Friday, October 26, 2012

Usah Kau




Monday, October 15, 2012

Comeback to zero

Jadah apa blogger punyer counter jadi kosong balik ni! Ni yang gua nak rampage ni. Oraaaa....


kredit 

Quote of the day.

no one can predict,
to what heights you can soar,
even you will not know,
until you spread your wings.





Wednesday, October 3, 2012

Cerita Mak Datin.


Haritu gua pergi open house di rumah salah seorang kenalan gua di Kolumpo. Setelah berbual sebentar dengan kenalan gua dan keluarganya lantas gua terus capai pinggan dan ambil juadah yang daripada tadi gua sibuk usha. Kemudiannya, gua terus duduk di meja yang tak ramai orang.

Sedang gua sedang khusyuk menikmati juadah yang sedap giler tu, gua terdengar percakapan makcik-makcik satu meja dengan gua.

"Eh you, seronok pulak kan jumpa dekat majlis macam ni, nasib baik ada open house ni, I pun busy sangat sekarang, you buat apa sekarang?"

"I dengan my sister sekarang sibuk dengan spa dan saloon kami tu, you datang la, ramai tau datin-datin datang dekat our saloon,"

Sedang mereka borak2, gua terdengar lagi,

"Azlina(nama ni gua main petik je) yang mana ye? Ala, suami dia Dato' tak? I ni tak berapa nak kenal la dengan orang-orang biasa ni," hampir tersedak gua terdengar mak cik tu cakap macam tu. Mahu saja gua berdiri dan menegur tindakan makcik tu. Sangat-sangat mementingkan darjat dalam berkawan. Puih! yang ni gua betul-betul nak rebel.

Gua terus berdiri dan tambah sepinggan hidangan lagi kambing golek beserta sos BBQ. Mantap betul.