"Biasanya pada pada solat subuh pagi Jumaat imam akan baca surah As-Sajdah selepas Al-Fatihah dan dibuat sujud sejadah dalam rakaat pertama. Dan pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah imam akan baca surah Al-Insan."
Lalu adik gua yang umur baru 6 tahun ni pon balas.
"Esok hari Jumaat kan? Alaaaaa, esok subuh 3 rakaaaaaaat. Malasnyaaa nak pergi surau," balas adik gua dengan tenangnya sambil jalan nak masuk tidur.
Gua geleng-geleng je kepala tengok budak ni.