Sunday, February 19, 2012

Rasuah, adakah ia satu perkara biasa?

AMARAN! : ENTRY INI UNTUK MENGINGATKAN DIRI. SIAPA YANG TERASA PADAN MUKA. KAH3.





Rasuah atau nama manjanya korupsi semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Siapa tak risau kan, kalau yang diseleweng kan tu duit kita ye dak?

Sekarang ni aku pun sokmo pening-pening. Bukan sebab pregnant tapi, asal baca akhbar je selalunya mesti ada kes rasuah. Tak syak lagi, mesti banyak kes-kes rasuah di Malaysia ni. Yang dalam paper tu yang kantoi, yang tak kantoi tu? Adoyai, masyarakat sekarang ni. Ape kes? Untunglah SPRM. Banyak kes tu nak siasat. Kah3.

Nak kata takde ilmu agama rasenya alasan tu tak boleh pakai. Kesian ustaz dan ustazah di sekolah dulu-dulu. Penat ajar JANGAN RASUAH, RIBA' dan sebagainya lah. Tengok2, camtu jugak anak2 murid diorang. Tidur kot mase bab tu. Kah3.

Kesian kepada family orang yang rasuah tu. Dah la makan duit haram, hidup dengan wang haram, belajar pun wang haram. Macam mana nak berjaya di 'sana' kelak? Oleh itu, doa2 lah, kita dijauhkan dari perkara2 camni.

Peringatan kepada aku dan pembaca sekalian,

Mungkin kita pergi surau tiap2 hari, derma, pegi haji ngan umrah 10 kali dah, tapi yakinkah kau kita tak terlibat dengan rasuah? Ingatlah, rasuah ni, boleh je berlaku kat mana-mana.

Mungkin kau seorang cikgu je. Tapi tiap-tiap kali waktu peperiksaan ada la kutu-kutu selitkan kat paper diorang income skit mohon kasi lulus. Mungkin kau seorang jurutera, baru dapat kemeja Polo sehelai + seluar slack mahal-mahal skit terus boleh luluskan bangunan yang tak capai tahap untuk lulus. Baru dua bulan bangunan dirasmikan, kesan retak dah ada dah, takpon bangunan runtuh terus. Kah3. Oh ye, mugkin kau nak kena saman tadi, hulur RM 50 je polis pun chow. Yela kan, baik hulur je duit kopi dekat situ, saman dah la mahal giler. Mungkin kan?

Ambil atau beri duit rasuah tu, bukan kat sini je rugi, tapi yang paling penting sekali kat 'sana' tu. Boleh selamat ke agak-agak?



Hanya untuk aku beringat sje. Kalau ada salah dalam statement diatas harap diperbetulkan. Haha. Sekian, wallahualam.

2 comments: