Saturday, April 30, 2011

Minggu rakyat Malaya suka membaca. =)

Setelah beberapa kali aku survey, aku dapati rakyat di tanah melayu ni suka membaca. Tapi minggu ni jela. Sebab ada event Pesta buku kebangsaan. 

Bukan baru sekali aku pergi, banyak kali dah. Bohong la kalau  aku cakap, hari ni tak penuh pun PWTC tu, boleh main lari2 tu. Ok, tarik nafas pelan2. Fuh. Aku dah pegi hari minggu, hari kerja setiap hari penuh. Buku pun laku gak. Novel tak payah citer la, murah tu. Berebut2 aweks2 nak beli. 

Tapi aku masih jugak hairan, kenapa dikatakan rakyat malaya masih kurang membaca. Adakah mereka membaca mengikut musim? Atau pon baca bila nak periksa je? Atau, bila bosan2, amik la buku yang ada dekat2 sekitar baca bagi menghilangkan kebosanan?

Hahaha. Nak kata aku rajin membaca? Tak gak. Bukti? Hampir semua sebjek yang kena baca2 ni aku fail (Bio, Chem, Sej, etc). Kih3. Subjek2 begini boleh la buat bedtime story. hahaha. 




Apa yang best Pesta buku ni sampai ramai sangat orang?

  • Buku murah. SALE!
  • Kalau beli banyak2 boleh dapat free gift.
  • Penulis buku pon ade gak.( Boleh mintak autograf)
Gua tak sempat jumpe Zint. Wargh!!!
Kate mak gua, kalau tak dapat jumpe Zint pon nak sedih2, kan bagus sedih2 tak dapat pegi ceramah kat surau.( terase2 )
  • Dapat tengok betapa rakyat Malaya sangat suka membaca.
  • Ikut kawan.


Namun begitu, kesimpulan yang aku dapat, booth yang paling sesak dalam banyak2 booth tak lain tak bukan....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*










HAHAHAHAHA...


Yang paling best sekali, tahun ni aku kalah dengan sorang uncle ni ( Umur lebih kurang mamapapa aku ). Dia beli 10 kot komik. Cibai betul. Muka sumpah cool. Wargh!!!

Wednesday, April 27, 2011

Stress!!

Dewasa ini, banyak masalah stress yang aku temui dalam kalangan rakan2, orang2 sekeliling aku dan juga diri aku.
Aku dapat serba sedikit informasi ini pun hasil kajian tak seberapa ini.






Apakah puncanya?

  • Tak selesa dengan jadual harian

Jadual sangat padat, susah nak catch up. dan macam2 lagi.

  • Tak cukup tidur.

Waktu tidur dipenuhi dengan aktiviti2 tak memberangsangkan.

  • Tekanan dari masyarakat sekeliling.

Sering dipuji dihina, dikeji, dimaki dan macam2 lagi yang menyakitkan hati. Mungkin kritikan yang tak membina juga boleh menyebabkan berlakunya stress.Kalau tengah belajar confirm stress punyer. Sokongan padu mamapapa, kecibaian rakan taulan, dan exam+test+tutorial+lab report.



Contohnya:
Keadaan 1:


Student X: Bro, result hang ape cter?


Aku: Entahla, cukup2 makan je =(. Ko?


Student X: Aku straight A, pelajar terbaik skola tu! ( bangga2 )


Aku: Tahniah2.


Student X: Tu la hang, mamapapa hang hantar hang pegi ngaji kat skola hang pegi dok main2 kat sana.


Aku: (Speechless seketika) Ok, syukran.( Dalam hati: kepala bapak kau, ingat aku ni tak reti ke nak blaja ke ha! sedap2 mulut je nak kate aku ni kuat main (walaupun memang betul pon, kih3)).


_______________________________________________________________________________

Kejam tak agak2 Student X tu? hahaha. 

  • Rintangan dan dugaan yang diberikan Allah.
Tips aku lah:
Baca ayat ni sokmo, semoga dapat petunjuk dari ayat ni =)

Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .






Bagaimana nak mengatasi?

  • Berwuduk.
  • Solat Sunat.
  • Baca Al-Quran.
  • Banyakkan muhasabah diri.
  • Banyak ingat Tuhan (zikir).
  • Tidur.
  • Bercuti kat mana2. 
  • Baca komik2 lawak.
  • Tonton video cikgu syida.
  • Hiraukan tohmahan dan cacian manusia. Biar Allah je yang balas.
  • Tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Sejuk hati. kih3


Btw, hiduplah dengan aman. Ingatlah, bunuh diri bukanlah penyelesaian tetapi malapetaka.
Aku pun tengah stress ni. So, entry ni khusus untuk aku gak. Hahaha. Doakan aku berjaya dunia akhirat.



p/s: rajin2 klik iklan+survey. 


Saturday, April 23, 2011

Boleh percaya ke tidak?

Adakah berita dalam akhbar boleh dipercayai 100%?
Aku pun tak tau la. Hahaha.


" Dalam surat khabar, 2 perkara je yang boleh dipercayai kesahihannye, WAKTU SOLAT dan KEPUTUSAN NOMBOR EKOR." - Mr. R

Mr.R ni pun bukannya perfect pon. Mungkin hanya statement suka2. hahaha


Aku rasa la, gosip2 artis bukan semuanya betul, kerana apa?



Persoalannya, adakah semua wartawan begini?
Hanya Tuhan yang Maha mengetahui.

Tuesday, April 19, 2011

Oh hidup..

Perkara yang perlu dibuat kalau la aku nak beli kereta ni dalam usia 20-an cash!





  1. Sarapan, makan tengahari, makan malam semua dekat surau@masjid yang ada kenduri. Oleh itu, aku kene beli satu diary khas untuk untuk menguruskan lokasi tempat makan aku setiap hari. Takpon makan free kat rumah mak ayah je tiap2 hari. SAVE!
  2. Tak payah beli rumah dulu. Tumpang rumah mak ayah. Sewa free, bil air+ eletrik free, makan pon free+sedap. Kih3.
  3. Pakai je baju bundle. Bak kata pepatah, "Biar papa, asal bergaye". hahaha.
  4. Jangan merokok. Shisha pon sme.(Nak hisap shisha pon kene makan kat kedai dulu kn? Ye tak? haha)
  5. Duit biasiswa@elaun simpan guna 50% je. Yang lain simpan.
  6. Cuti semester kerja part time.
  7. Jangan join MLM
  8. Tak payah beli broadband. Guna je wi-fi kat kedai mamak.
  9. Tak payah tengok wayang, download je movie.
  10. Elakkan kena saman dengan pengawal keselamatan.

Kepada yang ade idea, bley kemukan dalam komen. =)



Thursday, April 14, 2011

Perkara yang aku buat kalau aku bosan.

Masa cuti2 ni, kalau tak kerja bosan sungguh la hidup ni. Bagi mengatasi masalah tu, aku buat la macam2 perkara bagi menghilangkan bosan tu.






  • Main game (cityville, PES, bejeweled) semua aku hentam je. Janji aku seronok. Hahaha.



  • Tengok anime sampai lebam biji mata.

  • Tidur. Qada' mane yang tertinggal mase belajar kat u.

  • Online fb.( Bace wall post orang, stalk skit2)

  • Download perkara yang patut.

  • Update blog. ( kalau ada idea)

  • Google benda2 yang nk di google.

  • Tengok TV.

  • Blogwalking.

  • Karaoke lagu2 hangat masa kini..






Rasa macam nak buat video macam cikgu syida plak. kih3.






Apape pon, benda2 wajib jangan tinggal erk.=)
Btw, kekasih hati saya dah balik dah. =)



Sunday, April 10, 2011

Sebuah Ceritera

Didalam satu mimpi yang indah....

Sopi kini berada dalam satu bilik, sangat luas, seluas mata memandang. Malangnya, seluas-luas matanya memandang, disekelilingnya hanya terdapat jam, tak terkira, infiniti banyaknya. Dia berjalan merentasi ruangan itudengan penuh kesabaran.

Tak berapa lama kemudian, datanglah seorang tua kepada Sopi.

Sopi : Uncle.

Uncle kura-kura : Yo.

Sopi : Saya kat mana ni? Apsal tempat ni penuh dengan jam je?

Uncle kura-kura : Kah3. Uncle pon tak tau. Tapi berdasarkan ape yang uncle tau, setiap jam ini mewakili setiap penduduk dimuka bumi. Dan putaran jam pula dipengaruhi oleh makhluk tu.

Sopi : Maksud Uncle?

Uncle kura-kura : Ko nampak tak, setiap jam berputar sengan kelajuan yang berbeza? Sekali makhluk itu menipu, maka jam itu akan bergerak sebanyak sesaat. Faham?

Sopi : Faham2. Yang tu jam sape? Laju giler putaran die pakcik.

Uncle kura-kura : Ooo.... Yang tu jam ahli politik.

Sopi : (speechless).

..
...
.....
......
.......
.........

Seketika kemudian, Sopi terjaga dari mimpi tersebut. Adakah benar apa yang diberitahu Uncle kura-kura?
Adakah?





Oh ye, sebelum terlupa, sila isi survey disebelah kanan. Sekian terima kasih.

Wednesday, April 6, 2011

Program realiti NYANYIAN, masih relevankah?

Setelah beberapa tahun aku membuat survey, rancangan realiti nyanyian semakin lama semakin teruk. Persoalannya, adakah Malaya telah kehabisan orang berbakat? The answer is no! Ramai je suara sedap, tapi aku tetap benci rancangan2 camtu.


Faktor kenapa aku benci giler reality show dalam bidang nyanyian di Malaya.



  • Gedik nak mampos! Bukan muhrim pon bley dok peluk-peluk, pegang-pegang tangan, nangis-nangis bila tersingkir (FAK3). Itukah adat orang kita? Jawapan paling famous: " Kami dah macam adik beradik dah, baru 2 minggu dah rasa macam 2 tahun, isk3." Jawapan paling famous dari aku: "Fakiu!".

  • Menghabiskan duit rakyat malaya. Setiap hari promote diri didepan kaca TV meminta belas kasihan rakyat malaya, "Undilah saya Pak Jabit, taip PUNDI PAK JABIT  dan hantar ke 99999." 

  • Melatih generasi baru mengikut budaya barat. Tanpa disedari, anak-anak kecil juga macam cibai sibuk joget-joget depan TV.  Mak bapak mungkin tidak perasan, tapi serius la kan, aku benci budak yang sibuk nyanyi-nyanyi, joget-joget macam pergi clubbing. Dari segi akhlak, fesyen, semuanya lah. Zaman sekarang artis dijadikan ikon. Fikirlah, 
"Generasi masa kini, menentukan masa depan negara."-Hassan Mutalib 



  • Takde ilmu yang aku boleh dapat. Hanya membazirkan masa. Dah la juri pon kebanyakan reti bercakap je. Harapkan rating je tinggi. Aku pun tak faham kenapa rakyat malaya masih tak bosan tengok benda2 camni.



Aku rasa la, kerana takde idea sangat, budak2 plak jadi mangsa. Idola Kecil la ( FAK3 ) dan macam2 lagi. Yang peliknya, kenapa ada ibu bapa yang galakkan anak2 jadi artis? Kaya sangat ke? Ke nak famous cepat? kih3. Sesiapa ada pendapat lain, boleh kemukakan.

Sekian karut marut dari aku.  


Saturday, April 2, 2011

SUSPEN BETUL!

Nasib menang. Aku ingatkan kalah tadi. kih3.
Terima kasih Rooney, terima kasih Hernandez.
Beb, Uncle Giggs jadi defender kot. Hahahaha. Btw, SUPERB!
Untuk keterangan lanjut, klik disini.


Cousin of my friend just died this morning. Al-Fatihah.

Friday, April 1, 2011

Saya yang tak ke oversea =(

Mood: Kecewa dengan diri sendiri, sedih, malu dan etc.

Selama aku hidup lepas SPM ni, ade la aku dapat beberapa pandangan+tamparan hebat mengenai diri aku yang tak ke oversea ni. Sumpah aku jeles ngan orang yang dapat pegi. Yela, Siapa la aku nak kesana kan.


___________________________________________________________________


Keadaan 1:


Student X: Bro, result hang ape cter?


Aku: Entahla, cukup2 makan je =(. Ko?


Student X: Aku straight A, pelajar terbaik skola tu! ( bangga2 )


Aku: Tahniah2.


Student X: Tu la hang, mamapapa hang hantar hang pegi ngaji kat skola hang pegi dok main2 kat sana.


Aku: (Speechless seketika) Ok, syukran.( Dalam hati: kepala bapak kau, ingat aku ni tak reti ke nak blaja ke ha! sedap2 mulut je nak kate aku ni kuat main (walaupun memang betul pon, kih3)).


___________________________________________________________________


Keadaan 2:


En. Q: Uncle rasa ok dah tu, cuma, awak perlu tekun lagi dalam study.
Aku: Trimas uncle, isk3 (sebak).


___________________________________________________________________


Keadaan 3:

Sebelum result keluar..
Aunty F: Brape ko target result ko?
Aku: Mesti la straight A+, takkan la straight G. kih3.

Lepas result keluar..
Aunty F: Aok(awak) dapat brape result haritu?
Aku: Koi (I) dapat cukup2 makan je. 6A.
Aunty F: Anak JIRAN makcik dapat excellent reult tau! Dia memang pandai pun. Adik beradik dia semua pandai2.
Aku: Anak makcik plak? (soalan killer)
Aunty F: Anak makcik BIASA la. (speechless)
Aku: Agak dah. (gelak2 setan dalam hati)



___________________________________________________________________





Apapepon yang penting aku dengan diri aku, tak dapt pegi oversea pon takpela, nak buat macam mana kan, takde rezeki. Kepada insan yang memberi kritikan membina tu, terima kasih banyak2. Yang suka merendah-rendahkan diri aku, kau tengokla nanti siape aku. (Cibai waklu betul)


Kepada adik2 yang dapat baru dapat result tu, SPM bukanlah penghujung hidup. Fail SPM tak bermakna fail dalam hidup. Kehidupan perlu diteruskan jua.



Pesanan penaja: Makcik jual keropok lekor sangat baik, beli satu percuma satu, beli dua percuma dua. Semoga makcik dimurahkan rezeki oleh Allah.