Thursday, August 23, 2012

Happy Eid

I'm sorry for everything.

Tuesday, August 14, 2012

Kunchakmeru - Cerita Seorang Lagenda Mee Jawa.- ending

       Sudah 2 bulan Kuncahkmeru di kota raya Kuala Lumpur. Basikal buruk beserta gerai kecik menjadi peneman hidupnya. Kunchakmeru meneruskan hidupnya dengan berniaga di petak tempat letak kereta kedai Pak Cik Apih. Hari ke hari, perniagaannya semakin maju. Kata azimat yang diberikan cikgu ditampal di dalam bekas duit simpanannya, bersebelahan gambar arwah ayah dan ibunya. Zulkenbegh salah seorang pelanggan tetapnya siap buat satu page "Mee Jawa Kunchakmeru" di facebook.
        Nama Mee Jawa Kunchak gah dipersada pemasak-pemasak mee jawa seantero dunia. Pelanggannya seperti dipukau dengan kesedapan masakannya. Ada yang sanggup menunggu lebih dari 45 minit demi semangkuk mee jawa. Oleh kerana terlalu letih dan takut urusan akhiratnya terabai, Kunchakmeru merekrut Zarif Ali dan Ramli, budak kulinari yang menganggur, kerja dengan dia. Seorang tukang masak, seorang lagi tukang buat air. 2 tahun berlalu, tempat letak kereta pon dah tak muat nak berniaga. Hasil rezeki yang ada Kunchak menyewa di sebuah lot kedai.



**************

Angin sepoi-sepoi bahasa, lagu Sheila Majid dimainkan dalam nada perlahan.


Wartawan: Datuk Kunchak, boleh beritahu kami apa rahsia turun temurun mee jawa encik ni?

Kunchakmeru: Tak perlu berdatuk-datuk dengan saya. Encik Kunchak pon dah ok dah. Kah3. Sebenarnya, dalam sesebuah masakan ni, tiada resepi istimewa didalamnya, resepi istimewa itu akan terhasil bila seseorang itu percaya masakan itu istimewa untuknya. Oleh itu, percaya pada diri sendiri.

Wartawan: Setelah berjaya membuka lebih 20 cawangan apa lagi cadangan encik?

Kunchakmeru: Pulang ke kampung kot. Saya baru je bina rumah di tanah pemberian ibu bapa saya. Saje je, bawa keluarga melihat asal usul hidup saya. Lagipon bagi mengelakkan saya lupa diri. 10 tahun bukanlah waktu yang pendek untuk saya. Saya sangat rindu suasana kampung. Saya juga ada buat ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan universiti untuk anak muda.

Wartawan: Ada pesanan untuk anak muda?

Kunchakmeru: Cikgu Mamat a.k.a pengurus cawangan kedai saya di Ipoh pernah memberikan saya satu kata-kata motivasi, yang masih saya simpan sampai sekarang di peti sejuk rumah saya, supaya isteri dan anak-anak saya pon boleh baca.


no one can predict,
to what heights you can soar,
even you will not know,
until you SPREAD YOUR WINGS.


Ibu saya juga pernah cakap dekat saya, gagal dalam SPM tak beerti saya gagal dalam hidup. Adoyai, nak nangis rasanya bila teringat arwah ibu bapa saya.



Dan banyak lagi soalan yang diajukan. Sejak itu, Starbuck, KFC, dan McD melalui zaman merudum mereka. Karim Abu rakan sekolahnya masih di kampung, namun Kunchakmeru masih senyum dan menyapa kawan lamanya itu. "Kalau dah terbang tinggi tu, jangan lupa orang di darat pulak, takut nanti bila dah jatuh ke darat, orang semua tak nak terima dah."

-ah, gua tak tau nak tulis apa dah-

Friday, August 10, 2012

Kunchakmeru - Cerita Seorang Lagenda Mee Jawa.-Part 3

     2 hari 2 malam baru lah Kunchak berjaya menterjemahkan kata-kata semangat yang diberi cikgu kepadanya."Gua mesti kena gerak pergi KL la ni jugak, cari rezeki untuk masa depan gua. Gua kena tujuk dekat orang kampung yang mee jawa mak gua bukanlah mee kangkang!" desis hati Kunchakmeru.  Keesokan harinya, berbekalkan wang RM 2000 ihsan daripada orang kampung, Kunchakmeru membawa diri ke KL.

      "Ni jela yang mampu mak waris dekat kau nak, resipi rahsia turun temurun mee jawa dari nenek moyang kita, harap-harap kau gunakan sebaiknya,", terngiang-ngiang  suara ibu di telinganya. Dalam bas, Kunchakmeru yang tak tahan nak kencing sukar melelapkan mata. Sampai je hentian R&R dia terus melompat turun bas dan cari tandas. Tanpa menghiraukan orang sekitarnya.

Saturday, August 4, 2012

Kunchakmeru - Cerita Seorang Lagenda Mee Jawa.-Part 2

      "Kunchak, hang jangan tinggal solat ye. Buat semua perintah Tuhan dan tinggalkan segala laranganNya. Hang ingat ni, mak dengan ayah ada sorang je anak, mak harap hang doakan mak dan abah berjaya di akhirat nanti. Mak minta mmaf tak mampu nak bagi hang rasa beli baju baru, makan KFC, dan duduk rumah besar-besar. Maafkan mak ye sayang? Semoga kita semua dipertemukan di akhirat kelak,". Begitulah rupanya kata-kata terakhir mak Kunchakmeru. Setelah 2 hari demam panas, ibunya pergi menyahut seruan Illahi. Kunchakmeru reda dengan takdir. Setelah selesai upacara pengebumian Kunchakmeru duduk dengan tenang di beranda rumahnya, mengenangkan nasib hidupnya. Encik mamat, cikgu kaunseling sekolah
Kunchakmeru datang menziarahinya.

         Sebak dia bila tengok rumah Kunchakmeru. "Kau berhijrah la Kunchak. Keje dekat Kolumpo sana. Saya dengar dekat sana banyak peluang pekerjaan. Rumah dan tanah ni biar cikgu je yang jaga," kata Cikgu Mamat sambil menghirup air suam yang diberikan Kunchakmeru. Kunchakmeru termenung panjang. "Betul jugak cakap cikgu ni," desis hatinya. Sebelum pulang, cikgu Mamat memberikan Kunchakmeru satu kata-kata semangat bermagnet. "Ini untuk kamu, makna dia ada dalam bahasa melayu ada dalam kertas ni," kata Cikgu Mamat. Lepas bersalaman Cikgu Mamat menghidupkan motor buruknya dan pulang ke rumah sambil menyanyi lagu Kopratasa. "Ah, minat betul dia dengan Kopratasa," kata Kunchakmeru sambil menggelengkan kepala.

**********************