Wednesday, February 15, 2012

Sembang 2 Alam.

Gua teringat zaman gua tingkatan dua,masa tu gua dah mula reti keluar shopping tanpa pengawasan ibu bapa. Memandangkan gua menetap di asrama, tiap-tiap kali pulang ke kampung untuk bercuti gua mesti lepak-lepak shopping tak tentu pasal. Tempat yang gua dan rakan-rakan sering lawati tak lain tak bukan The Store Sungai Buloh. Masa tu, The Store ni siapa lepak dekat situ kira champion dah. Pusing dua tiga kali, confirm orang yang sama yang gua jumpa, budak sekolah gua juga. McD pulak salah satu kawasan kegemaran gua dan rakan-rakan waktu tu.

Ok, berbalik pada tajuk, satu hari tu gua nak beli jersi menyu. Biasa lah, kipas susah mati. Jersi yang lama sendat dah, apa lagi cari la yang baru. Masa gua tengah survey, banyak kedai gua masuk. Namun masih tak puas hati. Nak dijadikan cerita, gua pon masuk dalam satu kedai. Pergh, jersi menyu dalam tu memang cantik la. Bawah sikit dari Padang Besar punya taraf. Memandangkan taraf hidup gua masa tu seorang budak hingusan pelajar, itu la yang gua mampu. Gua dah suka giler dah masa tu. Tambahan pula, ianya diakui oleh miyol, rakan karib gua. Namun begitu, sebelum masuk kedai, miyol ada pesan dekat gua, "Wei, hati-hati karang kat dalam kedai tu" pendek tapi padat. "Ok2, aku tau la nak handle," gua malas la nak bercara nasihat miyol tu.

Sedang gua berjual beli, sorang awek cun datang menyambut gua. "Kak, jersi menyu ni berapa ringgit?" lantang suara macho gua. Suara awek tu keluar tapi samar2 je, gua tak dengar sangat berapa harga yang dia sebut masa tu. Pergh, dah la cun, suara ayu plak tu. Memang cair la gua! Kah3. Gua pun, dengan gentlemannya gua tanya sekali lagi, Pardon "Berapa?"

"TIGA PULUH RINGGIT!"

***********************************************************************




Lepas bayar gua terus keluar kedai sambil senyuman masih terukir dari bibir manis gua. Ye lesung pipit tak terkecuali, ada gak kelibat dia masa tu.

10 meter dari kedai........




20 meter dari kedai........






"SIAL LA KAU MIYOL!"
BUKAN NAK BAGITAU AWAL2. BAPOK RUPENYE!" Kah3. Miyol dan gua gelakkan diri gua je sepanjang hari. Nasib gua tak mintak nombor. Mana la gua nak letak muka lepas ni. Hermm... mana la jersi gua yang tu. Nostalgia2~

6 comments:

aku nabihahaha:) said...

gua dah boleh agak dah bapok. haha
dtg sini ja aku dah mula nak bergua gua. hehs

aRa ❤ aFiq™ said...

ahak.. bapok ?

missnadira said...

hahaha.asal lari? patut beli je time tu.leh dpt murah.:P

tp mmg ade satu bapok dekat danau tu rasanya jual jersey mmg tiptop la. adik sy beli jersey chelsea mmg puas hati gila 30rm je..xtau ade lagi ke tak..

EG said...

nabihah: kah3.

ara: haah.

missnadira: memang beli pon. tapi tu la, lepas chow, guling2 kitorg gelak. kah3. btw, sis arsenal adik chelsea? bley perang besar tu.

missnadira said...

hahaha..tula..kitorg dua okay..gaduh skit2 je.tapi dengan adik yg bawah skali yg sokong manu tu susah sikitla kitorg nak melawak..hahaha..

EG said...

Kah3.