Friday, March 8, 2013

Pokai


Gua balik bilik. Lemah dan lesu. Gua pantas switch on cerek untuk panaskan air. Kemudian gua lepaskan lelah di atas kerusi.

2 minit... 3 minit...,
"Lambat juga air nak capai takat didih," desus hati gua,

Gua capai sepeket makanan segera atas almari, "Makanan Segera Mee Kari" tercatit cantik dipeketnya. Gua koyakkan dan tabur serbuk-serbuk kari dalam satu mangkuk. Masukkan air yang baru saja mendidih kedalam mangkuk dan kacau kasi sebati. Mee tersebut gua patahkan dua dan masukkan dalam air yang dikacau serbuk tadi. Padu dan mantap bau yang keluar. Gua tutup elok-elok dan sabar menunggu. Sambil menunggu gua capai walkman depan gua, lagu Coldplay-Fix You dimainkan. Gua relax sebentar.

Belum sampai chorus azan pun berkumandang. Gua pun dengan cergas pergi toilet ambil wuduk. Nak kejar awal waktu katakan.

Tiba-tiba housemate gua cakap,

"Mat, awat hang tak makan dulu mee ni? Kembang karang,"
"Biar la kembang, baru power dan mengenyangkan. Kehkehkeh," jawab gua tenang,


p/s: Gua tengah pokai ni.

1 comment:

anna farhana said...

gua, mee kari segera pun takde. dan gua rasa gua lagi pokai dr lu, muehehehe :p