Sunday, July 31, 2011

Ramadan Al-Mubarak: Perkara yang perlu dikejar dalam bulan Ramadan Al-Mubarak.

Perkara yang perlu dikejar dalam bulan Ramadan Al-Mubarak bagi mencantikkan lagi puasa kita.

1. Pergi ke majlis-majlis ilmu.

2. Jaga pancaindera.

3. Buat solat sunat terawikh. Kalau malas sangat buat dekat rumah pun boleh. Berjemaah bersama keluarga.

4. Banyakkan bertadarrus @ membaca Al-Quran.

5. Banyakkan sedekah.

6. Kalau ada duit lebih, jamu orang berbuka puasa. Paling sikit pun bagi la segelas air dengan sebiji kurma    (tapi bagitau la awal-awal yang korang nak jamu dengan kurma dan air je, nanti bising pula orang yang dijamu) Hahaha.

7. Segerakan berbuka puasa. Tapi, jangan sampai lupa baca doa pulak! Kerana apa? Antara masa paling mustajab doanya ialah sewaktu berbuka puasa.InsyaAllah dimakbulkan.

8. Laksanakan sahur! Erm, yang ni memang ramai yang malas nak buat.Ingatlah, sahur ini untuk membezakan puasa orang Islam dengan orang bukan Islam.

9. Melambat-lambatkan waktu bersahur.

10. Buat qiyamullail. Carilah malam lailatulqadar. Terutamanya 10 malam terakhir, malam ke  21-29.

Dah selesai semua-semua ni baru boleh dapat ‘hadiah’, apakah hadiahnya?
Hari Raya Aidilfitri.




Sabda Rasulullah S.A.W: 2 golongan yang celaka :-


1- Hidup dalam bulan Ramadan, tetapi tidak mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.

2- Tidak berbakti kepada ibubapanya, walaupun ibubapanya masih lagi hidup.



Renung-renungkan =).

Sunday, July 24, 2011

Sepak Takraw Piala Dunia



Pasukan lelaki Malaysia tahun ni layak ke final setelah menewaskan Singapura 3-0. Namun begitu, kehebatan Thailand tak dinafikan. Malaysia tewas di final kepada Thailand 3-0 jugak. Adoyai, aku betul2 sedih. Nasib ada la fight sikit masa set ke 3. Pasukan perempuan pula tewas kepada Vietnam 1-3 di separuh akhir. Apape pun tahniah sebab dapat masuk final. Boleh cuba lagi lepas ni.



Keputusan perlawanan boleh tengok dekat sini.


p/s: Jantung aku betul2 teruji masa tengok final lelaki tadi. Hahahaha.
     : Cerita LIBAS terbaik la.

Saturday, July 23, 2011

World Cup 2014 Qualifying: Malaysia vs Singapore



Maklumat penjualan tiket! 
Second leg: Stadium Bukit Jalil 28/7/2011

Harga tiket:

RM 50.00 (Pentas utama)
RM 30.00 (Terbuka)
RM 5.00 (Kanak-kanak)



26 Julai hingga 27 Julai dari jam 9 pagi hingga 7 malam
Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Di sebelah Pintu Utama
.Stadium Shah Alam. Di Pintu A.
Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning.

28 Julai 2011 dari jam 9.00 pagi hingga waktu rehat
Stadium Nasional, Bukit Jalil. Di Pintu Kuning


notakaki: malam ni pusingan pertama. Selamat berjuang Harimau Malaya.
             : 5-3 pun ok la.Kat Bukit Jalil ada lagi.

Wednesday, July 20, 2011

Diet yang diamalkan Rasulullah S.A.W

1) Tidak makan buah setelah makan nasi, tapi makan buah dulu lepas tu baru makan nasi.

2) Dilarang makan makanan DARAT bercampur dengan makanan LAUT. Kerana ianya memberi kesan dalam jangka masa panjang. Elakkan makan bersama:

  • Susu dan daging
  • Daging dan Ikan
  • Ikan dan Susu
  • Ayam dan Susu
  • Ikan dan Telur
  • Ikan dan Daun Salad
  • Susu dan Cuka
  • Buah dan Susu


3) Tidur satu jam setelah makan tengah hari

4) Jangan abaikan makan malam, kerana dikatakan mereka yang meninggalkan makan malam akan 'dimakan' usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

So, apa lagi? Take note cepat!

notakaki: 
Aku dah baca dua kali dah benda ni, first time masa kat sekolah dulu. Second time dalam majalah sis aku.
Doakan aku berjaya dunia dan akhirat kelak. Amin!




Ingin beli tiket Malaysia Vs Singapore (28/7/2011)? Aku terjumpa link ni.

Tuesday, July 19, 2011

Perangai manusia yang pelik2.


Masa cuti sekolah waktu aku form 5, aku tertengok rancangan ni kat ESPN. 
Lantas otak aku segera berfikir : Apakah ini dikira sukan?
Aku pun tak faham. Kenapa pembaziran perlu ada. Ramai lagi rakyat Afrika yang kelaparan.
Orang kat sini plak bergelak tawa tengok pelahap-pelahap ni dengan gelojohnya tengah makan.  

Pertandingan MELAHAP Hot Dog. Gelojoh gila beb!


Untuk pengetahuan semua KOBAYASHI ni memang legend pun. Sokmo dah dia menang contest ni.
So, dia dipanggil bagi mewakili manusia untuk melawan dengan.....


Man VS Binatang

Tak sakit ke bang makan macam tu?
Entahla. aku pun tak faham. Sigh.

Berita Tergempar: Baru-baru ini, gua dapat tau yang Neil Armstrong bukan sahaja orang pertama jejak kaki ke bulan malah orang pertama jumpa Transformers!!! Gua tak sangka dia sangat Legend.

Rajin-rajin la ajak kengkawan follow blog aku. Trimas!

Friday, July 15, 2011

Liverpool Asia Tour: Kesian mamat ni.


Gua rasa tak patut kot sampai suruh buka baju. Kesian tengok muka mamat tu. Chill sudah. 
Tak kan la pakai baju pasukan lain pun sampai nak kena macam ni?
Ke sebab dia pakai baju Manu? Kih3.


Notakaki: Nisfu Syaaban hampir tiba. Selamat beramal.=)

Thursday, July 14, 2011

15 JULAI 2011-Keputusan UPU bagi STPM, ASASI, Matrikulasi dan yang sewaktu dengannya.

Esok, tepat pukul 12pm, keluar lah keputusan UPU bagi STPM, ASASI, Matrikulasi dan yang sewaktu dengannya.
Confirm calon2 mesti berdebar-debar tunggu result kan3? Kalau tak tu aku pun taktau nak cakap ape.


Haritu gua tengah lepak2, tiba-tiba dapat mesej ni:




From 15888: RM0.00 UPU: Semak keputusan ke IPTA ( Ijazah Pertama ) mulai 12.00 p.m 15/7/2011 di http://upu.mohe.gov.my 


atau


taip UPU RESULT [Nombor IC] dan SMS ke 15888.







Masa tu gua pun dah terbayang-bayang, kat mana la gua dihantar lepas ni.

Al-Azhar?

MIT?

Hahaha. Ok2. Aku tipu je. Aku tau aku kurang pandai.
Apape pun doakan aku berjaya dapat u yang aku nak. Sekali dengan scholar sekali. Amin.

Aku harap fenomena KEPUTUSAN USM tak menjelma lagi. Hahahaha.


Churp2 time!:WIN YOURSELF SEATS ON A FLIGHT!, p1 wimax!,Wrangler jeans!,

Saturday, July 9, 2011

Opick - Rapuh

klik play 

Opick - Rapuh 


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahkta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



Dedicate to roomate gua di asasi.
Lagu ni gua dengar masa dia pasang kat lappy dia.
Sedap. Sedih bila dengar lagu ni.
Moga pendengar lain boleh mendapat manfaat. =)  


notakaki:
Kita beriman pada hari kiamat, tapi adakah amalan kita macam orang yang beriman akan hari kiamat? Renung-renungkan=).

Wednesday, July 6, 2011

'Fixie'ism yang menghairahkan.

Ok2. First of all. Apa itu fixie?



Inilah fixie.


Dewasa ini, apa yang aku nampak la, ralyat malaya suka main basikal ni. Lagi-lagi fixie ni. Aura fixie ni lebih kurang macam BMX gak. Biasanya, fixie ni budak-budak remaja je pakai.

Sebabnya?

  • Style beb!

  • Macam-macam aksesori ada! ( macam kereta pulak)

  • Harga pun tengah murah ni. ( Memandangkan fixie sangat panas di mata remaja sekarang )


"Melihat seseorang menunggang fixie ibarat melihat dia sedang memandu Mercedes Benz CLK Class!"                                                                                                   -Abang H.- 

"Budaya ni style giler . Aku rasa dah macam kat Jepun pulak bila tengok ramai orang tunggang basikal ni."                                                                                      -F-


Aku sokong+suka 100% kehadiran fixie ni. Budaya ni SANGAT SIHAT. Aku nampak, budak-budak tempat aku ramai dah tak merempit dah. Fixie lagi style beb! Alam sekitar tak tercemar, bunyi pun tak tercemar. Ok la tu. Boleh la jogging sambil-sambil bergaya dengan basikal kan?


 Tapi, aku harap, budaya ni bukan sekadar trend yang lapuk mengikut peredaran zaman. Mana la tau lepas ni datang pulak benda lain, semua orang nak kearah tu pulak. Kalau ok, itu bukan masalah. Tapi kalau budaya tu kurang sihat. Itu masalah besar tu.




Notakaki:
  • Ya, aku juga berjiwa remaja. Aku juga nak gak fixie. Tapi takde duit la =(
  • Ingatlah, masa depan negara boleh dilihat pada generasi mudanya!
  • Tahniah Malaysia FC!




Monday, July 4, 2011

Transformers 3-Dark Of The Moon: Duplicate scene?


Enjoy it. Gua pun speechless. Hahaha. =)


Milk A Deal! Trip to Jakarta!

Friday, July 1, 2011

Luffy singing!

Seriously, scene ni pada gua lawak giler. Sorila, gua die hard fan One Piece ni. Hahaha.



first verse
minami no shima wa atatakai
paina puru puru atama pokapoka aho baka


second verse
kita no shima wa samui
hyakoi koikoi atama buruburu aho baka



The real one!


Hahaha.