Thursday, January 3, 2013

Padu

Gambar sekadar hiasan



"Kamu ni belum apape lagi dah cakap susah. Saya bagi satu contoh. Kamu semua main bola sepak kan? Kalau belum masuk padang lagi dah kata lawan tu power gila, mesti kalah game ni, confirm la kamu semua kalah game tu. Cuba kamu mind set awal-awal, ah senang je game ni, confirm boleh main punya. Ha, sama lah macam subjek ni, yang kamu duduk tengok senior yang fail buat apa? Pandang la yang cemerlang. Baru la boleh cemerlang." -Legend



****************************************************



Gua dalam kelas sering dibasuh dengan kata-kata semangat yang padu dan power. Yang dekat atas ni tak cukup lagi power. Tiap-tiap kali bila masuk dalam kelas hati kena kering, sebab waktu kena basuh tu macam-macam ayat yang pedih akan disembur. Kata-kata Legend ni padu tapi gua suka. Ni belum gua masuk lagi cerita-cerita hidup dia.

Friday, December 28, 2012

Study week



"This is the time when you dont know whether it is night or day." -Madam Ananda


Oh ye, goodluck final exam semua!

Saturday, December 15, 2012

Sivik



If you give a little love,
you can get a little love on your own.

Friday, December 7, 2012

Korporat ke Kerparat?

           Krungkreng SDN BHD, sebuah syarikat yang berasaskan tebu. Apa depa buat? Import tebu, gula pasir, air tebu, dan macam-macam lagi, semua benda diorang balun. Manakala, Dato' Q pula seorang ahli politik di negara Isketambola. Seorang yang dihormati dan disegani.

          Satu hari tu, bendahari syarikat Krungkreng SDN BHD berpindah ke syarikat lain. Bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut, Krungkreng SDN BHD telah mempromosikan iklan-iklan di berbagai tempat. Bagi membodek Dato' Q, bos Krungkreng SDN BHD telah menjemput beliau untuk menjadi panel semasa interview pekerja nanti.

          Pada hari yang dijanjikan, temu duga berjalan seperti yang dirancang. Pada peringkat terakhir, iaitu sesi bersama Dato' Q, 3 orang je yang lepas. Andi, seorang akauntan di sebuah bank dengan yakin masuk bilik temuduga.

"Soalan pertama dan terakhir, 1+1 berapa?" Dato' Q dengan tenang bagi soalan.

"Kah3, gua dah agak dah, mesti dia nak gua dapat jawatan ni. Soalan budak tadika ni" desus hati Andi.

"Erm, 2" jawab Andi tenang dan professional. Selepas itu, Andi keluar dari bilik temuduga sambil senyum sinis memandang 2 orang yang belum temu duga lagi.

           Sarimah, mahasiswi yang baru selesai pembelajarannya dalam bidang ekonomi sedikit gugup masuk kedalam bilik temu duga. Tanpa diduga, soalan yang sama diberika kepada Andi tadi diajukan kepada Sarimah. "2," Sarimah jawab dengan tenang dan senyum, konon-konon boleh pikat sikit Dato' Q.

           Kori, orang yang terakhir ditemu duga. Rekod pasal dia tak banyak sangat. Yang pasti, dia ada diploma dalam bidang ekonomi ni. Soalan yang sama diajukan. Berkerut gak dahi Kori bila dengar soalan yang senang sangat tu. Lalu, dia tarik nafas perlahan-lahan dan menjawab.

"Dato' nak berapa? 2,3,4? Cakap je berapa yang Dato' nak," tenang sambil tersenyum menjawab.

Dato' Q tersenyum dan berkata,"Tahniah, anda terpilih bagi menggalas tugas ini," berjabat tangan dengan Kori, sambil kenyit-kenyit mata dekat Kori.



Persoalannya sekarang, pemimpin macam Dato' Q ke yang dicari? Kori tu lagi la, macam cibai!

p/s: Harap-harap pembaca faham mesej yang ingin gua sampaikan. =)

Friday, November 30, 2012

Detik ini




Detik ini, aku mungkin didalam bilik itu, 
"BILIK RAWATAN" kata orang,
Aku tak tahu mana datang sakit ni, 
Detik bila mana aku sedar, aku disahkan kronik, 
Ah, aku geleng kepala sorang-sorang,
Aku segan nak cakap dekat orang, "Weh, aku sakit ni,", 
Tak tahu macam mana nak cakap. 
Takut reaksi yang aku dapat "Erm, ada aku peduli,". 
Dalam bilik ini akulah doktornya, akulah pesakitnya. 
Dekat dengan katilku,
Sebuah meja dan kerusi,
Diatasnya terdapat satu buku,
Untuk aku catit cerita-cerita karut aku,
Sepanjang aku dalam proses terapi ini.
Semoga aku pulih dan bisa bangkit,
Menjadi pemimpin diri yang sekian lama dijajah penyakit.


Bilik Terapi,
Menunggu saat-saat pulih.