Tuesday, June 3, 2014

Aku Dah Biasa

Benda yang berlaku dalam hidup aku ni ibarat satu putaran. Farid, bukan nama sebenar kenal dengan Tengku bukan nama sebenar juga baru 3 minggu lepas. Entah kenapa, mereka sudah menjadi kawan yang rapat. Faris seakan tidak tahu sama ada mudah rapat dengan seseorang ni satu kelemahan atau kekuatan buat dirinya. Apabila Engku mengalami masalah, pasti Farid akan tolong. Ya, walaupun dia mengalami kesusahan selepas itu, dia tidak kisah, asalkan dapat lihat kawannya itu senang.

Melihat kawan senang ni merupakan rahmat. Walaupun diri sendiri terpaksa hadapai 'after effect', tapi Farid tak kisah. Pernah satu ketika Engku meminta Farid pergi ke Kolumpo belikan dia dompet Levis edisi terhad. Memikirkan rakannya itu tiada kenderaan untuk kesana, lantas Farid pun bergegas kesana menaiki motosikalnya. Dalam perjalanan, Farid terpaksa mengharungi hujan yang lebat. Farid demam seminggu berikutnya. Engku pula? Engku senyum senang sambil menayang dompet Levis baru dia pada rakan-rakan.

Perkara tersebut diperhatikan rakan sebilik Farid, Atan. Atan tanya pada Farid, "Kau tak kisah ke buat macam ni? Kau susah-susah untuk orang lain, dia tak hiraukan kau pun."

"Takpe, aku dah biasa," kata Farid sambil senyum sikit-sikit.

No comments: