Tuesday, May 13, 2014

Agon Dalam Koma-Mak Ayah

A: Pak cik ni baik betul dengan saya. Walaupun baru jumpa saya rasa senang dengan pak cik.

OT: Baru jumpa kamu dah rasa senang? Tu la kan, janganlah kamu jadi macam kes seorang anak yang lari dari rumah sebab kena marah dengan mak ayahnya. Setelah puas memaki hamun kedua ibubapanya dia pun lari tinggalkan rumah. Bodoh. Setelah beberapa hari hidup seorang diri, wang dalam poket pun dah habis, kredit phone dah habis. Maka hidupnya sebatang kara.

Datanglah seorang lelaki tua yang kasihankan anak itu setelah dilihatnya anak itu mundar mandir beberapa kali diluar kedai makannya. Dipelawa anak itu makan dan minum. Sambil makan minum, diceritakan perihal hidupnya dalam beberapa hari lalu. Setelah itu, anak itu tadi senyum dan mengucapkan terima kasih atas jasa baik lelaki tua itu.

"Terima kasih, pakcik, Baik sungguh hati pak cik." katanya.

"Baik? Anak, mudah betul kau lupa kan? Semasa kecil siapa yang ajar kau untuk berdiri dan berjalan? Selama ini, siapa yang membesarkan kau, memberi makan minum kau? Siapa yang hantar kau ke sekolah?Siapa yang sanggup tidak tidur malam demi melihat anaknya hidup senang? Siapa yang menjaga kau tatkala kau sakit? Siapa yang kau adukan masalah peribadi kau? Kalau baru sepinggan nasi dan secawan air kau sudah mengatakan aku baik, apa yang patut kau cakap pada mak ayah kau nak? Balik lah nak. Ibu bapa kau pasti risau dengan keadaan kau. "


Pernah kau dengar cerita ni Agon?


A: Pernah terbaca kot. Dekat Fesbuk.



p/s: Gua ni manusia selalu lupa akan jasa baik seseorang. Selalunya benda buruk yang gua selalu ingat, tanpa gua ingat apa yang pernah seseorang buat untuk gua. Ya, pengorbanan insan tersebut yang konon-konon gua hargai masa gua susah dulu selalu gua lupa masa gua tengah marah dengan dia.  

Monday, May 12, 2014

Agon Dalam Koma - Angkuh

A: Pakcik, kawan ramai kata saya angkuh. Apa tu angkuh? Tak ucap terima kasih tu angkuh ke?

OT: Angkuh ni banyak definisinya. Angkuh ni macam bangga diri dengan kelebihan yang Tuhan dah berikan. Bongkak, sombong tu lebih kurang macam angkuh la. Kita ni manusia semua yang ada disekeliling kita hanyalah pinjaman semata-mata. Manusia ni sering lupa dengan benda-benda camtu.

Kita ni kalau tak reti ucap terima kasih pada orang yang dah tolong kita, biadap namanya. Sebab tu lah kita kena selalu tunjuk rasa syukur kita pada Tuhan, atas segala nimat yang diberi pada kita. Kamu ni Agon, kalau dah pulih nanti, janganlah kamu lupa semua rezeki yang Tuhan beri pada kamu ni. Janganlah kamu lupa nak ucap terima kasih kepada mak ayah, keluarga, dan kawan-kawan yang banyak bantu kamu masa kamu susah ni.

A: (Angguk-angguk)

Sunday, May 11, 2014

Agon Dalam Koma - Masalah

Petang itu di Kuala Lumpur suasana sibuk seperti biasa yang kita nampak di kaca televisyen. Seorang manusia sedang duduk diam tenang di satu pondok bas. Sedang dia duduk tenang memerhatikan gelagat warga kota yang sibuk ke sana sini seorang tua menyapanya.

OT: Jauh termenung nak, kamu ada masalah ni.

A: Eh, macam mana pakcik tahu saya bermasalah. Saya tak cakap apape lagi rasanya.

OT: Berkerut-kerut dahi kamu dari tadi pakcik tengok, kenapa nak? Masalah duit atau wanita?

A: Entahla pakcik, ada jalan penyelesaian tak?

OT: Jalan penyelesaian, janganlah kamu runsing sangat. Kamu nampak masjid ditepi sana? Pergi sana, adukan masalah kamu kepada Tuhan. Ingatlah nak, adukanlah kepada Allah yang memiliki rasa cinta, yang meniupkan rasa rindu didalam hati manusia. Mungkin kita ni selalu alpa dengan seruan Allah. Maka mungkin masalah yang kamu hadapi ini untuk memberitahu kamu yang kamu ni jauh sangat dari Allah. Pak cik rasa la.

A: (Terkesima). Erm, terima kasih pak cik. Saya sangat memerlukan kata-kata macam ni. Ya, terima kasih. Kalau masalah duit macam mana pak cik?

OT: Erm, yang tu selain doa kamu kena usaha jugak. Ya, usaha sungguh-sungguh.

Saturday, May 10, 2014

Tuhan

Aku manusia yang lemah,
Pendosa,
Sering melakukan kesilapan,
Seringkali aku tertanya,
Di masa aku didalam kubur nanti,
Waktu Munkar dan Nakir menyoal didalam kubur,
Marabbuka...
Adakah amalan aku mampu menjawab dengan baik?
Tatkala hidup ini sering bertuhankan benda lain selain daripada Allah,
Sibuk bertuhankan dunia, wanita, harta benda, dan pangkat,
Tanpa aku sedar aku sudah jauh sesat,
Ya Allah, maafkan aku...