Artikel ini hanya pendapat gua yang lemah ni. Kalau ada silap dan salah, harap dimaaf.
Menjadi pendidik ni pada aku bukanlah satu pilihan, Tapi ianya satu anugerah. Bukan mudah untuk seseorang insan itu menjadi pendidik. Kita memerlukan jiwa pendidik untuk menjadi pendidik yang berjaya. Pendidik ini tidaklah merujuk kepada cikgu dan pensyarah sahaja. Guru mengaji, ibubapa, abang, kakak, dan senior juga merupakan pendidik. Tapi masing-masing mengajar mengikut kepakaran bidang masing-masing.
Berbalik kepada pendidik tadi, selama gua hidup, ramai pendidik sudah mendidik gua sehingga mampu berdiri di tahap ini. Cuma dalam ramai-ramai, bukan semua mempunyai jiwa pendidik itu sendiri. Bukan nak membangkang. Tapi, sebagai seorang pendidik, seseorang itu perlu ikhlas dalam ilmu yang disampaikan. Mungkin dengan itu barulah ilmu yang disampaikan itu benar-benar dapat disampaikan kepada pelajar. Mungkin.
Gua pernah terjumpa dengan seorang pendidik yang sering menyalahkan gua atas kelembapan gua menerima apa yang diajar. Marah untuk mengajar ni lain dengan marah untuk menghina. Gua syak gua yang terlebih feeling masa kena sound. Gua pun keliru. Tapi takpela, gua anggap benda-benda tohmahan yang dilemparkan itu satu cabaran.
Ada satu hari tu, gua sedang melepak bilik pensyarah gua, borak hal-hal yang gua tak faham dalam kelas. Pensyarah gua ni masa dalam kelas selalu tekankan, "When you repeat this subject, doesn't mean that you're stupid, itu maknanya itu bukan rezeki awak. Mesti ada hikmah punya atas apa yang berlaku. Percayalah. Saya dulu masa belajar bukan faham sangat subjek ni, dah 10 tahun lepas belajar baru faham," Oleh itu, berdoalah banyak-banyak, semoga rezeki kita dimurahkan. Yang banyak buat dosa tu, bawak-bawaklah bertaubat.