Tuesday, May 13, 2014

Agon Dalam Koma-Mak Ayah

A: Pak cik ni baik betul dengan saya. Walaupun baru jumpa saya rasa senang dengan pak cik.

OT: Baru jumpa kamu dah rasa senang? Tu la kan, janganlah kamu jadi macam kes seorang anak yang lari dari rumah sebab kena marah dengan mak ayahnya. Setelah puas memaki hamun kedua ibubapanya dia pun lari tinggalkan rumah. Bodoh. Setelah beberapa hari hidup seorang diri, wang dalam poket pun dah habis, kredit phone dah habis. Maka hidupnya sebatang kara.

Datanglah seorang lelaki tua yang kasihankan anak itu setelah dilihatnya anak itu mundar mandir beberapa kali diluar kedai makannya. Dipelawa anak itu makan dan minum. Sambil makan minum, diceritakan perihal hidupnya dalam beberapa hari lalu. Setelah itu, anak itu tadi senyum dan mengucapkan terima kasih atas jasa baik lelaki tua itu.

"Terima kasih, pakcik, Baik sungguh hati pak cik." katanya.

"Baik? Anak, mudah betul kau lupa kan? Semasa kecil siapa yang ajar kau untuk berdiri dan berjalan? Selama ini, siapa yang membesarkan kau, memberi makan minum kau? Siapa yang hantar kau ke sekolah?Siapa yang sanggup tidak tidur malam demi melihat anaknya hidup senang? Siapa yang menjaga kau tatkala kau sakit? Siapa yang kau adukan masalah peribadi kau? Kalau baru sepinggan nasi dan secawan air kau sudah mengatakan aku baik, apa yang patut kau cakap pada mak ayah kau nak? Balik lah nak. Ibu bapa kau pasti risau dengan keadaan kau. "


Pernah kau dengar cerita ni Agon?


A: Pernah terbaca kot. Dekat Fesbuk.



p/s: Gua ni manusia selalu lupa akan jasa baik seseorang. Selalunya benda buruk yang gua selalu ingat, tanpa gua ingat apa yang pernah seseorang buat untuk gua. Ya, pengorbanan insan tersebut yang konon-konon gua hargai masa gua susah dulu selalu gua lupa masa gua tengah marah dengan dia.  

No comments: