Friday, November 30, 2012

Detik ini




Detik ini, aku mungkin didalam bilik itu, 
"BILIK RAWATAN" kata orang,
Aku tak tahu mana datang sakit ni, 
Detik bila mana aku sedar, aku disahkan kronik, 
Ah, aku geleng kepala sorang-sorang,
Aku segan nak cakap dekat orang, "Weh, aku sakit ni,", 
Tak tahu macam mana nak cakap. 
Takut reaksi yang aku dapat "Erm, ada aku peduli,". 
Dalam bilik ini akulah doktornya, akulah pesakitnya. 
Dekat dengan katilku,
Sebuah meja dan kerusi,
Diatasnya terdapat satu buku,
Untuk aku catit cerita-cerita karut aku,
Sepanjang aku dalam proses terapi ini.
Semoga aku pulih dan bisa bangkit,
Menjadi pemimpin diri yang sekian lama dijajah penyakit.


Bilik Terapi,
Menunggu saat-saat pulih.

Monday, November 19, 2012

Ikrar




Aku selalu tengok ulang kali video ni.
Nak beri kesedaran dekat diri ini, betapa beruntungnya aku sekarang. 
Itupun masih malas-malas nak belajar.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara kita disana.

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharram

Semoga dosa yang lalu mendapat keampunan Allah,
Semoga apa yang tak dikecapi lagi mampu dikecapi pada tahun baru,
Semoga diri ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum,
Semoga tidak terus jahil atau lebih teruk lagi lagi jahilnya dari tahun-tahun sebelum,
Semoga kita semua dapat perbaiki diri dalam mengejar syurgaNya.




Saturday, November 10, 2012

Cerita artis cover.

AMARAN, KISAH INI 89.97% BENAR.

Hai guys! (lagak artis-artis)

Gua hari ni nak menceritakan perjalanan hidup gua dalam menjalani liku-liku dan onak duri dalam usaha menjadi anak seni. Pertamanya, ingin gua ceritakan serba sedikit pasal hidup gua ni. Gua dan top-top friends gua sebenarnya gemar menghabiskan masa kami membaca blog-blog dan bergelak tawa menonton video-video di youtube. Dalam masa yang sama, gua juga sering menonton video-video artis cover tanah air mahupun luar negara. Sebab apa? Kadangkala, lagu cover memmpunyai kualiti yang lebih memberangsangkan. Namun tak lupa juga ada yang merosakkan lagu itu sendiri.

Selepas beberapa lama gua tonton tu, tercetus dalam hati gua yang paling dalam sekali, "Gua pun boleh gak tonjolkan bakat gua yang terpendam ni. Artis cover pon ok ape, kurang-kurang dah femes nanti ada la komposer nak ambik gua nyanyikan lagu karangan diorg. Yang paling penting bila gua tulis status je, mesti ramai awek like. Kah3." getus hati gua sambil gua tersenyum seorang diri didalam toilet.

Ye, gua tau, gua punya spirit nak jadi artis cover masa tu memang tinggi giler. Seringkali gua fikir masa dalam toilet lagu apa gua nak record nanti, dekat mana nak record?

Kereta? Ah, tiru orang. Gua bila fikir2, gua dah jumpa tempat yang strategik; stor rumah gua. Kedap bunyi dan sunyi je. Kahkahkah. Suka hati gua masa tu. Gua sebenarnya minat tengok orang main gitar. Oleh itu, gitar jadi alat muzik pilihan pertama gua.

Member gua ada gitar, tapi dah berpuluh kali gua minta nak pinjam tak kesampaian. Sampailah habis final test, gua tak sempat nak pinjam. Hati gua memang gelisah gila masa tu, ranaplah cita-cita gua nanti. Lagu nak cover dah buat list tapi main gitar tak reti2 lagi. Argh! Maca mana dengan impian gua nak bersaing dengan orang lain.

Oleh itu, impian gua terkubur begitu saja. Namun, kalian semua jangan risau, dalam hati gua impian tersebut masih ada. Gua sekarang tengah kumpul duit nak beli gitar kapak cap ayam. Kah3.




p/s: Mungkin bila dah sikit berani gua boleh busking dekat mana-mana. Jangan lupa like setiap video gua tanda support.
Gua rasa, Najwa patut buat buku la. "How to become Artis Cover for Dummies". Kah3.

Saturday, November 3, 2012

Rokers

Nur Nilam Sari

         Antara lagu fevret gua masa kecik2 dulu. Lagu ni banyak nostalgianya buat gua. Masa zaman gua sekolah rendah dulu, lagu ni la gua selalu jamming dengan kawan-kawan gua dekat garaj belakang sekolah sambil main sepak siput babi.

          Kenapa lagu ni jugak yang kami pilih? Walaupun lagu ni pada waktu tu nampak sangat la lapuknya pada waktu tu, tapi oleh kerana bapak-bapak kami rokers belaka, kami dibesarkan dengan lagu-lagu Wings,Search, Alleycats, Lefthanded dan sebagainya. Tidak ketinggalan, bapak gua tak lupa belikan cd sama kaset original Raihan jugak.

         Pergi sekolah kebangsaan borak pasal lagu ni. Pergi sekolah agama pun borak pasal lagu ni jugak. Dari segi liriknya, video klipnya, dekat mana nak tarik vokal, semua kami habis borakkan. Ah, nostalgia-nostalgia.