peribadi, semuanyalah,
Ummi juga akan doakan anak-anaknya, 
Semoga mereka semua berjaya didunia dan akhirat,
Kerana doa ibu sangat mustajab.


Ummi selalu pesan,
Nanti bila kami dah meninggal,
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada kami,
Sesungguhnya doa anak soleh merupakan modal kami disana,
Alunkanlah ayat-ayatNya buat kami
Ummi suka sangat kalau anak-anak Ummi yang mandikan dan imamkan solat jenazah masa Ummi dan Ayah pergi bertemu dengan-Nya nanti.


Hey anak2,
Ingatlah, Jasa Ibu sangat berharga,
Bukan untuk dikenang sehari je (Hari Ibu),
Tapi untuk dikenang seumur hidup,
Semoga perjuangan ibu2 diseluruh dunia diredhai dan diberkati Allah.



Entry ini dibuat khas untuk ibu2 sedunia dan juga menyertai peraduan yang dibuat oleh Joegrimjow. Ini link nya.
Sila klik disini , dan sini juga.

Saturday, April 30, 2011

Minggu rakyat Malaya suka membaca. =)

Setelah beberapa kali aku survey, aku dapati rakyat di tanah melayu ni suka membaca. Tapi minggu ni jela. Sebab ada event Pesta buku kebangsaan. 

Bukan baru sekali aku pergi, banyak kali dah. Bohong la kalau  aku cakap, hari ni tak penuh pun PWTC tu, boleh main lari2 tu. Ok, tarik nafas pelan2. Fuh. Aku dah pegi hari minggu, hari kerja setiap hari penuh. Buku pun laku gak. Novel tak payah citer la, murah tu. Berebut2 aweks2 nak beli. 

Tapi aku masih jugak hairan, kenapa dikatakan rakyat malaya masih kurang membaca. Adakah mereka membaca mengikut musim? Atau pon baca bila nak periksa je? Atau, bila bosan2, amik la buku yang ada dekat2 sekitar baca bagi menghilangkan kebosanan?

Hahaha. Nak kata aku rajin membaca? Tak gak. Bukti? Hampir semua sebjek yang kena baca2 ni aku fail (Bio, Chem, Sej, etc). Kih3. Subjek2 begini boleh la buat bedtime story. hahaha. 




Apa yang best Pesta buku ni sampai ramai sangat orang?

  • Buku murah. SALE!
  • Kalau beli banyak2 boleh dapat free gift.
  • Penulis buku pon ade gak.( Boleh mintak autograf)
Gua tak sempat jumpe Zint. Wargh!!!
Kate mak gua, kalau tak dapat jumpe Zint pon nak sedih2, kan bagus sedih2 tak dapat pegi ceramah kat surau.( terase2 )
  • Dapat tengok betapa rakyat Malaya sangat suka membaca.
  • Ikut kawan.


Namun begitu, kesimpulan yang aku dapat, booth yang paling sesak dalam banyak2 booth tak lain tak bukan....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*










HAHAHAHAHA...


Yang paling best sekali, tahun ni aku kalah dengan sorang uncle ni ( Umur lebih kurang mamapapa aku ). Dia beli 10 kot komik. Cibai betul. Muka sumpah cool. Wargh!!!

Wednesday, April 27, 2011

Stress!!

Dewasa ini, banyak masalah stress yang aku temui dalam kalangan rakan2, orang2 sekeliling aku dan juga diri aku.
Aku dapat serba sedikit informasi ini pun hasil kajian tak seberapa ini.






Apakah puncanya?

  • Tak selesa dengan jadual harian

Jadual sangat padat, susah nak catch up. dan macam2 lagi.

  • Tak cukup tidur.

Waktu tidur dipenuhi dengan aktiviti2 tak memberangsangkan.

  • Tekanan dari masyarakat sekeliling.

Sering dipuji dihina, dikeji, dimaki dan macam2 lagi yang menyakitkan hati. Mungkin kritikan yang tak membina juga boleh menyebabkan berlakunya stress.Kalau tengah belajar confirm stress punyer. Sokongan padu mamapapa, kecibaian rakan taulan, dan exam+test+tutorial+lab report.



Contohnya:
Keadaan 1:


Student X: Bro, result hang ape cter?


Aku: Entahla, cukup2 makan je =(. Ko?


Student X: Aku straight A, pelajar terbaik skola tu! ( bangga2 )


Aku: Tahniah2.


Student X: Tu la hang, mamapapa hang hantar hang pegi ngaji kat skola hang pegi dok main2 kat sana.


Aku: (Speechless seketika) Ok, syukran.( Dalam hati: kepala bapak kau, ingat aku ni tak reti ke nak blaja ke ha! sedap2 mulut je nak kate aku ni kuat main (walaupun memang betul pon, kih3)).


_______________________________________________________________________________

Kejam tak agak2 Student X tu? hahaha. 

  • Rintangan dan dugaan yang diberikan Allah.
Tips aku lah:
Baca ayat ni sokmo, semoga dapat petunjuk dari ayat ni =)

Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .






Bagaimana nak mengatasi?

  • Berwuduk.
  • Solat Sunat.
  • Baca Al-Quran.
  • Banyakkan muhasabah diri.
  • Banyak ingat Tuhan (zikir).
  • Tidur.
  • Bercuti kat mana2. 
  • Baca komik2 lawak.
  • Tonton video cikgu syida.
  • Hiraukan tohmahan dan cacian manusia. Biar Allah je yang balas.
  • Tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Sejuk hati. kih3


Btw, hiduplah dengan aman. Ingatlah, bunuh diri bukanlah penyelesaian tetapi malapetaka.
Aku pun tengah stress ni. So, entry ni khusus untuk aku gak. Hahaha. Doakan aku berjaya dunia akhirat.



p/s: rajin2 klik iklan+survey. 


Saturday, April 23, 2011

Boleh percaya ke tidak?

Adakah berita dalam akhbar boleh dipercayai 100%?
Aku pun tak tau la. Hahaha.


" Dalam surat khabar, 2 perkara je yang boleh dipercayai kesahihannye, WAKTU SOLAT dan KEPUTUSAN NOMBOR EKOR." - Mr. R

Mr.R ni pun bukannya perfect pon. Mungkin hanya statement suka2. hahaha


Aku rasa la, gosip2 artis bukan semuanya betul, kerana apa?



Persoalannya, adakah semua wartawan begini?
Hanya Tuhan yang Maha mengetahui.