Friday, May 18, 2012

Tiada Tajuk

Mustafa Bin Ahmad baru nak lelap mata. Sebelum lelap mata Mustafa Bin Ahmad ada berfikir, "Kawan gua tadi baru je bertekak dengan gua, isu kerusi meja di sekolah." dia bermonolog dalam hati...

Oleh kerana terlalu marah dengan keputusan sekolah membenarkan perabotsekolah digunakan dalam satu kenduri, lantas seorang kenalan Mustafa Bin Ahmad membantah.

Siapa yang bagi ini semua? Kerajaan kan? tegas rakan Mustafa Bin Ahmad.

Haah. Tapi siapa yang pilih siapa yang memimpin? Siapa yang membayar cukai? Duit siapa yang digunakan nak beli kerusi meja ni? jawab Mustafa Bin Ahmad dengan tenang dan berhemah.


Kadangkala, satu pertanyaan tu boleh dijawab dengan pertanyaan juga. Ah, ramai lagi yang tak faham perihal benda-benda pemberian kerajaan ni. Tau nak bayar cukai je, tapi tak tau duit tu pergi mana. Lantas Mustafa Bin Ahmad tertidur  kerana kepenatan bermesyuarat.



# Gua juga anak muda yang cintakan keamanan negara.