Sunday, January 29, 2012

Pagi yang gelap kini masih gelap!

Ah, morning.

Gua semalam lepas letih memandu terus turun Anfield. Ok, semalam kalah. kbai.

notakakidaripeminatfanatik: Beli la player fergiebana!

Friday, January 27, 2012

Cara-cara membuat duit menggunakan Facebook!

Sangat Mudah dah senang.

1: LOGIN akaun facebook anda.

2: Tengok2 dulu notification.

3: Halakan mouse pointer ke sebelah hujung kanan.

4: Klik LOGOUT dan pergi cari kerja. =)

Tuesday, January 24, 2012

Pagi

Macam selalu, gua bangun pagi bukak laptop, on wifi, klik google chrome. Pantas gua tekan huruf L terus keluar livescore.com dan enter. Yeargh, satu tumbukan padu di udara, menyu menang 1-2 lawan gunners. Ok, selesai. Gua off laptop baring atas katil sambil senyum2. Lepastu, yang gua ingat pandangan kabur balik dan hitam tiba-tiba.

p/s: Gua sempat layan first half je. Second half ngantuk dah. Kah3. Anyway, good game.  

Monday, January 16, 2012

Muhasabah

Kenapa agama tidak dititik beratkan?

Kenapa nak datang lewat kelas?

Kenapa sibuk nak langgar peraturan?

Kenapa sibuk buang masa?

Kenapa pelajaran tak diutamakan?

Kenapa sibuk memporak perandakan masyarakat?

Mana perginya amanah dari mamapapa?

Mana perginya cita-cita?

Mana perginya jati diri?


Pernah anda terfikir?

Selepas diberi peluang yang berharga ni. Jangan kau sekali2 merosakkan diri kau, mencontohi budaya kuning mat salleh. Rambut karat, otak kuning, bajet gangster, gangster taik kucing. Dah dah dah, mohon diam, gua sedang muhasabah diri.

Thursday, January 12, 2012

Pengajaran dari KL Gangster.






"Jangan HISAP rokok. Kemam je dekat bibir." -Jai

"Jangan biarkan mak jual Tam2 keropok tepi jalan sial." -Malik

" Nak hidup kenalah bijak. Baru boleh kaya." -Jai

"Kalau tak habis tumbuh gigi, jangan cuba2 masuk line orang" -Dragon

"Cari rezeki yang halal!" -Mak Malik@ Mak Jai@ Mak Zeti

"Hormat dengan ibu ayah kamu!" -King

"Kawan takkan tinggalkan kawan bila dalam kesusahan." -Ajib

"Bila dah buat salah, taubatlah kepada Allah, minta maaf dekat ibu ayah" - Malik

"Jangan cari pasal dengan customer, nanti sendiri rugi ma!" -Dragon



Yang paling terbaik.

"Zeti boleh jaga mak." -Jai

Wednesday, January 4, 2012

Video panas minggu ni.

Arkib Minggu-minggu akhir December 2011

Tajuk macam gampang. Fuh.

1. Oley!!

Pada aku video ni mantap gila. Lagi-lagi untuk orang yang cetek ilmu macam aku.

2. I've been proposed.


Banyak reaksi dari kawan dan sahabat handai gua pasal video ni.

  1. Oh, sweet nya.
  2. Fuck la. Tak best langsung. bajet je!
  3. Gua pon dah start pening ni. Macamana nak lamar awek gua nanti. Karang tak romantik malu la gua! Argh!!
Yang penting gua tengok video ni ok je. Haha. Kreatif, inovatif dan romantik. Awww..
Bak kata kawan gua, 


"We all have better love story than Twilight, Ombak Rindu dan 
sbgnya "-Bok 101211
p/s: (Ombak rindu dan sbgnya aku yang tambah =.= )

Yang penting lagu A thousand years memang masyuk.

3. KP | Panglima nak ludah muka buku (PARODY)





Awak kena ingat, sebelum awak guna Facebook awak guna Myspace! Sebelum awak guna Myspace awak guna Friendster! Kah 3 kali!





4. Sesi ''Jamming '' Ustaz Idrus Dengan Zizan





Yang ni memang terbaik. Main muzik boleh, tapi jangan sampai lalai pada suruhan Allah.





Sunday, January 1, 2012

Pengaruh KL Gangster Dalam Kehidupan Seharian.









Tahun baru tanpa muhasabah, baik tak payah,
Semoga tahun baru membawa sinar yang baru.