Monday, February 25, 2013

Adab

Pagi ni oleh kerana gua free, maka gua tolonglah sediakan sarapan untuk adik gua.

"Nak makan apa pagi ni?" tanya gua dengan tenang. Pagi-pagi ni kena ceria dengan kanak-kanak takut ganggu emosi mereka.

"Erm, tak nak makan. Nak minum je. Buatkan Chocolate Oat untuk adik," adik gua order.

Gua pun capai sepeket coklat oat, koyakkan lepastu bubuh dalam cawan. Isi air panas sikit. Kacau dan siap. Bau coklat oat dah mula naik. Gua pun bagi cawan tu dekat adik gua. Dia ambil dengan tenang lepastu jalan slow-slow dekat meja makan dan duduk.Sebelum minum, gua potong terus.

"Ni bangah dah buat ni nak cakap apa?" gua uji adik gua.

Adik gua fikir kejap. "Entahlah, tak tahu," balas adik gua tenang.

Gua tak mengalah. Gua kasi klu sikit. "T-E.... TE," gua try teknik mengeja macam budak-budak tadika.

Adik gua ni jenis cepat pickup terus sambung. "Ooohh... T-E-N-G.... TENG......... K-I-U....KIU....................TENGKIU!"

Gua geleng-geleng kepala lepastu terus ajar macam mana nak eja "thank you".Gua sebenarnya nak eja TERIMA KASIH.



*****

"Bangah air ni panas la."

"Kalau panas kena la K-A.....KA..." Belum sempat gua habiskan adik gua dah potong.

"C-O-W..........COW.............. KACAU!"