Untungkan kita ni? Tapi adakah kita ni hamba yang bersyukur?
Friday, December 13, 2013
Friday, December 6, 2013
Perikemanusiaan
Gua ada satu malam tu dengar ceramah maghrib dekat suara area rumah gua, Ustaz tu ada cerita;
Ada satu geng minum kopi sedang lepak minum-minum di sebuah kedai. Dari jauh, kelihatan seorang balu mengendong anak dia baru pulang mencari rezeki. Maka terlihatlah balu itu oleh geng minum kopi ni. Kata seorang dari mereka
"Kesian kan dia ni, dah la balu, anak pulak kecil-kecil lagi. Arwah pun tak tinggal banyak harta. Semoga Tuhan memurahkan rezeki dia,"
Ustaz pun sambung, disini kita boleh lihat kepada siapa Tuhan memberikan ujian? Dalam situasi diatas, apa yang kita dapat lihat, sebenarnya, ujian diberikan kepada geng-geng minum kopi tersebut bukan balu. Kenapa? Tuhan ingin menguji mereka sama ada perasaan kasihan tersebut hanyalah didalam kedai sahaja ataupun lebih. Jika ianya sekadar didalam kedai, maka perbualan tadi habis disitu. Jika mereka lebih berperikemanusiaan, maka akan ada seorang dari mereka pergi ke balu tersebut beri sedikit wang kepada dia dan anak-anak untuk teruskan hidup mereka. Memudahkan sedikit kesusahan yang mereka hadapi.
Sebenarnya gua selalu kena macam ni, tapi gua je tak sedar ujian tu untuk gua ke sebenarnya, nak tolong ke tak nak? Itu je.

Wednesday, October 2, 2013
Tunggul
Aku tak faham dengan segelintir manusia,
Nak cakap terima kasih pun berat,
Even text, "Bro, hari ni cancel, ada hal la,"
Terlupa nak respon kot.
Takpun aku ni dah macam tunggul.

Friday, September 20, 2013
Pam Minyak
Di suatu malam yang hening, gua sedang duduk dengan tenang, bapak gua panggil gua sebab nak suruh isi minyak kereta yang dah nak habis. Maka gua pon capai kunci kereta dan terus memandu ke stesen minyak tak berapa jauh dari rumah.
Oleh kerana masa gua isi minyak ni bayar cash maka gua dengan cergas pergi beratur dekat kaunter pembayaran. Sedang gua dengan tenang beratur, datang seorang pakcik yang lebih kurang umur bapak gua terus potong barisan depan gua nak bayar duit minyak.
Masa tu gua memang bengang la kan. Tapi atas dasar hormat dan malas nak rosakkan mood gua yang tengah tenang masa tu, gua pon bersikap tenang. Brader belakang gua dah tak boleh tahan marah dia, lantas dia terus sound, "Pakcik, orang lain pun nak beli minyak jugak. Kami dari sini beratur elok je, takkan pakcik tak boleh beratur kot," brader tersebut tegur dengan berhemah tapi padu.
Maka orang tua tadi pon dengan lagak macam power beratur belakang sekali. Gua lepas bayar duit terus la pergi isi minyak. Rupanya brader tadi parking sebelah kereta gua je. Nampak la dari tempat kami isi minyak tu orang tua tadi baru start nak isi minyak. Gua senyum je lihat brader tu. Brader tadi sambung berhujah pulak dekat gua. "Mentang-mentang kereta dia kereta besar dia ingat aku takut. Fair play la woi," tegas brader tadi.
"Tula pasal, " gua yang cool dari tadi balas dua patah je. Lepas tu gua pon start enjin kereta dan berlalu pergi . Dalam hati gua berbicara, power betei brader tadi. He got guts!
Friday, September 13, 2013
A man on the sidewalk.
When I walk at the sidewalk in the afternoon,
He's always there,
Sometimes he just sleeping,
Rest during his lunch time,
Sometimes when I walk,
He's taking his lunch,
Smiling to everybody who walked at the sidewalk,
Just seeing what he's eating could make me cry,
I wondered if I am a grateful person?
Eating just rice with 'kuah' only,
No vegetables no chicken or fish,
Very very sad things damn it,
How can I complain about my life after seeing such things in front of me?
He just makes me feel,
How lucky I am born as I am right now.
EG.
EG.
Friday, July 19, 2013
Solat Subuh
"Biasanya pada pada solat subuh pagi Jumaat imam akan baca surah As-Sajdah selepas Al-Fatihah dan dibuat sujud sejadah dalam rakaat pertama. Dan pada rakaat kedua selepas Al-Fatihah imam akan baca surah Al-Insan."
Lalu adik gua yang umur baru 6 tahun ni pon balas.
"Esok hari Jumaat kan? Alaaaaa, esok subuh 3 rakaaaaaaat. Malasnyaaa nak pergi surau," balas adik gua dengan tenangnya sambil jalan nak masuk tidur.
Gua geleng-geleng je kepala tengok budak ni.
Friday, July 12, 2013
10 sen
Gua nak cerita something ni. Bulan puasa ni sangatlah untuk kita berbuat amal kebaikan. Menderma adalah satu darinya. Oleh itu, apa kata kalau kita cuba menderma, sekadar mengikut kemampuan. Yang paling penting bukanlah kuantiti tapi niat dari dalam hati.
Mungkin untuk tahun ni kita start dengan 10 sen sehari. Next year kalau murah rezeki lagi kita try pulak 20 sen sehari. Dan begitulah seterusnya dan seterusnya. Menderma di bulan Ramadan ni pahala dilipat berkali ganda. Kalau orang main saham, masa-masa macam ni lah nak buat duit.
Ok, sampai situ je cerita gua. Semoga bermanfaat.

Wednesday, July 10, 2013
Hope
Hopefully, this Ramadan will not be my last Ramadan,
Hopefully, this Ramadan will give thousand of beautiful memories,
Hopefully, Ramadan this year will be better than before.
Hopefully, it will be a great turn point for me to become better person,
Hopefully, I will not repeating my fault.
"Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak."
EG
29 Syaaban 1434 H
Sebuah catitan yang penuh harapan.

Friday, June 28, 2013
Father
Untuk ayah-ayah sedunia.
Insuran tu penting woi!
There are no perfect fathers,
But a father will always love perfectly.
Insuran tu penting woi!
Friday, June 21, 2013
Cikgu Garang
Gua pernah bersembang dengan kawan gua pasal hal-hal kena marah ni. Masa kawan gua sekolah dulu, dia pernah kena sound kaw kaw punya dengan cikgu dia sebab selalu fail matematik moden. Disebabkan kawan gua ni sekolah SBP yang terer-terer, gagal subjek matematik moden merupakan benda yang paling pelik berlaku. Maka kawan gua yang sedang marah dan dendam ni terus menjalankan operasi belajar gila babi serta merta. Apa barang nak menangis lepas kena marah. Segala effort dia curahkan gila-gila atas study. Masa bermain futsal petang-petang dan tidur dipotong bagi mengisi masa membuat latihan matematik moden.
Hasilnya,
Seperti yang diduga, kawan gua berjaya mendapat A+ dalam subjek matematik moden. Oleh kerana terlalu gembira maka kawan gua mencari-cari cikgu yang selalu memarahi dia dulu.
"Cikgu! Saya dapat A+ math mode. Terima kasih atas segalanya," kata kawan gua dengan penuh rasa syukur. Masa tu kawan gua kata, segala dendam kesumat hilang dah serta merta. Dapat pulak cikgu tersebut , mengukir satu senyuman yang penuh makna untuk anak didiknya itu.
"Terima kasih je? Jomla belanja saya minum," kata cikgu yang suka marah tadi.
Hubungan kawan gua dengan cikgu dia tak terputus walaupun sudah belajar di universiti dah sekarang. Cikgu tersebut ada cakap, "Awak ingat saya marah-marah awak dulu apa saya dapat? Saya tak dapat apa-apapun melainkan kegembiraan anak didik saya dan keluarganya. Awak? Mungkin lepasni awak terus berjaya, belajar bagus-bagus, kerja bagus-bagus, kahwin, ada anak dan seterunsya. Kepenatan yang awak rasai macam nak gila sebelum ni hilang serta merta setelah melihat keputusan ini. Saya pulak? Saya masih disini, teruskan perjuangan saya mendidik anak bangsa, didik orang macam awak. Ada potensi tapi tak sedar, bla..bla...bla..."
*Senyum =)

Friday, June 14, 2013
Pendidik
Artikel ini hanya pendapat gua yang lemah ni. Kalau ada silap dan salah, harap dimaaf.
Menjadi pendidik ni pada aku bukanlah satu pilihan, Tapi ianya satu anugerah. Bukan mudah untuk seseorang insan itu menjadi pendidik. Kita memerlukan jiwa pendidik untuk menjadi pendidik yang berjaya. Pendidik ini tidaklah merujuk kepada cikgu dan pensyarah sahaja. Guru mengaji, ibubapa, abang, kakak, dan senior juga merupakan pendidik. Tapi masing-masing mengajar mengikut kepakaran bidang masing-masing.
Berbalik kepada pendidik tadi, selama gua hidup, ramai pendidik sudah mendidik gua sehingga mampu berdiri di tahap ini. Cuma dalam ramai-ramai, bukan semua mempunyai jiwa pendidik itu sendiri. Bukan nak membangkang. Tapi, sebagai seorang pendidik, seseorang itu perlu ikhlas dalam ilmu yang disampaikan. Mungkin dengan itu barulah ilmu yang disampaikan itu benar-benar dapat disampaikan kepada pelajar. Mungkin.
Gua pernah terjumpa dengan seorang pendidik yang sering menyalahkan gua atas kelembapan gua menerima apa yang diajar. Marah untuk mengajar ni lain dengan marah untuk menghina. Gua syak gua yang terlebih feeling masa kena sound. Gua pun keliru. Tapi takpela, gua anggap benda-benda tohmahan yang dilemparkan itu satu cabaran.
Ada satu hari tu, gua sedang melepak bilik pensyarah gua, borak hal-hal yang gua tak faham dalam kelas. Pensyarah gua ni masa dalam kelas selalu tekankan, "When you repeat this subject, doesn't mean that you're stupid, itu maknanya itu bukan rezeki awak. Mesti ada hikmah punya atas apa yang berlaku. Percayalah. Saya dulu masa belajar bukan faham sangat subjek ni, dah 10 tahun lepas belajar baru faham," Oleh itu, berdoalah banyak-banyak, semoga rezeki kita dimurahkan. Yang banyak buat dosa tu, bawak-bawaklah bertaubat.

Friday, June 7, 2013
Pengetua
Masa zaman gua belajar dekat asasi dulu, gua dan kawan-kawan sering berborak hal-hal sekolah. Antara yang pernah kami borakkan..
"Mat, aku rasa nanti dah bosan jadi jurutera kita jadi pengetua nak? Jadi pengetua sekolah masing-masing. Nanti tiap-tiap kali masa HKSBP kita jumpa la. Kita tengok sekolah siapa yang terer. Sambil-sambil reunion orang kata." cadang kawan gua.

Kalau fikir-fikir balik, power jugak jadi pengetua ni.
Saturday, May 11, 2013
Angker
Hari itu merupakan hari pertama gua di sekolah baru gua. Gua masa tu baru mendaftar tingkatan 1 dekat sekolah tu. Untuk pengetahuan semua, sejak tingkatan 1 gua telah dihantar ke asrama bagi mengajar gua apa itu erti hidup berdikari. Selesai urusan pendaftaran, ibu bapa gua terus chow balik rumah.
Gua pun relaks-relaks di kamar gua sementara menunggu waktu petang, waktu bermulanya orientasi. Sedang gua tenang di kamar memikirkan hal-hal makwe jenis apa yang gua nak pikat dekat sekolah ni, datanglah dua senior gua baru pulang dari kelas. Senyum sinis melihat junior yang bakal menjadi mangsanya tahun itu. Gua balas senyum sinis itu dengan senyum lesung pipit gua.
Kemudian bermulalah acara berkenalan atau kata orang-orang kaunseling "ice breaking" bersama senior. Selesai temubual hal-hal UPSR dan sekolah lama, maka senior gua pun mulalah cerita.
"Mat, hari ni aku nak ceritakan pengalaman angker aku dekat sini. Kau kena dengar sebab aku nak kau dengar,"
"Ok," gua balas pendek.
"Ceritanya macam ni, malam tu aku tidur agak lewat. Dah lewat malam ni tapi aku tak jugak lelap. Tiba-tiba perasaan nak kencing tu hadir. Dah nak kencing takkan aku nak steady je melepak atas katil ni, maka aku pun ke tandas la. Masa dekat tandas tu aku dah rasa tak sedap badan dah. Aku dengar bunyi cecair menitik. Aku dengan rasa tak tahan bertambah suspen macam celaka ni terus la cari bunyi tersebut. Tibalah aku dekat satu pintu tandas separa terbukak. Aku pun tolak perlahan-lahan kasi aku lagi suspen. Kau tahu apa yang aku nampak?"
"Entahleerr..." gua balas sambil menggeleng-geleng.
"Aku nampak satu kepala sedang menitik-nitik. Kau tau kepala apa?!!!" jerkah senior aku bajet-bajet suspenkan gua.

"Kepala paip. Kahkahkah!" dan dia gelak bersama rakan dia lagi sorang.
Gua geleng-geleng je kepala rasa nak menyepak senior gua. Buat suspen betul. Hari pertama kot dah nak takut-takutkan gua! Tapi gua buat-buat tenang je.

Tuesday, April 30, 2013
Insane
The Isle of Man TT was for many years the most prestigious motor-cycle race in the world.
Between 1907 and 2009 there have been 237 deaths during official practices or races on the Snaefell Mountain Course.
Bila fikir-fikir balik, ini kerja gila.
Berhati-hatilah ketika memandu.
Saturday, April 13, 2013
If One Day
If one day you got problem,
You can find me,
But I can't promise I can solve your problem,
I just hope I can make you comfortable beside me.
If one day you want to cry,
Don't stop crying if it can make you feel better,
And I can lend you my shoulder,
So you can cry all you want.
If one day you don't want to listen to anyone,
I will be there for you,
And I will remain quiet,
If one day, you call me and there is no answer for it,
Come and see me,
Perhaps I need you.
EG,
Atas kerusi malas,
Tengah malas-malas.

Friday, April 5, 2013
Hensem
Haritu gua ada jumpa kawan sekolah gua. Orangnya hensem dan baik hati. Kami ni bersekolah di negeri orang. Oleh itu, kami agak rapat kerana sering balik ke kampung bersama-sama segerombolan rakan-rakan yang lain.
Gua pun ajaklah member gua ni sarapan di kedai mamak dekat dengan rumah gua. Seperti biasa agenda kami mestilah borak-borak panjang tanya khabar dan perihal hidup masing-masing. Kadang-kadang tu ungkit jugak cerita-cerita lama zaman sekolah dulu.
"Mat, kau belajar mana sekarang? Kos apa?" tanya kawan gua.
"Aku sekarang sambung degree dekat *******. Jurusan Mechanical Engineering," gua pun jawab.
Untuk pengetahuan semua, kawan gua masa ni sedang buat persediaan dekat Taylor College. Jurusan Sains Aktuari kalau tak silap.
"Woi, susah tu mekanikal ni. Apa yang aku dengar-dengar la, confirm penat punya kau ni," kawan gua teruskan perbualan.
"Erm, bolehlah. Penat la. Selalu je lost sekarang ni. Pointer aku pun tak berapa gagah ni. Malu weh, malu," gua balas.
Maka kawan gua pun cerita dekat gua. "Rilek la brader, kau pernah dengar hadis ni tak?
[kredit]
Mat, kau rajin-rajin la zikir macam apa yang nabi ajar tu. Kalau boleh tiap-tiap kali lepas solat. Semoga dipermudahkan segala urusan kau =)"
Gua angguk-angguk tanda setuju. Thanks my friend. Sekarang ni kawan gua ni dah fly dah melanjutkan pelajaran dekat US. Benda ni gua harap gua akan ingat sampai ke mati.
Thanks woi!
Semoga berjaya di perantauan!
p/s: Kawan gua cerita dekat gua bab hadis je. Cerita berkenaan hadis tu gua cari dekat google.

Suatu hari
Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang
kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu
telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang
khadam untuk membantumu."
Saidatina
Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang
khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w.
pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu
berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta
daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah
(Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir
(Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang
khadam."
Inilah penawar
ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan
keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.
[kredit]
Mat, kau rajin-rajin la zikir macam apa yang nabi ajar tu. Kalau boleh tiap-tiap kali lepas solat. Semoga dipermudahkan segala urusan kau =)"
Gua angguk-angguk tanda setuju. Thanks my friend. Sekarang ni kawan gua ni dah fly dah melanjutkan pelajaran dekat US. Benda ni gua harap gua akan ingat sampai ke mati.
Thanks woi!
Semoga berjaya di perantauan!
p/s: Kawan gua cerita dekat gua bab hadis je. Cerita berkenaan hadis tu gua cari dekat google.
Sunday, March 31, 2013
YNWA!
Malam tu indah macam malam-malam yang lain. Angin sepoi sepoi bahasa, udara tak segar sangat, bau asap motor kuat sangat. Gua yang lapar pun pergi ke kedai nak beli nasi lemak abang Hensem. Sampai je turn gua, lantas gua order.
"Nasi lemak ayam satu, nasi lebih ye," order gua sopan santun.
Maka, dia pun bungkuslah nasi lemak tu sopan santun jugak. Lepas nasi lemak siap dibungkus maka akan dituliskan harga pada bungkusan. Namun apa yang pelik pada malam tersebut Hensem tulis lama sangat. 2 baris pulak tu. Gua pun buat-buat cool capai nasi lemak yang dah siap tulis harga dan beratur dekat cashier nak bayar. Masa beratur tu gua pon baca la apebende yang Hensem tulis dekat nasi lemak gua ni. Mana la tau harga mahal, boleh gua kompelin cepat-cepat. Ada 2 ayat dekat bungkusan nasi lemak gua.
"RM 4.00"
"YNWA"
Alamak, gua baru perasan gua sarung jersi liverpool tadi. Gua pandang Hensem dan senyum-senyum ala-ala brotherhood sesama liverpool. Mana la tau ada rezeki dapat murah beli lain kali. Kahkahkah.
p/s: Brader ni kalau dia tahu gua ni budak menyu, gua tak boleh bayang apa reaksi dia.
Friday, March 22, 2013
Cinta
Aku Sunyi,
Aku ketuk-ketuk dada,
Kenapa rasa sakit sangat ni?
Aku sedar bukan fizikalnya yang sakit tapi perasaannya,
Aku tak tau kenapa?
Tapi bila aku sedar,
Bukannya tiada teman disisi buat aku sunyi,
Bukannya tak dengar lagu buat aku bosan,
Aku silap,
Jelas sangat aku silap,
Hakikatnya aku yang salah,
Aku jauh sangat sekarang ni,
Jauh dari kasih sayang Tuhan,
Ya Allah, kau berilah ketenangan dalam diri ini,
Semoga hari-hari aku terus ceria,
Dapat mengukir senyuman di wajah ini,
Dalam menghadapai hari-hariku sebagai hamba.

Friday, March 8, 2013
Pokai
Gua balik bilik. Lemah dan lesu. Gua pantas switch on cerek untuk panaskan air. Kemudian gua lepaskan lelah di atas kerusi.
2 minit... 3 minit...,
"Lambat juga air nak capai takat didih," desus hati gua,
Gua capai sepeket makanan segera atas almari, "Makanan Segera Mee Kari" tercatit cantik dipeketnya. Gua koyakkan dan tabur serbuk-serbuk kari dalam satu mangkuk. Masukkan air yang baru saja mendidih kedalam mangkuk dan kacau kasi sebati. Mee tersebut gua patahkan dua dan masukkan dalam air yang dikacau serbuk tadi. Padu dan mantap bau yang keluar. Gua tutup elok-elok dan sabar menunggu. Sambil menunggu gua capai walkman depan gua, lagu Coldplay-Fix You dimainkan. Gua relax sebentar.
Belum sampai chorus azan pun berkumandang. Gua pun dengan cergas pergi toilet ambil wuduk. Nak kejar awal waktu katakan.
Tiba-tiba housemate gua cakap,
"Mat, awat hang tak makan dulu mee ni? Kembang karang,"
"Biar la kembang, baru power dan mengenyangkan. Kehkehkeh," jawab gua tenang,
p/s: Gua tengah pokai ni.
Tuesday, March 5, 2013
Tulis
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini bermulalah satu projek.
Aku harap projek ini memberi 1001 manfaat kepada aku dan jugak semua manusia diluar sana.
Friday, March 1, 2013
Inai
Gua tengah lepak dengan tenang tadi, tiba-tiba telinga gua terganggu dengan perbualan keluarga gua.
"Eh, merah la. Cantik... Merah tuuuuu....." cakap adik gua kepada mak gua.
"Ummi.... ummi, cuba tgk dkt cahaya laaaagiiiii merah. Cantiiiik...." adik gua teruskan lagi.
"Ha, yela," balas mak gua layan tak layan.
"Belum tengok lagi dah kata merah dah. Mesti merah gila ni," adik gua perasan sorang-sorang.
Gua pun dengar lagi, cantiklah inai ni. berseri-seri tangan adik pakai inai tau. Adik gua teruskan kegembiraan dia dapat pakai inai. Gua punyalah duduk berfikir, apebenda yang merah sangat tadi.
*****
"Mat, cantik tak inai di jari adik ni?"
"Erm, tak. Comot," balas gua dengan tenang.

Monday, February 25, 2013
Adab
Pagi ni oleh kerana gua free, maka gua tolonglah sediakan sarapan untuk adik gua.
"Nak makan apa pagi ni?" tanya gua dengan tenang. Pagi-pagi ni kena ceria dengan kanak-kanak takut ganggu emosi mereka.
"Erm, tak nak makan. Nak minum je. Buatkan Chocolate Oat untuk adik," adik gua order.
Gua pun capai sepeket coklat oat, koyakkan lepastu bubuh dalam cawan. Isi air panas sikit. Kacau dan siap. Bau coklat oat dah mula naik. Gua pun bagi cawan tu dekat adik gua. Dia ambil dengan tenang lepastu jalan slow-slow dekat meja makan dan duduk.Sebelum minum, gua potong terus.
"Ni bangah dah buat ni nak cakap apa?" gua uji adik gua.
Adik gua fikir kejap. "Entahlah, tak tahu," balas adik gua tenang.
Gua tak mengalah. Gua kasi klu sikit. "T-E.... TE," gua try teknik mengeja macam budak-budak tadika.
Adik gua ni jenis cepat pickup terus sambung. "Ooohh... T-E-N-G.... TENG......... K-I-U....KIU....................TENGKIU!"
Gua geleng-geleng kepala lepastu terus ajar macam mana nak eja "thank you".Gua sebenarnya nak eja TERIMA KASIH.
*****
"Bangah air ni panas la."
"Kalau panas kena la K-A.....KA..." Belum sempat gua habiskan adik gua dah potong.
"C-O-W..........COW.............. KACAU!"

Thursday, January 3, 2013
Padu
Gambar sekadar hiasan |
"Kamu ni belum apape lagi dah cakap susah. Saya bagi satu contoh. Kamu semua main bola sepak kan? Kalau belum masuk padang lagi dah kata lawan tu power gila, mesti kalah game ni, confirm la kamu semua kalah game tu. Cuba kamu mind set awal-awal, ah senang je game ni, confirm boleh main punya. Ha, sama lah macam subjek ni, yang kamu duduk tengok senior yang fail buat apa? Pandang la yang cemerlang. Baru la boleh cemerlang." -Legend
****************************************************
Gua dalam kelas sering dibasuh dengan kata-kata semangat yang padu dan power. Yang dekat atas ni tak cukup lagi power. Tiap-tiap kali bila masuk dalam kelas hati kena kering, sebab waktu kena basuh tu macam-macam ayat yang pedih akan disembur. Kata-kata Legend ni padu tapi gua suka. Ni belum gua masuk lagi cerita-cerita hidup dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)