Ummi selalu cerita,
Kat anak sorang dia ni,
19 tahun lalu dia ingat lagi,
Kat hospital waktu tu,
Berdebar2 menunggu disamping ayah tercinta,
Kedatangan anak keduanya didunia,.
Ummi selalu pesan,
Jangan sesekali kau tinggal kan suruhan-Nya,
Jangan sesekali kau buat larangan-Nya,
Solat 5 waktu tak payah la nak suruh2,
Fikir sendiri la ye anak-anak,
Dah besar panjang dah pon,
Baik buruk boleh bezakan kan?
Dah besar panjang dah pon,
Baik buruk boleh bezakan kan?
Ummi selalu pesan,
Anak-anak,
Tenang dan bersabarlah kau selalu,
Dalam menghadapi suka duka kehidupan,
Bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan-Nya,
Jangan kau mudah berputus asa tika diuji oleh-Nya.
Ummi selalu pesan,
Jangan kau bergaduh dengan adik beradik kau,
Ummi tak meninggal lagi anak-anak Ummi dah bergaduh,
Tak taula kalau ummi dah meninggal nanti,
Tak senang nanti ummi kat sana.
Ummi selalu pesan,
Hormatilah Ummi ngan Ayah ni,
Tolong jaga nama baik kami,
Hormati juga rakan2 kami,
Janganlah kau bersikap kurang ajar pada orang lain.
Ummi selalu pesan,
Belajar rajin2,
Bukan Ummi dengan Ayah je gembira,
Anak-anak Ummi juga senang nanti,
Jangan duduk mengorat anak orang je kat sana,
Jangan sakitkan hati orang,
Insya Allah korang akan berjaya.
Ummi selalu nasihat,
Bila kitorang ada masalah,
Pelajaran, peribadi, semuanyalah,
Ummi juga akan doakan anak-anaknya,
Semoga mereka semua berjaya didunia dan akhirat,
Kerana doa ibu sangat mustajab.
Ummi selalu pesan,
Nanti bila kami dah meninggal,
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah pada kami,
Sesungguhnya doa anak soleh merupakan modal kami disana,
Alunkanlah ayat-ayatNya buat kami
Ummi suka sangat kalau anak-anak Ummi yang mandikan dan imamkan solat jenazah masa Ummi dan Ayah pergi bertemu dengan-Nya nanti.
Hey anak2,
Ingatlah, Jasa Ibu sangat berharga,
Bukan untuk dikenang sehari je (Hari Ibu),
Tapi untuk dikenang seumur hidup,
Semoga perjuangan ibu2 diseluruh dunia diredhai dan diberkati Allah.
Entry ini dibuat khas untuk ibu2 sedunia dan juga menyertai peraduan yang dibuat oleh Joegrimjow. Ini link nya.
Sila klik disini , dan sini juga.
2 comments:
sadis beb
thx u
keputusan pukul 12 nanti hari ni ya
jangan lupa tengok2 =)
Post a Comment