Wednesday, October 3, 2012

Cerita Mak Datin.


Haritu gua pergi open house di rumah salah seorang kenalan gua di Kolumpo. Setelah berbual sebentar dengan kenalan gua dan keluarganya lantas gua terus capai pinggan dan ambil juadah yang daripada tadi gua sibuk usha. Kemudiannya, gua terus duduk di meja yang tak ramai orang.

Sedang gua sedang khusyuk menikmati juadah yang sedap giler tu, gua terdengar percakapan makcik-makcik satu meja dengan gua.

"Eh you, seronok pulak kan jumpa dekat majlis macam ni, nasib baik ada open house ni, I pun busy sangat sekarang, you buat apa sekarang?"

"I dengan my sister sekarang sibuk dengan spa dan saloon kami tu, you datang la, ramai tau datin-datin datang dekat our saloon,"

Sedang mereka borak2, gua terdengar lagi,

"Azlina(nama ni gua main petik je) yang mana ye? Ala, suami dia Dato' tak? I ni tak berapa nak kenal la dengan orang-orang biasa ni," hampir tersedak gua terdengar mak cik tu cakap macam tu. Mahu saja gua berdiri dan menegur tindakan makcik tu. Sangat-sangat mementingkan darjat dalam berkawan. Puih! yang ni gua betul-betul nak rebel.

Gua terus berdiri dan tambah sepinggan hidangan lagi kambing golek beserta sos BBQ. Mantap betul.

2 comments:

haney said...

tah pape la mak datin tu. padahal elaran datin tu menumpang je pon. bukan effort dari diri sendiri. lain la kalau dia pon ade gelaran datuk. hahah btw, mati nnti tok imam yg bace talkin tu tak panggil pon gelaran datuk, datin tu. hahah

ril3x said...

manusia yang lupa tengok cermin begitula...