Sunday, April 10, 2011

Sebuah Ceritera

Didalam satu mimpi yang indah....

Sopi kini berada dalam satu bilik, sangat luas, seluas mata memandang. Malangnya, seluas-luas matanya memandang, disekelilingnya hanya terdapat jam, tak terkira, infiniti banyaknya. Dia berjalan merentasi ruangan itudengan penuh kesabaran.

Tak berapa lama kemudian, datanglah seorang tua kepada Sopi.

Sopi : Uncle.

Uncle kura-kura : Yo.

Sopi : Saya kat mana ni? Apsal tempat ni penuh dengan jam je?

Uncle kura-kura : Kah3. Uncle pon tak tau. Tapi berdasarkan ape yang uncle tau, setiap jam ini mewakili setiap penduduk dimuka bumi. Dan putaran jam pula dipengaruhi oleh makhluk tu.

Sopi : Maksud Uncle?

Uncle kura-kura : Ko nampak tak, setiap jam berputar sengan kelajuan yang berbeza? Sekali makhluk itu menipu, maka jam itu akan bergerak sebanyak sesaat. Faham?

Sopi : Faham2. Yang tu jam sape? Laju giler putaran die pakcik.

Uncle kura-kura : Ooo.... Yang tu jam ahli politik.

Sopi : (speechless).

..
...
.....
......
.......
.........

Seketika kemudian, Sopi terjaga dari mimpi tersebut. Adakah benar apa yang diberitahu Uncle kura-kura?
Adakah?





Oh ye, sebelum terlupa, sila isi survey disebelah kanan. Sekian terima kasih.

4 comments:

khalifatullah said...

adakah???

dodolutopia said...

ade satu jam yg pusing terbalek...rupenye jam miki...keh3

EG said...

hahaha.. pusing terbalik pasal ape?
Kena tipu selalu? hahaha...

adham2207 said...

ahli poitik belah mane tu??haha...