Sunday, February 27, 2011

Cita-cita saya!

Masa sekolah dulu masa perkenalkan diri, confirm kena bagitau cita2. Berikut adalah cita-cita aku masa...

Sekolah rendah: SAINTIS. (Terpengaruh dengan subjek sains yang senang la kot). Kih3.







Sekolah menengah: DOKTOR. Kene brainwash ngan papamama aku. " Hei kanak2, adapun doktor itu satu pekerjaan yang terbaik untuk anda." Huh! Tapi saya benci bio =(


Asasi: Aku bertekad nak jadi AHLI SYURGA! Amin. Sekian terima kasih.




p/s: Teringat kawan aku masa sekolah dulu.

Nama saya Bonaparte ( bukan nama sebenar).
Saya dari Pluto ( bukan tempat asal sebenar).
Cita2 saya nak jadi bomoh.


Kah3. Untuk pengtahuan umum, pelajar ini antara pelajar terbaik skola aku. Saje je nak kene kan cikgu. Hahahaha.

Thursday, February 24, 2011


I,m out of the pitcure. Satisfied? Yeah, welcome. Trying to comfort you all without knowing that i am part of the problem. Bapak bodohnye. Oh ye, sebelum terlupa, aku juga ada hati dan perasaan. Sekian terima kasih.



Monday, February 21, 2011

ilmu =)

Masa raya cina, papamama aku bawak aku ngan adik beradik yang lain pegi jalan2 ronda2 bandar Melaka.
Seriously, bandar Melaka sangat canttik beb. Artistik, historical, dan indah. haha.
Kitorang ada gak jalan2 naik bot( Melaka River Cruise).

Sila klik disini.

Ilmu yang aku dapat hari tu.

RUMAH MELAKA.
Atapnya tajam.
Bahagian tengah kat atas atap ada loteng.
Ada 5 anak tangga.
Anak tangga yang paling atas paling kecik, dan paling bawah, paling besar.
Dibina tanpa paku.
Pasak semata-mata.

(Ihsan daripada driver bot.)




p/s: Kalau rasa nak melancong, pegila Melaka. Sangat best!

Saturday, February 5, 2011

Warkah untuk Fandhi(bukan nama sebenar).

Fandhi,
Kau ingat lagi 10 tahun dulu, kita ni bapak rapatnye, BFF la kan. Main bola sama2, study sama2, kena kejar anjing sama2 kesimpulannya banyak benda yang kalau kita buat confirm sama2.Ingat tak masa aku jatuh basikal dulu, kau la satu-satunya manusia yang tolong aku. Kau sikit pun tak gelakkan aku masa tu.
Lepas UPSR, kite terpisah. Kita pergi kat mane dibawak takdir. 5 tahun, lost in contact. Dah la aku takde phone. Myspace lagi la aku takde. Hahaha. Satu hari tu, baru je turun bas Rapid KL, aku nampak ada satu mamat ni, laju dia bawak motor, muka iras2 kau. Erm, takkan la. Aku sedapkan hati, tu bukan fandhi tu.
Aku dengar2 citer ko pindah rumah. Frust gak la masa tu. Tapi nak wat camne, semuanya dah ditentukan Allah. Malam bila ntah, baru je online facebook, ada sign orang baru add. Lepas klik je terpampang nama, Fandhi bin Mat(bukan name sebenar gak). Peh, seriously aku cakap, nak melompat seyh rasa. Aku cepat2 approve. Tengok2 kau pun online masa tu. Chat panjang la kite malam tu.