Saturday, August 27, 2011

Perkara Yang Perlu Dielakkan di Hari Raya.

1. Menghilangkan diri sewaktu tetamu hadir ke rumah.


2. Mengabaikan tuan rumah semasa raya dekat rumah dia.



3. Komen kuih raya @ makanan yang dijamu, takpon komen perabot2 dalam rumah yang dilawat.


4. Datang rumah orang nak ambil duit raya je.






p/s: klik untuk besarkan.


Friday, August 19, 2011

Makan vs Kereta



Hahahaha. Inilah balasan ponteng puasa.


p/s: Pejam celik, pejam celik, dah 10 malam terakhir dah.


Wednesday, August 17, 2011

Tips untuk pasukan bola sepak Malaysia.

Hari tu masa Malaysia main lawan Singapura, aku antara penonton yang pergi kat stadium. Ok2, meriah+ramai =semangat membara giler2. Hahaha. Nak masuk stadium memang susah. Tapi suasana tu seronok la. Tapi, balik  dengan kekalahan. Agak sedih la kan.

Berikut ialah pendapat aku. ( Pendapat aku tak semestinya betul erk)

1-Dalam FAM mesti ada @ dipimpin oleh bekas2 pemain negara. Takpun, orang itu mempunyai pengalaman yang sangat tinggi dalam bola sepak ni. Orang2 macam ni penting bagi mengkritik dan memberi cadangan pada FAM.

2-Pemain perlu berlatih dengan lebih gigih lagi. Stamina paling penting sekali. (Teringat pengetua aku selalu surh budak2 sekolah aku buat bleep test. Hahahaha.)

3-Latihan yang gigh tak memadai, disiplin kena ada jugak. Jadi ikon yang berguna kepada masyarakat. Jauhi maksiat, arak dan dadah. Tak elok semua tu. Kalau ada yang teribat, reject je dari pasukan kebangsaan. Tak kisah la ayam tambatan ke tak ke. Disiplin itu penting.

4-Pemakanan pemain pun kena jaga. Baru badan boleh fit.

5-Banyakkan perlawanan persahabatan dengan pasukan yang lebih kuat. Kalah tak menjadi masalah, pengalaman lagi penting. Kalau buat perlawanan persahabatan dengan pasukan yang sama je taraf baik tak payah. Buat penat je main.

6-Program cari bakat banyak dah. Tapi hasil masih tak nampak lagi.


Kalau anda ada pendapat boleh la utarakan.=)
Aku memang tak reti pun main bola, ini hanya pendapat. Hahaha.
Antara sebab Malaysia kalah dengan Singapura. 

Monday, August 8, 2011

Big investment!

Tertarik dengan kekayaan? Ingin cepat kaya? Kalau itu yang korang nak, aku nak promote something ni.

Benda ni confirm halal, BUKAN skim cepat kaya, BUKAN sistem piramid, BUKAN kena tipu-tipu orang lain.

Cuma, korang hanya perlu ikut step dibawah:

1. Sediakan wang untuk pelaburan, tak kira banyak mana pun(ikut kemampuan masing-masing).

2. Pergi ke surau-surau @ masjid-masjid, cari peti derma.

3. Masukkan duit korang dekat slot duit tu. ( Niat derma kerana Allah Taala)

4. Insya Allah, satu hari nanti, Tuhan akan balas balik segala jasa baik korang tu.


Yang bestnya, pelaburan ini, bukan untuk kepentingan dunia sahaja, malah akhirat juga. Untungkan? 
Lagi satu, kalau derma tu, lagi baik kalau diri sendiri je tahu. Tak perlu kot nak kecoh satu Malaya. Hahahaha. =)



notakaki: Sekarang ni bulan Ramadan, sama-samalah kita bersedekah beramai-ramai. Klik di SINI.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1. Sedekah/amal jariahnya.

2. Doa anak-anaknya yang soleh.

3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.