Nama Mee Jawa Kunchak gah dipersada pemasak-pemasak mee jawa seantero dunia. Pelanggannya seperti dipukau dengan kesedapan masakannya. Ada yang sanggup menunggu lebih dari 45 minit demi semangkuk mee jawa. Oleh kerana terlalu letih dan takut urusan akhiratnya terabai, Kunchakmeru merekrut Zarif Ali dan Ramli, budak kulinari yang menganggur, kerja dengan dia. Seorang tukang masak, seorang lagi tukang buat air. 2 tahun berlalu, tempat letak kereta pon dah tak muat nak berniaga. Hasil rezeki yang ada Kunchak menyewa di sebuah lot kedai.
**************
Angin sepoi-sepoi bahasa, lagu Sheila Majid dimainkan dalam nada perlahan.
Wartawan: Datuk Kunchak, boleh beritahu kami apa rahsia turun temurun mee jawa encik ni?
Kunchakmeru: Tak perlu berdatuk-datuk dengan saya. Encik Kunchak pon dah ok dah. Kah3. Sebenarnya, dalam sesebuah masakan ni, tiada resepi istimewa didalamnya, resepi istimewa itu akan terhasil bila seseorang itu percaya masakan itu istimewa untuknya. Oleh itu, percaya pada diri sendiri.
Wartawan: Setelah berjaya membuka lebih 20 cawangan apa lagi cadangan encik?
Kunchakmeru: Pulang ke kampung kot. Saya baru je bina rumah di tanah pemberian ibu bapa saya. Saje je, bawa keluarga melihat asal usul hidup saya. Lagipon bagi mengelakkan saya lupa diri. 10 tahun bukanlah waktu yang pendek untuk saya. Saya sangat rindu suasana kampung. Saya juga ada buat ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan universiti untuk anak muda.
Wartawan: Ada pesanan untuk anak muda?
Kunchakmeru: Cikgu Mamat a.k.a pengurus cawangan kedai saya di Ipoh pernah memberikan saya satu kata-kata motivasi, yang masih saya simpan sampai sekarang di peti sejuk rumah saya, supaya isteri dan anak-anak saya pon boleh baca.
no one can predict,
to what heights you can soar,
even you will not know,
until you SPREAD YOUR WINGS.
Ibu saya juga pernah cakap dekat saya, gagal dalam SPM tak beerti saya gagal dalam hidup. Adoyai, nak nangis rasanya bila teringat arwah ibu bapa saya.
Dan banyak lagi soalan yang diajukan. Sejak itu, Starbuck, KFC, dan McD melalui zaman merudum mereka. Karim Abu rakan sekolahnya masih di kampung, namun Kunchakmeru masih senyum dan menyapa kawan lamanya itu. "Kalau dah terbang tinggi tu, jangan lupa orang di darat pulak, takut nanti bila dah jatuh ke darat, orang semua tak nak terima dah."
-ah, gua tak tau nak tulis apa dah-
1 comment:
nice je ending~
boleh jadi kisah motivasi ni.haha
Post a Comment