Sunday, July 31, 2011

Ramadan Al-Mubarak: Perkara yang perlu dikejar dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.

Perkara yang perlu dikejar dalam bulan Ramadan Al-Mubarak bagi mencantikkan lagi puasa kita.

1. Pergi ke majlis-majlis ilmu.

2. Jaga pancaindera.

3. Buat solat sunat terawikh. Kalau malas sangat buat dekat rumah pun boleh. Berjemaah bersama keluarga.

4. Banyakkan bertadarrus @ membaca Al-Quran.

5. Banyakkan sedekah.

6. Kalau ada duit lebih, jamu orang berbuka puasa. Paling sikit pun bagi la segelas air dengan sebiji kurma    (tapi bagitau la awal-awal yang korang nak jamu dengan kurma dan air je, nanti bising pula orang yang dijamu) Hahaha.

7. Segerakan berbuka puasa. Tapi, jangan sampai lupa baca doa pulak! Kerana apa? Antara masa paling mustajab doanya ialah sewaktu berbuka puasa.InsyaAllah dimakbulkan.

8. Laksanakan sahur! Erm, yang ni memang ramai yang malas nak buat.Ingatlah, sahur ini untuk membezakan puasa orang Islam dengan orang bukan Islam.

9. Melambat-lambatkan waktu bersahur.

10. Buat qiyamullail. Carilah malam lailatulqadar. Terutamanya 10 malam terakhir, malam ke  21-29.

Dah selesai semua-semua ni baru boleh dapat ‘hadiah’, apakah hadiahnya?
Hari Raya Aidilfitri.




Sabda Rasulullah S.A.W: 2 golongan yang celaka :-


1- Hidup dalam bulan Ramadan, tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.

2- Tidak berbakti kepada ibubapanya, walaupun ibubapanya masih lagi hidup.



Renung-renungkan =).

1 comment:

dzafira said...

Kalau pikir tidur memang la malas nak bangun sahur... ;p

Selamat berpuasa syafiq shah.